Nurul Izz@h 02/07/99

Standard

Semalam, Nurul Izzah saya sudah mencecah umur 10 tahun. Selamat hari lahir sayang…..! Kelmarin dipujuknya saya buatkan kek harijadi untuk menjamu teman-teman di daerah ilmu. Kerana kemalasan saya yg berada ditahap paling atas ditambah ketiadaan bahan mentah membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk melaksanakannya. Dalam berkira-kira, mak menawarkan diri. Mujur mak sanggup menjadi penyelamat seperti selalu-selalu. Kesediaan mak melapangkan kembali dada saya yang sebelumnya seakan terhimpit resah.

Seusai di daerah rezeki,saya ke pasaraya ‘gergasi’ untuk mencari bahan bagi jamuan khatam quran anak bujang saya, Muhd Shafiq petang ini. Sambil berbaris di kaunter bayaran, saya ralit memerhatikan pasangan tua dihadapan saya. Si isteri orang melayu, bertubuh gempal, bertudung, berkulit gelap dan pakaiannya biasa-biasa saja. Sisuami pula seorang lelaki ‘mat saleh’ yang pada pengiraan saya tidak banyak beza umurnya dengan si isteri cuma beliau lebih berpakaian rapi, bermata biru, berkulit putih dan yg paling menerbitkan rasa kagum kerana dia fasih berbahasa melayu.

Kata2nya pada sang isteri tidak lagi romantik. Sangat jelas di pendengaran saya apabila dia memanggil isterinya dengan panggilan orang tua. Tatkala dipanggil begitu, serta-merta bercambah senyum dari bibir si isteri. Kadang-kadang begitu cara bergurau agaknya bagi pasangan ini. Manis bukan…..panggilan yg mungkin sensitif kepada pasangan lain…membuahkan gurau senda bagi pasangan ini.  Melihatkan pula kedua paras..pasti ramai mata yg setuju dgn saya yg pasangan ini jauh sekali untuk ditakrifkan sebagai pasangan yang secocok. Tapi itulah adat dunia. Cinta itu buta kan.  Yg mewujudkan perasaan cinta, sayang dan mana-mana perasaan yg sewaktu dengannya itu terlalu abstrak sebenarnya. Kebahagiaan dan gurau senda pasangan ini membuatkan hati saya berdecep-decep kagum.

Saya pasti, keduanya pasti ada kriteria positif yang menarik kedua-duanya untuk terus bersama menikmati hari-hari tua. Biarlah pasangan kita itu bukan lagi seperti waktu muda-muda dulu…bahkan bukan lagi cantik, tampan, mengiurkan dan sebagainya. Mungkin saja rasa cinta itu telah bercampur dengan rasa sayang yang amat mendalam atau mungkin saja rasa cinta dan sayang itu telah berubah pula menjadi simpati semata. Kita tiada jawapan untuk setiap persoalan itu. Cukuplah kita merasa tempias bahagia pasangan ini yang mampu bertahan walaupun umur sudah menginjak tua. Tasbihkanlah rasa syukur melihat masih lagi wujud pasangan warga tua begini yg walau tidak lagi romantik tapi masih lagi boleh bergurau senda walau bagi kita kasar bunyinya. Bukankah sudah lama bersama….kata manis tiada lagi erti mungkin…yg mahunya adalah perhatian dan pentakrifan cinta dan sayang dalam bentuk perlakuan.

Saya mahu bahagia seperti itu sampai tiba hari tua saya. Jauhkan sebarang onar dan tetapkan kesetiaan dan rasa cinta dan sayang ini dalam hati saya. Amiinn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s