Monthly Archives: October 2009

Syawal hampir khatam…

Standard

Di waktu Syawal makin khatam ini, saya khabarkan beberapa hal yang kini tinggal jadi kenangan yang sedikit perih sekaligus membuat hati saya jadi sangat terkesan. Antaranya ialah…

Tok Chu -Semalam tanggal 18/10/09, Tok Chu telah pulang ke rahmatullah selepas sebulan sakit. Al-Fatihah buat Arwah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sememangnya semasa hayat, beliau adalah yg paling penyabar dan amat menyenangkan dan di kotak fikiran saya kenangan bersama arwah yang masih tersimpan hanyalah yang baik-baik saja.

Qaseh Fatihah – Menjadi warga Hospital Putrajaya beberapa hari kerana masaalah jangkitan paru-paru.  Saya sangat bimbang..sikecil saya kelihatan sangat tidak bermaya langsung saya kuatkan semangat dan campakkan jauh-jauh perasaan kasihan disaat dia diperlakukan bagaimanpun oleh doktor dan jururawat yang ingin memulihkannya. Yang saya pentingkan qaseh saya segera pulih. Saya sebetulnya bukanlah seseorang yang selalu diberi cubaan dan dugaan oleh Tuhan.   Saya sangat takut dengan ujian yang saya khuatir tidak akan mampu untuk saya harungi. Dan seusai dugaan, segera saya panjatkan syukur kerana dengannya saya yakin setiap kali diduga itu adalah  tanda Tuhan sayang.

Rumah terbuka – Dalam perjalanan menghantar Sabrina saya pulang ke daerah ilmunya, saya singgah di USJ memenuhi jemputan Dato’ Othman dan Datin yang disampaikan oleh Puan Rohana. Disana, hati saya kembali terurai-urai kerana seperti yang saya sedia mafhum…layanan mereka kepada semua orang adalah sama walau mereka ini tergolong dikalangan yang ada-ada. Puan Rohana yang saya kenal adalah isteri kedua Dato’ dan dia sangat bahagia beruntung menjadi sebahagian dari mereka ini yang tidak langsung mengwujudkan jurang perbezaan. Menjadi isteri kedua pun, merisik dan meminang dibuat dan datang sendiri dari Datin. Kini walau bermadu, hubungan keduanya sangat akrab bagai adik-beradik. Saya tumpang bahagia.

Cerita Raya & Umur Abah 58 hari ini..

Standard

Saya mahu mulakan dengan cerita abah. Tentang abah dan ulang tahun kelahirannya 07 Oct setiap tahun. Hari ini abah saya cukup 58 tahun. Saya lupa…dan yang mengingatkan ialah mak dan anak2 saya. Kata mak…anak2 saya yg ingat tarikh lahir abah. Tiada ucapan….masing-masing seperti biasa hanya menyorok jauh nun dalam-dalam niat hati untuk mengucapkan harijadi buat abah. Kerana……abah saya memang tidak suka langsung pada sambutan hari jadi. Maknanya…pada hari bersejarah abah ini, tidak wujud sebarang ucapan, kad apatah lagi hadiah. Yg memberi biasanya bukan menerima kata terima kasih dari abah..malah..bebelan-bebelan abah yg susah sekali mahu berhenti.

Saya masih ingat waktu tahun pertama saya mula mendapat gaji dari daerah rezeki. Seperti remaja lain yg sangat teruja punya duit hasil sendiri, saya akan belikan hadiah buat semua orang yg saya sayang bila tiba hari istimewa mereka dan abah tidak terkecuali. Untuk abah…sudah saya kumpulkan duit buat belikan abah sesuatu yg saya kira abah perlukan. Dimata….saya membayangkan senyuman abah saat hadiah ini abah terima. Itu bayangan saya. Tekaan saya meleset sama sekali. Beria-ia saya belikan abah telefon bimbit dgn harapan abah akan suka. Saat hadiah saya hulur…bebelan abah laju sampai ke cuping telinga saya tajam dan menghiris. Menangis saja yg saya mampu. Niat hati membahagiakan abah dgn upah hasil saya dari daerah rezeki tak abah endahkan.

Tahun berikutnya, saya belikan lagi sesuatu buat abah bila tiba 07 Oct. Bukan saya tidak serik tetapi waktu itu saya percaya….abah mungkin marah kerana saya membazir membelikannya sesuatu yg mahal barangkali. Nah..kali ini saya beli sesuatu yg biasa-biasa buat abah. Niat saya, mahu berikan abah hadiah seperti mana saya berikan pada org lain. Kali ini saya kena lagi. Macam dulu..bebelan abah tajam menerjah hati saya. Mula detik itu, saya tidak berikan apa2 pada abah bila tiba hari lahirnya. Akhirnya saya pasti dan yakin, abah tidak suka pada sambutan hari lahir.

Mahu belikan sesuatu dan diterima dengan senang hati oleh abah? Beli dan beri pada hari biasa atau pada hari raya. Abah pasti terima..asalkan bukan pada lahir abah. Kami dah faham benar kini…..

Bercerita tentang hari raya…..

2009_0922puasaberbuka0222

Raya pertama di rumah abahRaya pertama di rumah abah….dan selepas solat raya dan bermaaf-maafan lekas-lekas bertolak ke rumah mertua.

raya pertama di rumah ayahIni dirumah ayah. Dah lama rasanya tak berkumpul ramai-ramai begini.Tahun-tahun dulu, ada saja yg dah balik ke rumah mertua masing-masing. Kali ini ramai yg ada…..yg tertinggal kerana dtg lewat ialah Ina & family dan adik paling bongsu..sidara emma.

Kg Telaga NenasHari raya kedua di kampung. Rumah kampung yg dulunya kayu dah berubah dan diganti batu. Sewaktu sampai di halaman, kata anak-anak…..”Kenapa kampung kita dah tak ada papan macam dulu? mana best? Ini bukan kampung nie”.

Rumah kampung diwaktu malamRumah kampung di waktu malam……

QasehQaseh sedang membilang habuan duit raya yang sudah diterima…membelakangkan kamera sbb mahu sorok duit dari ibu ya……

2009_0922puasaberbuka0028Kali kedua berbaju kurung.