Monthly Archives: September 2009

UPSR 09

Standard

2009_08211208090058Hari ini adalah hari pertama peperiksaan UPSR dan bujang saya Muhd Shafiq adalah salah seorang calon tahun 2009 ini.  Sebagai pendorong sekaligus bagi membakar semangat bujang saya tentunya, saya bercuti hari ini bagi menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah. Kebetulan, buah hati saya Nurul Izzah dan Anwar Shahir juga masih belum sembuh dari sakit. Kelapangan ini saya gunakan sebaiknya.

Seusai solat subuh, telefon diruang tamu berdering. Dihujung sana, dara saya Nur Sabrina memberi salam langsung minta berbicara dengan adiknya. Mungkin ada kata-kata nasihat yang diperturunkan bagi menghadapi peperiksaan pagi ini tentunya. Ingat juga dia….

Kanda, sebelum ke daerah rezeki..berkali-kali memberikan kata perangsang buat bekalan sibujang saya. Kami berdua mendoakan yg terbaik.

Petangnya, buahhati saya kelihatan seolah sudah sihat. Ketika berbuka, masing-masing sudah mahu menjamah nasi walaupun sedikit. Nurul izzah saya sudah hampir 3 hari tiada nasi yang menjengah perutnya selain bubur yg saya berikan semalam…itupun hanya sesudu yang dipaksa rasa. Melihatkan mereka sudah mula ada selera sudah cukup menghilangkan resah saya yang bertapuk-tapuk beberapa hari sebelumnya.

Syukur saya kepada Yang Maha Kuasa.

Advertisements

DiDUGA itu tanda Tuhan sayang…

Standard

Semalam, permata hati saya Nurul Izzah dan Anwar Shahir telah diduga. Pagi, masing-masing berebutkan bilik air kerana sakit perut. Seusai isi perut dikosongkan, keduanya muntah-muntah pula sehinggakan badan tiada lagi punya daya. Langsung saya dan kanda bawa ke klinik dan puasa mereka tidak diteruskan. Pulang ke tempat hati digantung, masing-masing sudah amat lemah dan masih kerap lagi ke bilik air sekaligus muntah-muntah. Kesihan…

Usai berbuka, permata hati saya Muhd Shahiq mengadu seram sejuk dan langsung ke bilik air juga. Kemudian kanda pula yg mengadu situasi yang sama..langsung semuanya jadi amat tidak berdaya…diselubungi selimut hinga ke pagi dengan tidur jadi tidak pulas sementelah menanti pagi kerana masih juga berulang ke bilik air. Masing-masing saya paksa minum air kosong dan makan sedikit buat mengalas perut dan muntah-muntah itu terus berlarutan. Itu dugaan Tuhan…kira saya.

Pagi ini, saat saya nukilkan dugaan Tuhan ini, saya panjangkan doa…jangan saya dan sikecil Qaseh pula diduga. Berilah kami kekuatan agar bisa kami gunakan tenaga ini bagi merawat kesemua permata hati dan terutama sekali kanda. Pagi ini juga, saya berkira-kira untuk ke daerah rezeki. meninggalkan kesemua kesayangan saya yg sakit dirumah adalah dugaan juga bagi saya. Tetapi, apakan daya sayakan, pagi ini juga dijadualkan ada Audit yang akan berlangsung dan kehadiran saya adalah harus. Bagaimana?  Biar saya uruskan yg itu dulu, usai nanti, saya mahu mohon pulang.

Itu saya kira adalah dugaan Tuhan yang masih kecil  berbanding dari dugaan Tuhan pada orang lain diluar sana.  Sekurang-kurangnya, kami diingatkan, lalu kami tanamkan dalam fikiran….dugaan yang diberi ini tanda Tuhan masih sayang. Tuhan masih merasa kewujudan kami ini sebagai hambanya.

Doa saya..semoga kesayangan saya disembuhkan Tuhan. InsyaALLAH!

image020

Cemburu

Standard

Tadi, selepas waktu berbuka dan ketika kanda sedang bersolat..telefon bimbit kanda berbunyi. Lantas saya angkat dan setelah butang hijau ditekan saya memberi salam. Dihujung talian..terdengar sedikit suara tapi salam tidak bersambut. Salam diberi lagi..berkali-kali. Masih sama…..salam terus bersisa dan tidak berbalas. Talian dimatikan dan fikiran saya tiba-tiba dihimpit galau dan hati disuapi resah yang bertapuk-tapuk. Seusai kanda bersolat….

Saya:  Kanda, tadi phone berbunyi. Saya beri salam dan tiada jawapan dari hujung sana. (belum sempat kanda menjawab….)  Ha….ada orang call tak mau jawab ni mesti perempuan nie. (Seloroh saya dengan kalut yang kental)

Kanda membelek-belek telefon bimbitnya. Saya menunggu jawapan. Tiba-tiba kanda bersuara…

Kanda:  Hang pakai contact lense tak?

Saya: Mestilah

Kanda:  Yang baru kan??

Saya: Tentulah

Sambil menunjukkan monitor telefon.

Kanda:  Ni nombor siapa nie? Bukan nombor hang ke??

Saya sambil menjilat memerhati monitor telefon langsung mencetus senyum:  Adui….ialah….nombor saya rupanya. Malunya saya melangit tidak kepalang…!!! Baru saya teringat, sebentar tadi, si comel Qaseh sedang ralit bermain dgn telefon saya. Oleh kerana kanda adalah org terakhir yg saya hubungi tadi petang, Qaseh saya mungkin telah menekan sekali lagi panggilan ke nombor yang sama. Dan saya, tanpa usul periksa, kerana melayan cemburu….terus tidak melihat nombor yg tertera.

Kanda, tersipu-sipu senyum menyakat. Malu sungguh saya…..Jangan marah ya kanda. Cemburu itu tanda sayangkan…

dinner2