Monthly Archives: November 2008

Sabrina

Standard

Semalam ambil EL. Reason – nak memanjat Kementerian Pelajaran utk buat rayuan SBP.

A few months back, hubby tak nak isi borang SBP untuk Sabrina.  Alasan utama ialah dia tak mau anak2 tinggal di hostel dan cuma 12 tahun je dia tinggal dgn kami. Tapi bila Sabrina dapat keputusan yang bagus, dara tu complain la kat ayah dia..kawan2 semua dok tunggu SBP. Ayah la..tak mau isi form…Ina dah tak ada peluang nak masuk asrama penuh. Kami pun actually tak sangka yg dia buleh dpt keputusan yg bagus. Bukan memandang rendah tapi dia pun dok belajar main2 je….macam paku..sekali ketuk sekali masuk..sekali ketuk sekali masuk.

Dah tu, utk borang SBP pulak memang keluar sekali sahaja. Oleh kerana hubby pun dah rasa amat bersalah, yesterday dia ajak la panjat Kementerian buat rayuan. Kata dia…nak tebus balik kesilapan dia tak isi borang tu.  Syukur semalam semuanya nampak berjalan lancar dan sekarang cuma tunggu keputusan je.  Semalam singgah juga ke Jln Raja Laut hantar borang MRSM. Harapan memang supaya dapat tempatkan anak dara tu di SBP tapi kalau takdak rezeki..MRSM pun OK juga. Cuma berharap di tempatkan di N.Sembilan..taklah jauh nak travel. Kalau apa-apa hal pun senang nak jenguk.  InsyaALLAH…semoga Allah makbulkan doa kami.

Seri Puteri Cyberjaya, Kolej Tunku Khursiah & SMAP Labu jadi idaman. People out there, tolong doakan juga ya…..AMIN.

Advertisements

Roadshow a.k.a kerja sambil jalan-jalan cari makan..ahak

Standard

Minggu lepas, sebelum cuti sekolah bermula, aku turun ke Johor dgn K.Nora, Kamal n Alif. Dari selatan kami naik ke Klang as our last stop. It tooks about 1 week..leaving family especially Qaseh which is still brestfeed. Mula2 cuak juga..risau susu stop or kut2 Qaseh tak mau lagi. Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. To keep this in mind, i’ll share everything here k.

Day 1 – Pontian, Johor.

Jemput K.Nora di Sikamat singgah solat, minum dan belasah sisa-sisa kuih raya. Selamat tiba di Pontian jam 5.30 petang dalam hujan renyai-renyai.  Stay kat Hotel Pontian which situated betul2 kat tepi laut dan bersebelahan dgn Restoran Aliff n Giant.  Kalau betul2 Alif punya restaurant..sure dapat makan FOC kan. hehe….Makan malam di Juara Tomyam. Service walla…cepat dan makanan pun sedap. Hotel Pontian, bilik kecil sikit tapi kemas dan selesa, bathroom best, breakfast too simple – Price with breakfast is RM 120.00. Klong call pepagi gitau dia risau sbb result UPSR keluar today.  Suh dia rileks sebab benda pun dah over…apa jadi pun kena terima. Jam 10.30 hubby call…sampaikan berita gembira.  Tahniah anak Ibu !!!! Menitik sikit air mata sebab gembira a part of it tak dapat raikan kegembiraan tu dgn dia. Anyway….Syukur pada yang Maha Esa !!

Day 2 – Kluang, Johor.

Bandar kecil yang OK. Tiba di sana dengan perut yang amat lapar. Kebetulan hubby call n inform ada kedai Nasi Beriani Gam best berhampiran Giant kecil tapi oleh kerana kami dah terlajak dan sebabkan terlalu lapar, kami singgah di Medan selera and of course, sebab dah sebut beriani…kami pekena beriani jugaklah.  Beriani haji Johari……peerrgghh..sedap. makan sampai perut penuh. Stay di Hotel Prime City, bersebelahan dgn pasaraya The Store. Malam makan roti canai and teh tarik di kedai mamak depan hotel.  Hotel Prime City..selesa, bilik besar, bilik air ok, breakfast banyak variety dan yg special nye…..dia nye mesin pembakar roti yang jenis roll..different – Price RM 160.00 . On the way ke Segamat, K.Nora, belanja sambil celebrate her birthday di Restaurant Naning. Aku order nasi paprik…best!

