Staff Retreat 2009

Standard

Bersyukur kerana program berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Penghargaan kepada staff yg setia bersama MURNI sehingga ke hari ini. Program kali pertama dan akan dijadikan yearly event InsyALLAH. Kali ini, lokasi pilihan yg dekat2 saja almaklumlah ada insan tersayang yg terpaksa ditinggalkan di rumah kan…

Lokasi: AGROTEK ECO RESORT, HULU LANGAT

Tarikh: 17-18 April 2009 (Jumaat – Sabtu)

Aturcara yang padat dan yang paling penting participation dari semua adalah pendorong kepada kejayaan program ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang sama-sama menjayakanya. Staff pioneer yang datang nun jauh dari utara, pilot-pilot kolej yg memeriahkan suasana, cik’gu-cik’gu nursing dan non-nursing, cik’gu besar akademik, pengawas besar clinical, kawan-kawan dari kolej dan paling utama tuan punya kolej yang sangat humble dan dikasihi ramai. Kerjasama semua telah membuat program ini SUCCESS dan paling penting adalah wujudnya ‘kebersamaan’ dan ‘keakraban’. Terima kasih semua!!!

For me, program istimewa ini tentulah sesuatu yang pastinya terlekat terus di kotak fikiran dan terpahat kukuh di hati. Kenapa?? Kerana, selama berbelas tahun bekerja..inilah satu-satunya event yang meninggalkan kesan amat mendalam dalam diri. Disamping menjalankan aktiviti lasak dan ‘fun’, kewajiban sbg hambanya tak pernah sesekali dilupakan. Berjemaah bersama mendirikan solat Maghrib/Isyak dlm suasana pengunjung lain ‘happening’ dgn aktiviti mereka dan esoknya solat Subuh berjemaah sekali lagi ketika yang lain masih enak dibuai mimpi adalah saat-saat yang amat menyentuh perasaan. Bersyukur teramat kepada YG MAHA KUASA kerana telah dipilih menjadi antara yg diterima menjadi warga kolej ini yang sering menerap dan menitik beratkan nilai-nilai islamik sentiasa. Alhamdulillah….

p/s: Kanda….terima kasih kerana beri kebenaran saya ‘enjoy’ sekejap, Mak & K.Lela…terima kasih jugak sbb bantu jaga askar2 saya especially si kecik.

bT*xJmx*PTEyNDAxMTQ4MTM*MjEmcHQ9MTI*MDExNDgxNTE1NiZwPTM5MDEmZD1ncmFwaGljcyZnPTEmdD1saWZl.gifThe Choices I Made
New Graphics

CXNID=1000015.68NXC.gif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s