Gula Kapas

Standard

Hujung minggu lalu saya penuhi jemputan ke majlis kahwin anak sulung kawan baik emak dan boleh dikira jiran saya juga. Perkahwinan anak sulung dan dibuat juga agak besar-besaran. Pada hari yg sama, saya sekeluarga dijangkiti ‘conjunctivitis’ dalam kata enaknya ‘pinkeye’ atau kata melayunya “sakit mata”.  Niat untuk tidak menghadiri majlis diketepikan kerana didesak mak berulang kali dan akhirnya saya pergi juga dengan amat bergaya bercermin mata hitam. Janggal. Tak pernah saya buat ke jemputan kahwin berkaca mata hitam.

Nah..melalut sudah saya. Sebenarnya saya ingin bercerita tentang Gula Kapas. Ole-ole untuk dibawa pulang dari wakil pengantin buat tetamu adalah gula kapas. Unik.  Unik bagi saya dan mungkin biasa bagi orang lain agaknya. Ini kali pertama saya diberkan gula kapas untuk dibawa pulang dan gula kapas itu diberikan ikut warna baju pula. Kebetulan barangkali. Tetamu dewasa diberi gula kapas dalam bekas plastik cantik berikat riben dan bagi anak-anak diberikan dalam plastik seperti yang dijual di pasar malam atau di taman sarkas. Tak semena-mena hati saya yang sudah menginjak tua ini terasa sangat seronok bagaikan anak-anak kecil. Teruja menerima gula kapas bermacam warna. Tidak sabar-sabar mahu tiba cepat di kereta untuk merasa enaknya gula kapas pemberian pengantin.

Teruja?? Saya pula yang rasa sangat teruja. Anak-anak saya lihat hanya sekadar gembira seolah-olah gula kapas itu biasa-biasa saja. Sejurus, ingatan saya dibilas dengan kenangan. Kenangan gula kapas yang dulunya adalah sesuatu yang amat sukar saya perolehi ketika bersama mak dan abah. Setiap kali berjalan dgn keluarga, mata hanya mampu menjilat memerhati gula kapas yang dijual. Mahu merengek minta abah belikan? Suara selalunya akan tersekat dan tertahan dikerongkong.

Bagi anak-anak..kerana mudahnya mendapatkan gula kapas di mana-mana, tiada lagi rasa TERUJA dan yang wujud hanyalah rasa gembira.

Nilai GULA KAPAS bagi saya dan bagi anak-anak adalah tidak sama hasil dari pengalaman dan era hidup yang berbeza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s