Day 3 – Segamat, Johor

Today birthday Shahir.  Happy Birtday dear…..kita celebrate bila ibu balik nanti k. Sampai di Segamat jam 4.30 ptg. Stay kat Hotel Sri Pelangi (2 bintang). Old hotel i may say….perabot pun lama n cam scary a bit la.  Bila masuk….kejap-kejap terasa cam dalam citer madu tiga..kejap2 terasa cam dalam citer bukit kepong.  Apa2 je la labu……tapi ngantuk nye pasal tidur petang tetap lena.  Malam makan di restaurant persimpangan kolam air panas. Nasi goreng USA, keropok goreng n otak-otak tajaan Kamal. Thank Mal!!  Balik singgah pasaraya UPWELL cari simcard and pastu balik layan HIDALGO.  Hotel Sri Pelangi…hotel lama yang tak lama lagi akan di upgrade dan ditukar nama kepada hotel VIP, dipenuhi dgn perabot lama sampai nak bukak almari pun mengeluarkan bunyi yg menakutkan, bilik air sungguh suram dan mengerunkan dan breakfast hanya 2 choice dan kurang menyelerakan. – Price RM 105.00 with breakfast.

Day 4 – Bandar Melaka, Melaka

Sampai di Melaka jam 5 ptg terus ke Hotel Orchid di Jln Bendahara. After Maghrib, Uncle Zahari hubby Pn. Azmah pick-up n bawa kami pekena ikan bakar di Muara Sungai Duyung dgn keta Honda baru MBR 20.  Nasi lemak, Ikan Jenahak bakar, Udang bakar, Sotong goreng tepung cicah dengan sambal kicap…..peerrgghh..sungguh menyelerakan. lepas makan uncle bawak pusing-pusing tempat bersejarah di Melaka. Dah rasa cam pelancong lah plak. Tima kasih bebanyak uncle. Budi baik Uncle tak dapat kami balas. Hotel Orchid selesa, bilik ok, bilik air pun best n breakfast boleh tahan la. – Price RM 150. Tengahari dlm perjalanan ke Bahau, singgah di medan selere pekena Assam Pedas Melaka.

Day 5 –  Bahau, N.Sembilan

Bahau pekan kecil yang sepanjang perjalanan terpaksa melalui ladang kepala sawit most of the time.  Sampai around 5.30 dan disebabkan perjalanannya quite mencabar dan letih nye pasal telah menyebabkan ada yg pengsan sampai pagi. Takdak makan malam…..tidur dgn lapar…aarrgghhh.  Era hotel masih baru, ada bowling and karoake, bilik kecil tetapi selesa tapi no breakfast – Price RM 98.00 Cari breakfast di pekan n jumpa kedai makan Kak Pah di belakang Dewan Majlis Jempol. Belasah nasi lemak yang sedap dgn air nescafe tarik. Tengahari, lunch ditaja oleh Alif atas alasan dapat rebet roadtax. Thank for the pizza Alif!! Beli gula anau untuk mak.

Day 6 – Klang, Selangor.

Destinasi terakhir di Klang, tiba lewat petang kerana singgah di opis sebentar untuk melepaskan rindu dgn anak-anak. Sempat juga breasfeed Qaseh kejap. Sampai di Klang, makan malam di kedai seafood dan bermalam di Hotel Prescott.  Hotel terakhir dan dapat bilik di ground floor, katil ala-ala queen size puas bergolek and for Kamal yg dengar citer tido lasak cam Adam….sure tak jatuh katil beb.  Breakfast sedap, bakar roti sampai asap dah keluar..reason sebab suka roti hangus..haha….. – Price RM 137.00.

Ok la….Itu saja catatan sepanjang perjalanan kami tempohari. Nice team it is, sepanjang perjalanan segalanya berjalan lancar dan selamat and setiap tempat makan yg disinggahi tidak pernah menghampakan. Alhamdulillah!!

