Monthly Archives: June 2009

18/06/1995

Standard

image006

Sepatutnya semalam. Bukan hari ini. Tapi rasanya tidak salah mencicip rasa pada bila-bila masa selagi ruang masih ada bukan? Semalam saya tak punya masa ditambah kekenyangan menyebabkan saya menjadi insan yang amat pemalas sehingga akhirnya saya kalah dengan godaan tidur. Pagi ini saya bangun ditarikh yg lain dan seperti biasa..semangat berkobar utk menulis tentang 18/06 hampir saja dibenamkan jauh-jauh.

18/06…..14 tahun yg lalu membuatkan hati, perut dan segala organ dalaman saya dipenuhi rerama. Pada tarikh 18/06, 14 tahun dulu, saya jadi seorang manusia yg paling bersopan dan paling pemalu kononnya almaklumlah..atas pelamin. Hanya untuk satu hari itu dan selebihnya saya menjadi saya kembali dan lelaki itu sudah faham benar. Lelaki itu mengenali saya ketika saya masih lagi anak kecil yang berlari bermain kejar-kejar dengan rakan-rakan sebaya saya.  Lelaki itu sudah hampir remaja waktu itu untuk turut serta jadi kehadirannya di ruang main kami tidak pernah saya sedari.

Detik 18/06, 14 tahun dulu, menimbulkan satu rasa yang terurai-urai dalam hati dan sukar sekali dijelaskan. Seingat saya…janji lelaki itu, dia akan menjaga saya dan zuriat kami sebaik-baiknya. Rangkaian kata itu seolah salji dalam hati saya dan setelah 14 tahun berlalu, saya bersyukur lelaki itu telah mengotakan janjinya. Dia menjaga saya dan permata hatinya dengan baik sekali walau rezekinya hanya sederhana tapi syukur kerana sayangnya melimpah.Itu sudah cukup buat kami sekaligus membuatkan hati saya berdecap-decap kagum.

Apalah sangat tempoh 14 tahun jika dibandingkan dgn tempoh yg telah dilalui oleh orang tua saya kan. Jauh lagi sebenarnya perjalanan saya ini. Ada lapisan fasa lain yg harus saya dan lelaki itu lalui. Yang termampu hanya mentasbihkan kesyukuran dan memanjat doa agar jodoh kami kekal dan hanya terpisah oleh kematian. Itu doa kami, selebihnya adalah perancangan Yang Maha Kuasa.

Saya bersyukur kerana tuhan menghadirkan lelaki itu bagi menambah warna dan corak dalam kehidupan saya. Kekadang hidup saya penuh warna-warni dan kekadang hidup saya hanya dilatari putih dan hitam. Namun…itulah peri kehidupan.

Buat lelaki itu….terima kasih kerana memilih saya! Saya sayang kamu !!!

Advertisements

H@TI

Standard

Hati saya cedera hari ini. Mujur hanya cedera dan tidak pecah berderai. Opss..pecah berderai itu hanya terjadi dulu-dulu. Waktu saya masih muda belia. Waktu masih tak sedar diri dan mengada-mengada kerana walau berderai sekalipun masih ada yang sanggup mencuba sedaya habis mengutipnya. Sudah berumur begini, paling-paling pun hati saya hanya akan pecah berkeping-keping. Senang bukan? Pecah berkeping-keping dan hanya perlu dikutip dan cantumkan semula seadanya.

Kecederaan tadi siang membuat saya berfikir dan menimbangkan banyak perkara. Dan keputusan saya kali ini ialah meletakkan ‘NOKTAH’ dibahagian mana yang saya fikir harus. Harapan saya, agar tindakan saya ini nantinya mampu mengembira dan menenangkan hati yang lagi satu.

Sore, pulang ke tempat hati digantung. Hati saya tak semena-mena kembali sembuh dan mekar berbunga-bunga. Semata-mata kerana tarikh 18/06. Tarikh keramat janji tersimpul. Segera saya mentasbihkan rasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

Bukankah saya sepatutnya mohon cuti esok?

