Ralat

Standard

Beberapa perkara ralat berlaku hari ini.

Paginya, anak-anak kelewatan bangun sekaligus ketinggalan bas. Eerrmm….puncanya saya. Sudah dibangunkan kanda jam 6.15 pagi tetapi dek kerana melayan godaan bantal, saya sambung tidur lagi sehinggalah terbangun jam 6.45 pagi. Adduuhh…..lewat sangat sudahnya. Bingkas bangun, solat dan mengejutkan anak-anak. Hasilnya permata hati saya lewat hari ini. Tiba di daerah ilmu sejurus loceng berbunyi. Maafkan ibu sayang. Esok ibu akan cuba melawan godaan-godaan itu. Janji….

Seusai menghantar anak-anak, saya akhirnya tiba awal di daerah rezeki. Setelah berkira-kira mahu bersarapan apa.. lalu saya pilih roti canai dan teh tarik. Setiba juadah di meja, mata menjilat memerhati..hati tertanya kembali. Kenapa roti canai dan teh tarik yg jadi pilihan saya hari ini agaknya ya? Bukankan kedua-dua juadah ini..musuh utama saya sepatutnya. Tergiang-giang di telinga bagaimana teman-teman di daerah rezeki ini mengingatkan betapa banyaknya kalori dlm juadah saya pagi ini. Selepas berfikir sejenak, saya benamkan hati bagi mengelakkan rasa bersalah. Dua tiga suap, selera saya mati. Rasa bersalah datang bertubi-tubi.

Suara 1berbisik, jangan dibazir rezeki yg ada di depan mata. habiskan lah !

Suara 2 pula tiba-tiba datang….cukuplah dua tiga suap. Jangan kerana perasaan bersalah, kesihatan jadi taruhan.

Saya setuju dengan suara 2. Saya menahan diri. Juadah saya kali ini bersisa. Sesuatu yang jarang sekali saya lakukan.

Semalam, ada teman yg mempelawa makan di Mc’D. Hati mulanya berkira-kira mahu pergi. Tetapi mengenangkan perjanjian bersama anak-anak, hasrat dimatikan. Arrggh…..lega rasanya. Berjaya mengekang nafsu dari menyokong barangan buatan Israel walaupun baru 6-7 bulan. Permata hati penguat semangat.

p/s: Berkata-kata adalah semudah menepis lalat di pipi, melaksanakan adalah sesukar mengolek bongkah di gurun.

Sweet nicole026

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s