KeHiLaNgAn Yg DiRaSai…….

Standard

Hari ni, kembali bekerja setelah 2 hari bercuti.  Pagi yg indah..semangat kerja yang membuak2 tiba-tiba layu dek mendengarkan berita yang tidak enak.  Salah seorang staff meningal dunia malam tadi kerana kemalangan.  Kehilangan yang amat di rasai dan sukar di percayai kerana beliau sememangnya istimewa.

Istimewa kerana setelah beberapa bulan bekerja bersama dan di beri tanggungjawap..tidak pernah sekalipun terdengar keluhan apatah lagi komplen dari pengurusan atasan mengenainya.  Sesunguhnya beliau adalah pekerja yang paling tidak menyusahkan. Tiada aduan kelewatan "punch-in", tiada rejection sekiranya diminta kerja lebih masa, ringan tulang, sentiasa tersenyum, low profile, tidak "berkira" dlm melakukankan sebarang kerja……semuanya yg baik2 sajalah.  Pujian bukan diberikan atas alasan simpati kepada Allayarham..sememangnya begitu lah sifat beliau. 

Oleh kerana beliau adalah pekerja pertama yang "pergi" bagi tahun 2007 ini…ia merupakan satu kejutan buat semua.  Setelah sumbangan kilat dijalankan dan sumbangan dari pihak Ibu Pejabat disalurkan..kami sempat ke tanah perkuburan seperti yang telah dirancang sebelum menjelang waktu Zohor tadi. 

Kami di beri peluang melihat wajah Allahyarham yang bersih dan seolah tersenyum di kelilingi wajah-wajah duka yang lain.  Kesedihan menyelubungi tiba2.  Belum pun 25 tahun umur Allahyarham dan rasanya terlalu muda dia pergi.  Benarkah bagai dikata…Orang yang baik selalu di "ambil" lebih awal??  Benarkah?? Yang pasti ianya kebetulan. Ajal dan maut tak mengenal siapa.  Melihat ke wajah-wajah di sekeliling..airmata seakan mau tumpah apatah lagi melihat ke wajah duka ibu dan ayah beliau yang uzur..airmata semakin laju mengalir ke pipi.  Apakan daya…seorang ibu atau ayah yang mengharapkan dia pergi dulu sebelum anak2 akhirnya terpaksa melihat sendiri pemergian anaknya.  Luluh & hibanya hati hanya Yang Maha Pencipta saja yang tahu.

Nasib kita bagaimana?? Sampai tuakah kita nanti??  Kehilangan orang tersayangkah kita nanti?? Sesungguhnya inilah dugaan2 yang Maha Esa berikan sekiranya DIA mahu.  Sebagai makhluknya tiada sebab untuk kita menolak dan menidakkan.

Al-Fatihah buat Allahyarham!! 

p/s:

Love

Tertarik dengan "post" Sheryl berkenaan "LOVE".  Ia menceritakan semua!! Tak perlulah menunggu saat akhir untuk menunjukkan rasa sayang.  Jangan sampai hanya SESALAN yang tinggal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s