Cinta Pertama & Si Tukang Kayu

Standard

Kebelakangan ini apa yang memenuhi kotak fikiran saya sepanjang perjalanan pulang dari daerah rezeki adalah pelbagai kenangan lama yg mendesak-desak untuk diisi dan diceritakan disini. Namun, selalunya bila tiba dirumah dan membereskan apa yg patut, saya seolah tidak punya masa untuk duduk takzim bagi meluahkan semua. Seusai kerja, mata semakin layu minta direhatkan dan akhirnya kenangan dan cerita itu hanya tinggal begitu saja.

Petang tadi saya berjumpa Siti. Dia dara dari Trengganu yg pernah sama-sama mencari makan di daerah rezeki yg sama beberapa bulan lalu dan kini bertuah dapat berkhidmat di tanah tumpah darah sendiri. Semalam Siti hubungi saya nyatakan hasrat berkongsi sesuatu untuk kebaikkan daerah rezeki. Nyata, rindunya masih bersisa. Katanya pada saya, itu cinta pertamanya. Banyak kenangan yang membentuk siapa dia hari ini adalah dari daerah rezeki ini. Dari bahasa wajahnya saya terkesan akan rindu yg ditanggung. Baru sangat di tanah tumpah darah sendiri dan masih juga membiasakan diri dalam kejutan budaya berbeza agaknya. Saya yakin lama-lama nanti rindunya akan kurang juga sementelah kesibukan dgn kerja. Ya…rindunya akan kurang tetapi terus utuh bersisa…bukankah kata orang.. cinta pertama sukar dilupakan?

Pulang ke rumah saya disambut oleh si comel. Dari jauh terhoyang-hayang dia berjalan dalam cubaan mengimbangi badan bimbang jatuh. Berbaju pendek putih dgn rambut yang rapi menutup dahi lembut ditiup angin, senyum dia dari jauh menampakkan gigi 6 batang langsung meneduhkan hati saya.  Hari ini, Qaseh saya genap 1 tahun 2 bulan. Dah pandai mengajuk apa yg orang lain lakukan langsung berbahasa melalui wajah sesungguhnya mengewap rasa syukur saya pada Yg Maha Berkuasa. Bersyukur kerana menghadirkan Qaseh sekaligus menambah permata hati saya yg sedia ada.

Lagi dua hari, permata sulung saya akan pulang ke daerah ilmunya. Bekal kami buatnya hanya doa dan harapan. Belajar sungguh-sungguh ya Along.

Baru tadi ibu bacakan pada anak-anak ibu semua tentang ‘Si Pengukir Kayu’. Yg berusaha bertahun-tahun mengukir kayu yg kosong sehingga akhirnya terbentuk menjadi ukiran yg sempurna dimatanya. Dlm proses mengukir itu, si pengukir kayu menggunakan beberapa alatan bagi sisi yg berbeza. Alatan tajam bagi sisi yg agak keras sehingga seringkali terluka kerana tidak mahu ukirannya rosak. Bila selesai, tukang ukir kayu ini akan membiarkan ukirannya berdiri sendiri dan tukang kayu tadi hanya akan tersenyum tanpa meminta upah pun atas hasil kerjanya itu.

Begitulah anak-anak dan sang ayah. Anak-anak umpama kayu yg punya sisi pelbagai. Ayah pula punya cara dan pendekatan berbeza bagi sisi lembut dan keras anak-anak. Semuanya hanyalah untuk satu sebab..iaitu mahu membina anak-anak menjadi manusia yang berguna.

p/s: Doa saya buat abah saya…Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi sentiasa. Buat kanda…….terima kasih kerana menjadi ayah yg “best” buat anak-anak kita.

DSC02976

One response »

  1. allo kak long..wah bestnye kak long pny ayt!marvellous!serius..xtau pon y kak long reti menulis!ape kata klu kak long tls novel?mst best seller!try r!i will always support ur interest!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s