Monthly Archives: April 2009

Tuang kelas Poco-poco – step 2

Standard

Adddooiii…..tak dapat joint poco-poco class tday. Plan dah baik tapi penat nye pasal, sampai tak larat nak pegi. kalau ini macam, step 2 saya dah tertinggal la. Takpe..takpe…catch-up nanti next weeknye class. Hari nie cuti menyelesaikan hal sabrina.

a) Medical check up – Selesai walau kena tunggu lama sikit.

b) Hal transfer sekolah – Cikgu kelas lak pi kursus. Habis tu, fail peribadi macamana? Bila nak ambil and bawa ke sekolah baru? Emmm…..takpe la….pi register je dulu. Hopefully orang sana orait n tak banyak songeh. Buku pinjaman tak yah pulang n bawa semua sbb sekolah baru dlm satu negeri.

c) Barang-barang untuk asrama n sekolah baru belum beli. Hujung minggu ni Insyaallah. Kelam-kabut jugak dibuatnya….tapi apa-apa pun, tak boleh mengeluh…kena bersyukur panjang-panjang…..

d) Lain-lain – Apa lagi eekk?? Emm..tak leh nak fikir. Nantilah….bila sampai masa baru lah perasan itu tak de, ini kena beli…..

Sabrina macam 50-50 je nak ke sana. Kena encourage dia pergi for her own good. Dah tercapai impian..kalau tolak…rugi wokkkk !!

p/s: Hati bagai ditarik2 nak sertai KONWANIS. Tapi camner eekk?? Banyak sangat agenda dan benda yg harus diselesaikan weekend ni…..

Advertisements

Advert RHB Bank..LAWAK !!

Standard

Kebelakangan ni….aku asyik terbayang je lawak aksi dalam iklan RHB Bank  – Pembiayaan Peribadi-i.  Lawak sangat la……tak tahu camner nak describe.

Ni la orang kata…ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORD!! Iklan tu sgt lawak trust me. Punya susah nak dapatkan guarantor sebab masing2 try to escape themselve. Sorang nyorok tersepit celah cabinet, sorang nyorok dlm cupboard tapi nampak hidung terkeluar, yg gemok nyorok belakang blind dengan nampak perut turun naik tahan nafas, sorang nyorok belakang batang lampu..try to hide dia nye red tie…..aksi tu sumer…peerrgghh  sangat kelakar beb…

p/s: Still terbayang2 iklan tu kat ruang mata. People out there…cuba la tengok…agak2 iklan tu “lawak” tak bagi korang??? Ke saya je rasa iklan tu funny?? I wonder……

PoCo-PoCo

Standard

Back from Staff Retreat, activiti bagi menyihatkan badan telah diteruskan. We’re having poco-poco every wednesday lepas habis keja.

Semalam, cam dah terror sikit. Poco-poco step 1 dah boleh buat. Tak sabar-sabar nak pi step 2 next week ni. Amboi..cam bagus je kan.

Balik rumah..gitau mak yg kononnya dah pandai step 1. nak tau apa mak reply?

Mak: ala…..mak pun ada poco-poco juga kadang-kadang kat tempat ngaji.

Saya: la…..boleh tahan mak ni.

Mak: dah masuk step dua dah (dgn ekk nye)

Saya telan liur. Nak berlagak ngan mak…rupa-rupanya dia lagi advance.

Sampai kat umah, download lagu poco-poco dari you tube…..terus panggil kanda n anak2 ikut. cewahh..jadi instructor lah pulak kat umah. Semua pun suka. Kanda sampai terlekat kat depan pc dok tgk step-step tu sumer.

p/s: tak sabar nk tunggu next week for step ke 2…… (selagi semangat masih membara…)

Staff Retreat 2009

Standard

Bersyukur kerana program berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Penghargaan kepada staff yg setia bersama MURNI sehingga ke hari ini. Program kali pertama dan akan dijadikan yearly event InsyALLAH. Kali ini, lokasi pilihan yg dekat2 saja almaklumlah ada insan tersayang yg terpaksa ditinggalkan di rumah kan…

Lokasi: AGROTEK ECO RESORT, HULU LANGAT

Tarikh: 17-18 April 2009 (Jumaat – Sabtu)

Aturcara yang padat dan yang paling penting participation dari semua adalah pendorong kepada kejayaan program ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang sama-sama menjayakanya. Staff pioneer yang datang nun jauh dari utara, pilot-pilot kolej yg memeriahkan suasana, cik’gu-cik’gu nursing dan non-nursing, cik’gu besar akademik, pengawas besar clinical, kawan-kawan dari kolej dan paling utama tuan punya kolej yang sangat humble dan dikasihi ramai. Kerjasama semua telah membuat program ini SUCCESS dan paling penting adalah wujudnya ‘kebersamaan’ dan ‘keakraban’. Terima kasih semua!!!