Ralat

Standard

Beberapa perkara ralat berlaku hari ini.

Paginya, anak-anak kelewatan bangun sekaligus ketinggalan bas. Eerrmm….puncanya saya. Sudah dibangunkan kanda jam 6.15 pagi tetapi dek kerana melayan godaan bantal, saya sambung tidur lagi sehinggalah terbangun jam 6.45 pagi. Adduuhh…..lewat sangat sudahnya. Bingkas bangun, solat dan mengejutkan anak-anak. Hasilnya permata hati saya lewat hari ini. Tiba di daerah ilmu sejurus loceng berbunyi. Maafkan ibu sayang. Esok ibu akan cuba melawan godaan-godaan itu. Janji….

Seusai menghantar anak-anak, saya akhirnya tiba awal di daerah rezeki. Setelah berkira-kira mahu bersarapan apa.. lalu saya pilih roti canai dan teh tarik. Setiba juadah di meja, mata menjilat memerhati..hati tertanya kembali. Kenapa roti canai dan teh tarik yg jadi pilihan saya hari ini agaknya ya? Bukankan kedua-dua juadah ini..musuh utama saya sepatutnya. Tergiang-giang di telinga bagaimana teman-teman di daerah rezeki ini mengingatkan betapa banyaknya kalori dlm juadah saya pagi ini. Selepas berfikir sejenak, saya benamkan hati bagi mengelakkan rasa bersalah. Dua tiga suap, selera saya mati. Rasa bersalah datang bertubi-tubi.

Suara 1berbisik, jangan dibazir rezeki yg ada di depan mata. habiskan lah !

Suara 2 pula tiba-tiba datang….cukuplah dua tiga suap. Jangan kerana perasaan bersalah, kesihatan jadi taruhan.

Saya setuju dengan suara 2. Saya menahan diri. Juadah saya kali ini bersisa. Sesuatu yang jarang sekali saya lakukan.

Semalam, ada teman yg mempelawa makan di Mc’D. Hati mulanya berkira-kira mahu pergi. Tetapi mengenangkan perjanjian bersama anak-anak, hasrat dimatikan. Arrggh…..lega rasanya. Berjaya mengekang nafsu dari menyokong barangan buatan Israel walaupun baru 6-7 bulan. Permata hati penguat semangat.

p/s: Berkata-kata adalah semudah menepis lalat di pipi, melaksanakan adalah sesukar mengolek bongkah di gurun.

Sweet nicole026

Cinta Pertama & Si Tukang Kayu

Standard

Kebelakangan ini apa yang memenuhi kotak fikiran saya sepanjang perjalanan pulang dari daerah rezeki adalah pelbagai kenangan lama yg mendesak-desak untuk diisi dan diceritakan disini. Namun, selalunya bila tiba dirumah dan membereskan apa yg patut, saya seolah tidak punya masa untuk duduk takzim bagi meluahkan semua. Seusai kerja, mata semakin layu minta direhatkan dan akhirnya kenangan dan cerita itu hanya tinggal begitu saja.

Petang tadi saya berjumpa Siti. Dia dara dari Trengganu yg pernah sama-sama mencari makan di daerah rezeki yg sama beberapa bulan lalu dan kini bertuah dapat berkhidmat di tanah tumpah darah sendiri. Semalam Siti hubungi saya nyatakan hasrat berkongsi sesuatu untuk kebaikkan daerah rezeki. Nyata, rindunya masih bersisa. Katanya pada saya, itu cinta pertamanya. Banyak kenangan yang membentuk siapa dia hari ini adalah dari daerah rezeki ini. Dari bahasa wajahnya saya terkesan akan rindu yg ditanggung. Baru sangat di tanah tumpah darah sendiri dan masih juga membiasakan diri dalam kejutan budaya berbeza agaknya. Saya yakin lama-lama nanti rindunya akan kurang juga sementelah kesibukan dgn kerja. Ya…rindunya akan kurang tetapi terus utuh bersisa…bukankah kata orang.. cinta pertama sukar dilupakan?

