Boarding School – KUSESS

Standard

DSC02966Along dapat masuk sekolah berasrama penuh. Dipanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Kuasa. Isnin 4/4/09 adalah hari pertama si dara menjejakkan kaki. Pendaftaran , taklimat serba sedikit, di hantar ke bilik asrama dan jam 3 petang terus memulakan sesi persekolahan. Emosi….eeerrmmm..mula2 cam gabra, suprise dan lepas turun dari asrama macam nampak excited. Bila hampir jam 3, kami pun nak beransur…muka pun cam dah mendung balik. Kata-kata perangsang akhir sebelum balik…..

Ibu: Along, kuatkan semangat tau. Tak mau nangis-nangis. Org lain pun semua sama macam along. Parents semua jauh n takde kat sini. Ibu tahu anak ibu memang kuat dan mesti belajar rajin2 ..OK.. (Dgn muka ceria habis + tahan jgn nampak muka sedih)

Along: (Dengan muka tahan sedih cuba buat ceria). Ok Ibu! sambil peluk cium dan angkat ibu jari tanda OK.

Ayah: Along, jaga diri baik2, perangai mesti elok, bla..bla..bla…dah…sampai kat ayah dia…budak tu pun dah berair2 mata.

Kanda ni, emosi betul la. On the way balik, kanda pulak yg banyak fikir.

Hari 1 Petang jam 6 along call: Ibu, along OK. Ibu dah sampai mana. Ptg kena mandi nanti esok along call ibu k.

Hari 2 Petang jam 5.30 along call lagi lepas 5 panggilan tak berjawab (ada meeting). : Ibu….pegi mana? Napa tak jawab call along? Ibu dtg tak minggu ni? Along tak leh balik. Kalau Ibu datang nanti bawa ‘kerabu sotong’ ya. Along rindu Ibu……..

Hari 2 Malam jam 10.59 : Ibu, buat apa? Along dah habis prep. Ayah ada? Ayah dtg tak minggu nie? Ayah mesti datang tau.

Ha…hari ni dah hari ke 3. Amacam? Rasanya dah ok kut. Biasala…tak pernah berjauhan. Itu lah orang kata……

Bila Dekat Bau Ketiak…..

Bila BerJauhan Bau Bunga…….

Dok rumah asyik membebel dan kena bebel….bila dah jauh..tukang bebel dan mangsa bebel masing2 saling rindu merindui.

IBU SAYANG ALONG!!!!!!

P/s: Malam pertama kanda dah mimpi..anak dara dia bangun pagi terkulat2 tengok org semua dah beratur kat bilik air. Duduk atas katil..terlena..bila bangun….org semua dah pi sekolah. Kanda…kanda…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s