Monthly Archives: July 2009

Sehari seorang “RUNNER”.

Standard

Kanda minta saya nukilkan di blog ini tentang hari yang saya lalui tempohari. “Hari yang mencabar. Hang kena tulis dalam blog nie….”Sehari seorang runner” itu pesanan ringkas yang kanda hantar pada saya jam 14.05 saat saya menanti penuh sabar, disamping kereta yang berbaris-baris di bawah terik matahari di Puspakom Padang Jawa. Kenapa tidak saya berlindung dibawah atap kantin yg sedia ada? Payah….kebanyakkan kerusi hanya di monopoli oleh mereka-mereka yg bergelar lelaki. Yang perempuan macam saya hanyalah mak cik kantin itu dan pembantunya. Akhirnya saya pilih untuk berdiri dan semuanya kerana WET 43.

Sejak di tahan JPJ, dua minggu lalu, saya diminta utk melaporkan diri dgn membawa WET 43 ke JPJ Seremban. Tiba di sana..saya diminta pula ke JPJ Padang Jawa kerana kes penahanan adalah di Selangor. Terlanjur ke sana, saya rancang utk ke PUSPAKOM dulu bagi menyelesaikan mana yang saya mampu. Mungkin kerana saya satu-satunya perempuan disitu dan dianggap seperti kakak-kakak oleh adik2 puspakom..layanan mereka kepada saya adalah baik-baik sahaja. Kredit diberikan juga kepada PUSPAKOM kerana menjalankan tanggungjawab dengan pantas dan hanya mengambil 3 jam dari masa saya. SYABAS!

Sehabis di PUSPAKOM saya terus ke JPJ utk pemeriksaan WET 43. Kerana ada yang belum selesai, saya langsung mohon dipinda tarikh pemeriksaan semula. Bersyukur saya kerana di JPJ pun saya masih lagi dilayan dengan baik oleh mereka-mereka yang baik-baik juga. Sehinggakan untuk ke unit bagi pindaan tarikh pun saya dibantu.  Saya hanya perlu duduk di pejabat berhawa dingin mereka dan berbasa-basi sesama pegawai-pegawai. Nasib saya baik bukan…..keramahan mereka membenamkan sedikit keletihan saya.

Tanggal 5/8/09 saya harus ke sana lagi. Harapan saya agar ditemukan lagi dengan mereka-mereka yang sama. Agar nantinya…urusan saya akan jadi mudah dan lancar. Itulah kisah sehari saya sebagai seorang runner. Memang meletihkan dan memakan banyak masa sehinggakan waktu makan juga tidak menentu.

Kanda…disebabkan keletihan, saya telah menjamu makanan MAHAL hari ini.  Semata-mata bagi melepaskan geram kerana terlalu lama menahan lapar. Nanti saya “claim” ok…hehe.

Sebenarnya manusia ini pelbagai dan tentunya menjadi baik kepada semua orang bukan sesuatu yang membebankan. Jadi apa salahnya menjadi baik sentiasa kan? Kita akan tampak lebih “cool” dan diingati sekiranya kita melayan manusia lain dengan baik. Setuju dengan saya?

LC dah tiada….Terkilan….

Standard

Jam 6.30 pagi tadi, mak menelefon. Ketika itu saya dibilik. Sejurus kedengaran ganggang diletakkan, izzah saya menghampiri sambil mengkhabarkan satu berita buruk.

Ibu….LC dah mati. Nenek telefon bagitau. Kata izzah saya sambil menangis.

Hati saya serta-merta terjerembap, berbata-bata. Terkejut, terduduk dan spontan saya teresak. Mak, saya hubungi, bertanya lagi letak duduk perkara sebenar sambil suara tengelam-timbul dek tangisan. Mak mengiakan. LC saya mati jam 10.30 malam tadi dihadapan abah. Mak sengaja lambat memberi khabar….tunggu pagi katanya..biar sedih itu tidak terbawa-bawa dalam tidur. Segera saya hubungi kanda sambil teresak-esak menahan tangis. Sedih sungguh saya…semuanya atas satu alasan. Saya terkilan. Terkilan yang amat.

Kehadiran dan kehilangan LC membuat hati saya sangat terkesan.  LC kucing jantan dan kucing pertama yang saya bela setelah bertahun-tahun. LC diberi seorang kawan yang bernama Erna buat peneman saya dan anak-anak beberapa tahun lalu. Selepas LC, saya ambil Amoi dari kampung. Dari keduanya, saya mendapatkan anak2 kucing yang comel dan cantik. Tapi tak satu pun mewarisi biru mata LC yang amat mendamaikan.