Pulang ke rumah saya disambut oleh si comel. Dari jauh terhoyang-hayang dia berjalan dalam cubaan mengimbangi badan bimbang jatuh. Berbaju pendek putih dgn rambut yang rapi menutup dahi lembut ditiup angin, senyum dia dari jauh menampakkan gigi 6 batang langsung meneduhkan hati saya.  Hari ini, Qaseh saya genap 1 tahun 2 bulan. Dah pandai mengajuk apa yg orang lain lakukan langsung berbahasa melalui wajah sesungguhnya mengewap rasa syukur saya pada Yg Maha Berkuasa. Bersyukur kerana menghadirkan Qaseh sekaligus menambah permata hati saya yg sedia ada.

Lagi dua hari, permata sulung saya akan pulang ke daerah ilmunya. Bekal kami buatnya hanya doa dan harapan. Belajar sungguh-sungguh ya Along.

Baru tadi ibu bacakan pada anak-anak ibu semua tentang ‘Si Pengukir Kayu’. Yg berusaha bertahun-tahun mengukir kayu yg kosong sehingga akhirnya terbentuk menjadi ukiran yg sempurna dimatanya. Dlm proses mengukir itu, si pengukir kayu menggunakan beberapa alatan bagi sisi yg berbeza. Alatan tajam bagi sisi yg agak keras sehingga seringkali terluka kerana tidak mahu ukirannya rosak. Bila selesai, tukang ukir kayu ini akan membiarkan ukirannya berdiri sendiri dan tukang kayu tadi hanya akan tersenyum tanpa meminta upah pun atas hasil kerjanya itu.

Begitulah anak-anak dan sang ayah. Anak-anak umpama kayu yg punya sisi pelbagai. Ayah pula punya cara dan pendekatan berbeza bagi sisi lembut dan keras anak-anak. Semuanya hanyalah untuk satu sebab..iaitu mahu membina anak-anak menjadi manusia yang berguna.

p/s: Doa saya buat abah saya…Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi sentiasa. Buat kanda…….terima kasih kerana menjadi ayah yg “best” buat anak-anak kita.

DSC02976

TaNdA tAnYa…

Standard

1 June 2009 hari yg penuh tandatanya dan kejutan bagi saya. Kenapa dan mengapa, jangan tanya sebab saya sendiri pening memikirkannya. Yg pasti, dunia ini sebenarnya penuh dgn kejutan yg kekadang diluar tanggapan kita. Sesuatu bisa saja berlaku tanpa diduga dan sebagai insan biasa yg punya daya amat terhad…yg termampu adalah menerima semua dgn redha. Bagi yg berfikiran positif tentunya akan berkata pada diri…mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku dan ini antara dugaan yg kecil2 saja berbanding mereka diluar sana yg diduga dgn dugaan maha hebat.  Yg kurang sabar…tentunya akan menyalahkan diri dan mengikut amarah. Itu hak masing-masing bukan?

Kejutan demi kejutan menjengah tanpa amaran. Saya…hanya mampu menelan payah  setiap kejutan-kejutan itu. Mak bagaimana? Abah bagaimana? Kanda pula bagaimana? Payah bagi saya…sukar lagi bagi mereka tentunya.

Arrgghh….bosan sebenarnya menjadi lilin seringkali. Mahu saja saya gapai bulan minta pinjam sinarnya bagi menerang hati-hati yg suram. Terasa mahu saya petik pula bintang-bintang yg berkelip nun jauh di langit hitam….hadiah buat org-org yg saya sayang.  Andainya saya mampu……

p/s: Abah tentu rindukan BEU kan…..