Bertemu Kawan Lama

Standard

Ini cerita semalam.

Sebelum menghantar si dara saya Nur Sabrina ke asrama, kami sekeluarga singgah bertamu ke kenduri kahwin kawan baik mak saya masa muda-muda dulu. Ibu pengantin ini namanya Puan Juminah dan CIk Juminah panggilan buatnya dari saya dan adik-adik. Mak saya dan Cik Juminah sudah berkawan terlalu lama saya rasa. Sedari saya masih lagi belum wujud di muka bumi ini. Dari cerita yang sering mak khabarkan, mereka adalah kawan baik ketika mendapat kerja pertama mereka dulu. Sejak mereka masih lagi muda belia dan masih lagi anak gadis yang naif mungkin. Sejak anak dara sehinggalah sudah bercucu, mereka masih berkawan baik…tidak pernah tidak untuk mengunjungi sesama mereka. Tradisinya saya sambung…..anak-anak cik Juminah juga adalah kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Mak mahu hubungan itu terus begitu sampai bila-bila. Ia menyenangkan…walau masing-masing sudah ada banyak komitmen lain dan tidak punya banyak masa untuk bertemu….seboleh-bolehnya kami cuba wujudkan sekiranya ada sebarang keramaian hatta hari raya sekalipun.

Cerita saya adalah mengenai kawan baik saya. Nama nya Ogy. Saya ketemu dia semalam…setelah hampir saya kira 7-8 tahun tidak bertemu. Semuanya dimajlis kahwin anak ke 3 Cik Juminah. Saya sangat gembira…..bertahun saya memikirkanya. masih saya ingat tahun lepas, saya singgah ke rumah ibunya, untuk bertanyakan alamat Ogy. Tuah tidak menyebelahi saya, tuan rumah iaitu mak Ogy tiada di rumah. Semalam, tuah saya datang. Kami berjumpa setelah bertahun-tahun hilang tanpa berita. Buah-hati masing-masing pun sudah semakin membesar. Dalam sibuk melepas rindu, kami menceritakan kepada buah-hati kami tentang persahabatan kami. Kata saya..ini kawan lama Ibu. Semenjak dari sekolah rendah. Kata Ogy….bukan dari sekolah rendah sayang… tapi dari sekolah tadika. Saya terkulat. Sekolah tadika? EEmmm……memori saya tidak sampai kesitu agaknya.

Pagi ini saya cuba mengingatkan lagi memori sekolah tadika yang Ogy sebut. Tak muncul….kosong….. Mana memori itu agaknya ya? Mungkinkah dikosongkan Yang Maha Kuasa bagi memberi ruang kepada memori yang baru menerobos masuk? Segalanya mungkin bukan. Biarlah nanti memori itu datang sedikit demi sedikit..InsyALLAH.

Saya gembira bertemu Ogy. Kini saya mahu pula cuba menghubungi Linda. Kami dulu bertiga berteman rapat…sangat rapat……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s