Terkilan saya kerana tidak sempat membawa LC ke klinik. Kesakitan yang ditanggung selama 2 minggu tentunya sukar dan cerita abah disaat berhadapan dengannya ketika ajalnya sampai membuatkan dada saya kian tersendat. Suara saya tertahan dikerongkong  dan hanya airmata yang mampu keluar. Sepanjang perjalanan ke daerah rezeki hari ini, bayangan kesakitan dan mata LC yang bening setiap kali memerhatikan saya dari kurungannya ketika dia sakit sering saja melintas di pandangan saya. Sejurus itu air mata saya pasti tumpah lagi.

Lemah sungguh saya bukan? Sebelum-sebelum ini sering saya ingatkan diri, walau apapun berita buruk yang saya terima..saya akan kuat kan semangat. Saya tidak mahu menangis apatah lagi teresak-esak sebegitu. Tetapi hari ini telah membuktikan yang saya ini manusia yang sangat lemah. Ini baru perkhabaran mengenai kehilangan LC yang pernah bersama saya tidak sampai 3 tahun. Bagaimanakah nanti sekiranya selepas-selepas ini, saya diduga dgn perkhabaran buruk orang-orang yang amat saya sayangi? Mampukah saya agaknya nanti jadi kuat semangat seperti yang sering saya tanamkan dalam hati. Mampukah…????

p/s: Mak menelefon seusai LC dikebumikan, katanya……masuk ke rumah dan melintas di kurungan putih itu..mak terbayang saat kami sama-sama bersihkan luka LC dan sapukan ubat untuk sembuhkannya. Sesungguhnya kenangan itu membuatkan rasa terkilan saya semakin parah. Teduhlah hati…..moga hari esok yg mendatang saya bisa lupakan kesakitan LC dan biarlah memori teduh matanya saja yang terus menemani saya dan anak-anak.  Menulis tentang LC hari ini saja pun…mampu menjuraikan airmata saya. Lemah betul perempuan  ini….

Sweet nicole092

Bertemu Kawan Lama

Standard

Ini cerita semalam.

Sebelum menghantar si dara saya Nur Sabrina ke asrama, kami sekeluarga singgah bertamu ke kenduri kahwin kawan baik mak saya masa muda-muda dulu. Ibu pengantin ini namanya Puan Juminah dan CIk Juminah panggilan buatnya dari saya dan adik-adik. Mak saya dan Cik Juminah sudah berkawan terlalu lama saya rasa. Sedari saya masih lagi belum wujud di muka bumi ini. Dari cerita yang sering mak khabarkan, mereka adalah kawan baik ketika mendapat kerja pertama mereka dulu. Sejak mereka masih lagi muda belia dan masih lagi anak gadis yang naif mungkin. Sejak anak dara sehinggalah sudah bercucu, mereka masih berkawan baik…tidak pernah tidak untuk mengunjungi sesama mereka. Tradisinya saya sambung…..anak-anak cik Juminah juga adalah kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Mak mahu hubungan itu terus begitu sampai bila-bila. Ia menyenangkan…walau masing-masing sudah ada banyak komitmen lain dan tidak punya banyak masa untuk bertemu….seboleh-bolehnya kami cuba wujudkan sekiranya ada sebarang keramaian hatta hari raya sekalipun.

Cerita saya adalah mengenai kawan baik saya. Nama nya Ogy. Saya ketemu dia semalam…setelah hampir saya kira 7-8 tahun tidak bertemu. Semuanya dimajlis kahwin anak ke 3 Cik Juminah. Saya sangat gembira…..bertahun saya memikirkanya. masih saya ingat tahun lepas, saya singgah ke rumah ibunya, untuk bertanyakan alamat Ogy. Tuah tidak menyebelahi saya, tuan rumah iaitu mak Ogy tiada di rumah. Semalam, tuah saya datang. Kami berjumpa setelah bertahun-tahun hilang tanpa berita. Buah-hati masing-masing pun sudah semakin membesar. Dalam sibuk melepas rindu, kami menceritakan kepada buah-hati kami tentang persahabatan kami. Kata saya..ini kawan lama Ibu. Semenjak dari sekolah rendah. Kata Ogy….bukan dari sekolah rendah sayang… tapi dari sekolah tadika. Saya terkulat. Sekolah tadika? EEmmm……memori saya tidak sampai kesitu agaknya.

