Roadshow a.k.a kerja sambil jalan-jalan cari makan..ahak

Standard

Minggu lepas, sebelum cuti sekolah bermula, aku turun ke Johor dgn K.Nora, Kamal n Alif. Dari selatan kami naik ke Klang as our last stop. It tooks about 1 week..leaving family especially Qaseh which is still brestfeed. Mula2 cuak juga..risau susu stop or kut2 Qaseh tak mau lagi. Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. To keep this in mind, i’ll share everything here k.

Day 1 – Pontian, Johor.

Jemput K.Nora di Sikamat singgah solat, minum dan belasah sisa-sisa kuih raya. Selamat tiba di Pontian jam 5.30 petang dalam hujan renyai-renyai.  Stay kat Hotel Pontian which situated betul2 kat tepi laut dan bersebelahan dgn Restoran Aliff n Giant.  Kalau betul2 Alif punya restaurant..sure dapat makan FOC kan. hehe….Makan malam di Juara Tomyam. Service walla…cepat dan makanan pun sedap. Hotel Pontian, bilik kecil sikit tapi kemas dan selesa, bathroom best, breakfast too simple – Price with breakfast is RM 120.00. Klong call pepagi gitau dia risau sbb result UPSR keluar today.  Suh dia rileks sebab benda pun dah over…apa jadi pun kena terima. Jam 10.30 hubby call…sampaikan berita gembira.  Tahniah anak Ibu !!!! Menitik sikit air mata sebab gembira a part of it tak dapat raikan kegembiraan tu dgn dia. Anyway….Syukur pada yang Maha Esa !!

Day 2 – Kluang, Johor.

Bandar kecil yang OK. Tiba di sana dengan perut yang amat lapar. Kebetulan hubby call n inform ada kedai Nasi Beriani Gam best berhampiran Giant kecil tapi oleh kerana kami dah terlajak dan sebabkan terlalu lapar, kami singgah di Medan selera and of course, sebab dah sebut beriani…kami pekena beriani jugaklah.  Beriani haji Johari……peerrgghh..sedap. makan sampai perut penuh. Stay di Hotel Prime City, bersebelahan dgn pasaraya The Store. Malam makan roti canai and teh tarik di kedai mamak depan hotel.  Hotel Prime City..selesa, bilik besar, bilik air ok, breakfast banyak variety dan yg special nye…..dia nye mesin pembakar roti yang jenis roll..different – Price RM 160.00 . On the way ke Segamat, K.Nora, belanja sambil celebrate her birthday di Restaurant Naning. Aku order nasi paprik…best!

Day 3 – Segamat, Johor

Today birthday Shahir.  Happy Birtday dear…..kita celebrate bila ibu balik nanti k. Sampai di Segamat jam 4.30 ptg. Stay kat Hotel Sri Pelangi (2 bintang). Old hotel i may say….perabot pun lama n cam scary a bit la.  Bila masuk….kejap-kejap terasa cam dalam citer madu tiga..kejap2 terasa cam dalam citer bukit kepong.  Apa2 je la labu……tapi ngantuk nye pasal tidur petang tetap lena.  Malam makan di restaurant persimpangan kolam air panas. Nasi goreng USA, keropok goreng n otak-otak tajaan Kamal. Thank Mal!!  Balik singgah pasaraya UPWELL cari simcard and pastu balik layan HIDALGO.  Hotel Sri Pelangi…hotel lama yang tak lama lagi akan di upgrade dan ditukar nama kepada hotel VIP, dipenuhi dgn perabot lama sampai nak bukak almari pun mengeluarkan bunyi yg menakutkan, bilik air sungguh suram dan mengerunkan dan breakfast hanya 2 choice dan kurang menyelerakan. – Price RM 105.00 with breakfast.

Day 4 – Bandar Melaka, Melaka

Sampai di Melaka jam 5 ptg terus ke Hotel Orchid di Jln Bendahara. After Maghrib, Uncle Zahari hubby Pn. Azmah pick-up n bawa kami pekena ikan bakar di Muara Sungai Duyung dgn keta Honda baru MBR 20.  Nasi lemak, Ikan Jenahak bakar, Udang bakar, Sotong goreng tepung cicah dengan sambal kicap…..peerrgghh..sungguh menyelerakan. lepas makan uncle bawak pusing-pusing tempat bersejarah di Melaka. Dah rasa cam pelancong lah plak. Tima kasih bebanyak uncle. Budi baik Uncle tak dapat kami balas. Hotel Orchid selesa, bilik ok, bilik air pun best n breakfast boleh tahan la. – Price RM 150. Tengahari dlm perjalanan ke Bahau, singgah di medan selere pekena Assam Pedas Melaka.

Day 5 –  Bahau, N.Sembilan

Bahau pekan kecil yang sepanjang perjalanan terpaksa melalui ladang kepala sawit most of the time.  Sampai around 5.30 dan disebabkan perjalanannya quite mencabar dan letih nye pasal telah menyebabkan ada yg pengsan sampai pagi. Takdak makan malam…..tidur dgn lapar…aarrgghhh.  Era hotel masih baru, ada bowling and karoake, bilik kecil tetapi selesa tapi no breakfast – Price RM 98.00 Cari breakfast di pekan n jumpa kedai makan Kak Pah di belakang Dewan Majlis Jempol. Belasah nasi lemak yang sedap dgn air nescafe tarik. Tengahari, lunch ditaja oleh Alif atas alasan dapat rebet roadtax. Thank for the pizza Alif!! Beli gula anau untuk mak.

Day 6 – Klang, Selangor.

Destinasi terakhir di Klang, tiba lewat petang kerana singgah di opis sebentar untuk melepaskan rindu dgn anak-anak. Sempat juga breasfeed Qaseh kejap. Sampai di Klang, makan malam di kedai seafood dan bermalam di Hotel Prescott.  Hotel terakhir dan dapat bilik di ground floor, katil ala-ala queen size puas bergolek and for Kamal yg dengar citer tido lasak cam Adam….sure tak jatuh katil beb.  Breakfast sedap, bakar roti sampai asap dah keluar..reason sebab suka roti hangus..haha….. – Price RM 137.00.

Ok la….Itu saja catatan sepanjang perjalanan kami tempohari. Nice team it is, sepanjang perjalanan segalanya berjalan lancar dan selamat and setiap tempat makan yg disinggahi tidak pernah menghampakan. Alhamdulillah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s