For me, program istimewa ini tentulah sesuatu yang pastinya terlekat terus di kotak fikiran dan terpahat kukuh di hati. Kenapa?? Kerana, selama berbelas tahun bekerja..inilah satu-satunya event yang meninggalkan kesan amat mendalam dalam diri. Disamping menjalankan aktiviti lasak dan ‘fun’, kewajiban sbg hambanya tak pernah sesekali dilupakan. Berjemaah bersama mendirikan solat Maghrib/Isyak dlm suasana pengunjung lain ‘happening’ dgn aktiviti mereka dan esoknya solat Subuh berjemaah sekali lagi ketika yang lain masih enak dibuai mimpi adalah saat-saat yang amat menyentuh perasaan. Bersyukur teramat kepada YG MAHA KUASA kerana telah dipilih menjadi antara yg diterima menjadi warga kolej ini yang sering menerap dan menitik beratkan nilai-nilai islamik sentiasa. Alhamdulillah….

p/s: Kanda….terima kasih kerana beri kebenaran saya ‘enjoy’ sekejap, Mak & K.Lela…terima kasih jugak sbb bantu jaga askar2 saya especially si kecik.

bT*xJmx*PTEyNDAxMTQ4MTM*MjEmcHQ9MTI*MDExNDgxNTE1NiZwPTM5MDEmZD1ncmFwaGljcyZnPTEmdD1saWZl.gifThe Choices I Made
New Graphics

CXNID=1000015.68NXC.gif

Qaseh dah Setahun

Standard

bT*xJmx*PTEyNDAxMTQ5Njg5MDYmcHQ9MTI*MDExNDk3MDc4MSZwPTM5MDEmZD1ncmFwaGljcyZnPTEmdD*=.gif
image021

CXNID=1000015.68NXC.gif12/04/09 Qaseh dah genap setahun. Memang tak ada plan langsung nak celebrate birthday si kecil ni. Lagipun, macam tu la dgn anak2 yg lain…no birthday celebration at all. Cuma nak memastikan tarikh2 istimewa itu selalu diingati, biasanya kami sekeluarga akan meraikannya dgn cara kami. Keluar seharian sambil makan besar.

Untuk Qaseh, mak n her babysitter (k.lela) dah ingatkan awal2.

Both;  Birthday Qaseh minggu depan, tak buat apa-apa ke?

Me;  Tak yah la. Kami bawak anak2 gi makan cam biasa je al kut.

Mak:  Ishhkk….buatlah sikit. Kecil-kecilan pun jadi la. Mak sponsor chocolate cake n pizza.

Me:  Entahlah..tengok lah camne nanti.

K.Lela: Takpe qaseh. kalau ibu tak buat, kita celebrate kat umah ‘mak’ ye (Qaseh dah pandai panggil k.lela ‘mak’…ibu n ayah pun dia belum pandai panggil lagi….geramnyaaa….)

Oleh kerana both of them beria sesangat, jadi kami buatlah sikit malam minggu lepas. Guest??? Semua pun my special guest…..Mak, K.Lela, Awin, Aini & Ucop the chef. Thank you so much untuk semua kerana memeriahkan suasana. Food…..ada mee goreng, muffins, pizza n chocolate cake as mak promise n juice carrot susu hasil buah tangan chef muda. Anak-anak yang lain termasuk dear kanda makan sampai kenyang..ahak. Thanx for the gift too guys. Walau pun meraikannya dgn sangat simple……still happening beb!

p/s: Qaseh dear bila nk jalan ni? Tak sabar nk tengok Qaseh terkedek-kedek berjalan la.

Oh ya….lupa pulak nak wish bujang yg ada nun jauh di negara pak arab…Selamat Hari Jadi ADAM @ Abdul Hadi !! Kebetulan date sama ngan si kecil Qaseh. Wish dari Kak Long, Semoga Adam dikurniakan kesihatan yang baik dan di rahmati Allah Swt setiap hari.  Semoga tip-top dalam exam jugak n kuatkan semangat menghadapi hari-mendatang. Kalau orang sini dh tak sayang….teruskan hidup dgn mengecap bahagia yg ada…insyaallah n klong percaya masih ada ramai lagi yg sudi menyayangi insan bernama Adam. Be strong!!!

bT*xJmx*PTEyNDAxMTQ1ODM5MzcmcHQ9MTI*MDExNDU5OTUzMSZwPTM5MDEmZD1ncmFwaGljcyZnPTEmdD*mbz*1ZTZkZDY1YzdkNWI*OWEwODZkNWY1ZmEzNTRiMjVmYw==.gifThe Only People
Grab a Graphic from pYzam.com

CXNID=1000015.68NXC.gif