Hari Ibu

Standard

Hari Ibu jatuh pada 11hb May iaitu hari Ahad yang lepas….rancangan nak menghadiahkan mak cuppies tak terlaksana kerana tukang buat cake jatuh sakit pada hari sebelumnya…aduhai..nak buat sendiri…belum cukup ilmu lagi jadi terpaksa tukar ke plan B pulak iaitu bawa mak ke "high tea" tapi last minit cancell lagi sebab mak ada hal..emmm…nampaknye kena tunggu 19hb la…plan celebrate Hari Ibu dgn Fara sekali.  Harapnya kali ini menjadi la plan yg dirancang.

Untuk diri sendiri….anak2 hadiahkan kad yg manis sekali berwarna ungu. Amboi….anak2 ibu siap tandatangan ya.  Macam2 rupa tandatangan ada…..hehe..nama Qaseh pun tersenarai.  Terima kasih yang tak terhingga wahai anak2 ibu !!  Belajar pandai2, jadi orang yang berguna, beradab dan berjaya InsyaALLAH!

11 May juga adalah hari ulangtahun ke 32 adik lelaki tersayang Azhar. Selamat Hari Lahir Bro ! Semoga bertambah murah rezeki, diberkati dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu InsyaALLAH!

12 May..Qaseh dah cukup sebulan. Berat dah bertambah ke 4.1 kg dan kena injection. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan Qaseh pun sihat. 

Tika ini menghitung hari untuk menamatkan tempoh pantang yang seperti dirasakan lambat berlalu dan juga menghitung hari untuk memulakan kerja di tempat baru awal bulan June ini.  Mengharapkan yang baik2 saja untuk kedua-dua perkara. 

p/s:  Lili…terima kasih kerana bertanyakan khabar. Hilang punca bila awak tetiba menghilangkan diri tempoh hari. No telefon bimbit pun dah bertukar….akhirnya bila terima panggilan awak…rasa lega menjelma tetiba.  Hilang rindu….Jangan dilenyapkan ikatan persahabatan yang sudah terjalin kemas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s