Monthly Archives: December 2009

Cari Jaguh

Standard

Hari Sabtu lepas, kanda ke daerah rezeki dan saya mengalas tanggungjawab membawa bujang-bujang saya mencuba nasib di Kg Pandan. Dari persaingan berjumlah 140 orang, Angah hanya sempat berada di pusingan pertama. Anwar Shahir saya yang badannya kurus melidi, kurang selera makan dan hanya berselera sekiranya makan di kedai akhirnya berjaya maju menerobos masuk menjadi 32 yang terpilih. Keluar dari pintu dengan membawa bulu tangkis berwarna hijau menandakan dia terpilih membuatkan saya sedikit terperanjat dan hati saya berdecap-decap kagum.

Hari Ahad, satu hari lagi yang membuatkan kami menahan debar. Setengah hari menanti diluar tanpa dapat melihat apa yg berlaku didalam gelanggang dengan pintu yang tertutup rapat sememangnya membuatkan dada kian tersendat. Saat keluarga dipanggil untuk mengumumkan 16 terbaik yang dipilih dari 32 pemain dan nama bujang saya disebut menjadikan kami tertegun dan kian kagum. Nah…Usaha + Doa + Nasib yg baik memberi makna kan…..lantas saya tasbihkan rasa syukur.

9/1/2010 nanti pemilihan terakhir untuk menjadi lapan terbaik akan dilakukan. Kerana sebab itu, agenda khatan bujang saya yang sepatutnya dijalankan pada hari Isnin terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan bagi memberi jalan dia menjalankan latihan intensif sebagai persediaan nanti.

Apa-apapun….saya mendoakan yang terbaik. Tidak berhasil menjadi 8 yang terbaik pun tak mengapa. Yg penting, mendapat ruang menambah pengalaman untuk menempuh peluang-peluang yang akan mendatang.

Jika terpilih menjadi 8 terbaik, moga nanti ia jadi pembuka jalan kepada bujang saya untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam sukan kegemarannya.

Untuk bujang yang satu lagi, terima kasih di atas sokongan padu yang Angah berikan pada shahir ya….

Advertisements

Penat seharian yg berbaloi-baloi…

Standard

Hari ini jadual penuh dgn agenda bersama anak-anak tersayang.

Pagi saya sedikit kelam kabut sehinggakan saya tanpa sedar membuka bekas kanta lekap saya langsung mencampakkan semua isi dalamnya ke pintu bilik air. Sejurus sedar…..terkial-kial saya teraba-raba mencari. Ntah apa lah difikiran saya waktu itu agaknya.

Jam 9.05 sudah tiba di Zoo Negara. Kali terakhir ke sana sewaktu bujang saya anwar shahir masih lagi sangat kecil. Lama sungguhkan. Kunjungan kali ini adalah yang mengujakan kami dan anak-anak terutamanya Qaseh Fatihah yang sudah pandai mengenal haiwan berspesis ini. Yang paling meninggalkan kesan adalah sewaktu di kawasan Orang Utan, pertunjukan anjing laut  dan kemudian buah hati saya berkesempatan bersama-sama memegang ular masih hidup. Usai di Zoo Negara kanda bawa menjamu selera di Gerai Nasi Ayam popular di Kg Datuk Keramat dan kemudian solat jumaat di masjid Kg Pandan.

Dari Kg Pandan, kami terus ke Alamanda untuk nonton Alvin & The Chipmunk 2. Oleh kerana tayangan jam 4 tiada kekosongan kami tetap mahu tonton dan tiket dibeli untuk tayangan jam 6.15ptg. Sambil menunggu…kami sempat menyelesaikan beberapa perkara termasuk membeli barangan dapur dan baju sekolah.

Alvin & The Chipmunk 2 sememangnya lucu, nakal dan sangat menghiburkan. Kanda yang mulanya mengantuk..langsung sepicingpun tidak tidur. Waktu 2 jam tayang terasa berlalu dgn sangat pantas. Dalam perjalanan pulang..singgah makan di Jenderam dan tiba dirumah jam 10.30 malam.

Penat memang penat tetapi sesungguhnya masa yang dilalui hari ini sangat berbaloi-baloi. Esok..akan menjelma satu hari lagi yang penuh agenda. Pagi ke Kg Pandan mencuba nasib bujang-bujang saya, tengahari jemputan kahwin di Cheras dan lewat petang jemputan hari jadi ke 2 tahun…si comel Dania.

Qaseh saya seperti selalu-selalu… langsung tidak meragam n banyak kerenah……alhamdulilllah.

Mak 57 & Shafiq UPSR

Standard

Kelmarin, umur mak dah genap 57 tahun. Tarikh 21/11 tak pernah saya lupakan tapi tahun ini, saya lupa benar. Banyak sangat yg bermain difikiran saya ini agaknya hinggakan tarikh2 penting banyak yg telah tanpa sedar saya lupakan. Bulan lalu, tarikh lahir abah dan sebelum mak..tarikh lahir bujang saya Anwar Shahir. Kesihan bujang ibu….dah hampir lewat petang baru ibu teringat.

Mengenai mak, saya benar-benar lupa sehinggakan cucu mak yang di Puncak Alam pula jadi orang pertama yang mengucapkannya di talian telefon. Hari Sabtu berlalu tanpa apa-apa yg istimewa buat mak. Hari Ahad, singgah di rumah mak kerana adik lelaki saya Aza datang bertandang. Usai makan..saya belek-belek telefon mak untuk memeriksa peti simpan pesanan kerana mak langsung walau diajar berkali pun masih tidak tahu membuka peti pesanannya.

Ada sms dari mak uda dari ampang..juga memberikan ucapan buat harijadi mak. Serta-merta saya berpakat dgn adik2 untuk meraikannya secara mengejut malam itu juga. Tugas adik bongsu saya utk membelikan makanan segera dan kek istimewa secret recipe buat mak. Semua berlaku dgn pantas Nasib kami baik juga kerana mak memang selalu berlama-lama di tikar sembahyang seusai solat Isyak.

“SELAMAT HARI JADI MAK!!!” Kemeriahan disambut walau tanpa kehadiran fara sekeluarga. InsyaALLAH tahun depan…kami akan cuba merancang sesuatu seperti ini dengan lebih baik. Ternyata…dgn penyediaan mendadak dan tanpa rancangan ini, Mak nampaknya cukup gembira dan terkejut benar .

Untuk UPSR…bujang saya mendapat apa yg dia dan kami harapkan. Alhamdulillah dan syukur saya kepada Yang Maha Kuasa. Mendengarkan namanya dipanggil…..adalah saat yang memeranjatkan saya. Sememangnya bujang saya ini semasa di tahun 5 memang terkebelakang yang bukan sedikit. Kerana sikapnya yg selalu main-main, keputusan terakhir telah menyebabkan dia dipindahkan ke kelas ke dua dan dilucutkan jawatan sebagai pengawas.

Masuk ke tahun 6, selain dorongan yg sentiasa kami berikan, saya lihat dia sendiri yang punya kesedaran untuk kembali rajin mengulangkaji. Waktu itu, harapan kami kepadanya tidak tinggi..kami biarkan dia buat sedayanya. Tidak perlu mendapatkan yang terbaik..sekurang-kurangnya dia menunjukkan minat untuk belajar..apa pun keputusan yang diterima..kami cukup bersyukur.

Nampaknya bujang saya berjaya membuktikan dia mampu. Bagus Angah! Sesungguhnya bagi ibu & ayah.. itu adalah antara hadiah istimewa yang angah berikan buat kami. Terima kasih sayang…..