FIL & AL-RAWSHA

Standard

Ayah mertua masuk hospital a few days back due to “Demam Malaria”. Ayah actually insist to get an injection as a protection sebelum ke Indonesia tempohari. Walaupun pi sekejap…tapi dah takdak protection kena jugak la demam tu. Risau kami adik beradik bila tetiba ayah balik terus demam sampai dok meracau yg bukan2. At first ingatkan disebabkan oleh his high blood pressure…rupa2nya Malaria.  Anyway….kelmarin pi jenguk dia. Alhamdulillah..dah sihat dah although not 100%. Yg penting ayah dah boleh makan, minum dan act macam biasa. Itu dah cukup melegakan kami.  Yg funny nye….sebabkan itu, ayah tidur dlm kelambu di hospital. Neighbour2 ayah iri hati sampai ada yg tanya..” Pak cik ni bayar lebih ke..sampai dapat kelambu ni?? haha….

Way back kanda ajak singgah makan. Naktau kat mana?? Ajak makan makanan Arab la plak. Kami singgah di Al-Rawsha, Jalan Damai Off Jalan Ampang. Food..best and berbaloi dgn price. Tapi lain kali kena ingat..kalau order jgn banyak sebab portion dia sungguh huge. Dah portion tu untuk perut org arab..mana nak sama dgn perut kita ye tak?.  Dia nya Lamb menu..peerrgghhh….meleleh beb. Lain kali nak dtg lagi bawa anak2 and both my parents and parents in law. InsyaALLAH.

Have a nice day everybody !!!

LeSeN MeMaNdU dah……KO

Standard

La……selama 4 bulan ni rupanya, myself memandu tanpa lesen. Camner buleh tak perasan ni?? Agaknya sbb too busy or maybe too excited with kerja baru kot.  Perasan pun bila last week, Ina dok citer pasal staf yg dok drive with lesen mati. Bila balik rasa nak tengok lesen sendiri n bila belek2..alamak..dah KO since 6/6/2008 la plak. Gitau hubby…langsung dia membebel…..tapi takpe..bebel punya bebel…dia letak duit suh renew harini. haha..berbaloi kan kena bebel. bebel je dapat duit..bebel je dapat duit…kalau selalu camni kan ke bagus.

Semalam, sambil hubby drive..kat tengah2 jalanraya ada lak anjing tergolek cam mengelupur. Myself lak dah la fobia with previous incident terus cam terkejut badak suh hubby ketepikan kereta takut terlanggar anjing tu. Bila slow down, anjing tu tetiba bangun and blah….hampeh betul. Ingatkan mengelupur sbb kena langgar. Hubby kata, anjing tu tengah gatal tu…dok mengaru-garu kat jalan. Kata hubby lagi..musim mengawan ni…haha….aik kanda, musim anjing mengawan pun tau??

Hari ni masuk kerja awal. Reason is…hantaq anak pi sekolah. Bulan ni sekolah setengah bulan je n than cuti sekolah bermula. Tapi bus fare tetap kena bayar full. eemmm…..cam rugi la pulak rasanya dok bayar full tapi naik bus half month je. So lepas buat calculation semalam, kami decide utk hantar budak2 ni pi sekolah. Tengahari atok dia akan tolong ambilkan. Kira orait lah tu…at least dah buleh save.  Pagi tadi cam kelam-kabut sikit…Qaseh pun kena mandi awal ..alhamdulillah dia rileks je.  Bila drop kan budak2 ni kat depan gate sekolah and when they on their way to their perhimpunan..tetiba hati rasa sayu pulak. Dah besar dah anak2 ni. Pejam celik..pejam celik rasa sungguh cepat masa berlalu…dulu semua kecik2 lagi. Rasa sunguh bersyukur dengan kehidupan yg dikurniakan tika ini. Perasaan bila melihat anak2 ni tadi adalah sesuatu yg tak dapat digambarkan. Berdoa semoga kami berdua dikurniakan  kesihatan yg baik untuk melihat anak2 ini membesar dan dewasa di depan mata. InsyaALLAH.

Note: Hati rasa berdebar2 since morning today?? kenapa ya?? Emmmmm…….