Pagi ini saya cuba mengingatkan lagi memori sekolah tadika yang Ogy sebut. Tak muncul….kosong….. Mana memori itu agaknya ya? Mungkinkah dikosongkan Yang Maha Kuasa bagi memberi ruang kepada memori yang baru menerobos masuk? Segalanya mungkin bukan. Biarlah nanti memori itu datang sedikit demi sedikit..InsyALLAH.

Saya gembira bertemu Ogy. Kini saya mahu pula cuba menghubungi Linda. Kami dulu bertiga berteman rapat…sangat rapat……..

Nurul Izz@h 02/07/99

Standard

Semalam, Nurul Izzah saya sudah mencecah umur 10 tahun. Selamat hari lahir sayang…..! Kelmarin dipujuknya saya buatkan kek harijadi untuk menjamu teman-teman di daerah ilmu. Kerana kemalasan saya yg berada ditahap paling atas ditambah ketiadaan bahan mentah membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk melaksanakannya. Dalam berkira-kira, mak menawarkan diri. Mujur mak sanggup menjadi penyelamat seperti selalu-selalu. Kesediaan mak melapangkan kembali dada saya yang sebelumnya seakan terhimpit resah.

Seusai di daerah rezeki,saya ke pasaraya ‘gergasi’ untuk mencari bahan bagi jamuan khatam quran anak bujang saya, Muhd Shafiq petang ini. Sambil berbaris di kaunter bayaran, saya ralit memerhatikan pasangan tua dihadapan saya. Si isteri orang melayu, bertubuh gempal, bertudung, berkulit gelap dan pakaiannya biasa-biasa saja. Sisuami pula seorang lelaki ‘mat saleh’ yang pada pengiraan saya tidak banyak beza umurnya dengan si isteri cuma beliau lebih berpakaian rapi, bermata biru, berkulit putih dan yg paling menerbitkan rasa kagum kerana dia fasih berbahasa melayu.

Kata2nya pada sang isteri tidak lagi romantik. Sangat jelas di pendengaran saya apabila dia memanggil isterinya dengan panggilan orang tua. Tatkala dipanggil begitu, serta-merta bercambah senyum dari bibir si isteri. Kadang-kadang begitu cara bergurau agaknya bagi pasangan ini. Manis bukan…..panggilan yg mungkin sensitif kepada pasangan lain…membuahkan gurau senda bagi pasangan ini.  Melihatkan pula kedua paras..pasti ramai mata yg setuju dgn saya yg pasangan ini jauh sekali untuk ditakrifkan sebagai pasangan yang secocok. Tapi itulah adat dunia. Cinta itu buta kan.  Yg mewujudkan perasaan cinta, sayang dan mana-mana perasaan yg sewaktu dengannya itu terlalu abstrak sebenarnya. Kebahagiaan dan gurau senda pasangan ini membuatkan hati saya berdecep-decep kagum.

Saya pasti, keduanya pasti ada kriteria positif yang menarik kedua-duanya untuk terus bersama menikmati hari-hari tua. Biarlah pasangan kita itu bukan lagi seperti waktu muda-muda dulu…bahkan bukan lagi cantik, tampan, mengiurkan dan sebagainya. Mungkin saja rasa cinta itu telah bercampur dengan rasa sayang yang amat mendalam atau mungkin saja rasa cinta dan sayang itu telah berubah pula menjadi simpati semata. Kita tiada jawapan untuk setiap persoalan itu. Cukuplah kita merasa tempias bahagia pasangan ini yang mampu bertahan walaupun umur sudah menginjak tua. Tasbihkanlah rasa syukur melihat masih lagi wujud pasangan warga tua begini yg walau tidak lagi romantik tapi masih lagi boleh bergurau senda walau bagi kita kasar bunyinya. Bukankah sudah lama bersama….kata manis tiada lagi erti mungkin…yg mahunya adalah perhatian dan pentakrifan cinta dan sayang dalam bentuk perlakuan.

Saya mahu bahagia seperti itu sampai tiba hari tua saya. Jauhkan sebarang onar dan tetapkan kesetiaan dan rasa cinta dan sayang ini dalam hati saya. Amiinn…