Monthly Archives: January 2010

Malaysia Open 2010 @ Stadium Putra Bkt Jalil

Standard

Semalam, jam 7.30 kami sekeluarga dah keluar ke Bukit Kemuning.

Anak bujang ada perlawanan badminton dgn anak didik Sufian Abu Bakar iaitu pemain badminton Malaysia di era 70an. Perlawanan bermula jam 8.30 dan hampir jam 12.00 baru selesai. Oleh kerana ia berlangsung di Golf Club Bukit Kemuning, game ditutup dgn jamuan makan. Jarang sekali punya peluang menjamu selera begini. Anak-anak..lain kali minta coach aturkan perlawanan persahabatan dgn pemain-pemain dari kelab golf ye sayang..boleh makan percuma. Sedap pulak tu.

Usai di Bukit Kemuning, langkah diteruskan ke Stadium Putra Bukit Jalil. Kanda belanja menyaksikan perlawanan akhir Malaysia Open. Seronok sungguh..bak kata orang muda..”happening”. Selalu-selalu hanya nonton di kaca tv tapi kali ini dapat saksikan terus di depan mata.

Kemeriahan..kebisingan….kebersamaan….semangat atas satu tujuan untuk menyokong Malaysia menjadi juara meresap terus ke dalam diri langsung terbawa-bawa dgn bunyi-bunyian yang entah macam-macam. Perangai yang berbagai-bagai memberi warna kepada lingkaran riuh suasana gamat sangat-sangat memeriahkan.

Chong Wei menang dan begitu juga dgn bergu Koo KK & Tan BH.TAHNIAH!

Sampai bila agaknya juara-juara ini mampu bertahan. Saya fikir..sudah tiba masa ada pelapis yg mampu jadi sebaik dan sebagus mereka. Yang menjadi kesayangan seluruh rakyat Malaysia yang meminati sukan badminton.

Qaseh saya…..macam biasa….dari pagi hingga ke malam..tak meragam langsung. Sepanjang hari, 3 kali dok mengecas bateri. Kebisingan bagaimanapun….sudah tidak menjadi duri. Sudah tega barangkali…..

Yang pasti, pangalaman ini menambah warna pada kehidupan yang sedang dilalui. Thomas Cup nanti….kanda janji mahu bawa kami lagi. InsyaALLAH….

Whity

Standard

Whity dah tiada.

Dua hari sebelumnya…whity hilang. Kata mak..dia tak balik makan..merajuk ?? Sesat ?? Semalam waktu abah nak keluarkan kereta dari garaj..baru terperasan..whity duduk diam bawah kereta rupanya. Serta merta mak menelefon ke rumah.

Kata mak: Whity dah jumpa. Bawah keta abah. Datang cepat. Sakit agaknya. Tiada luka langsung tp macam dah nazak.

Segera saya capai kunci kereta dan larikan qaseh segera ke kereta. Bujang shahir ikut serta. Kanda….ralit menonton Malaysia Open..terpinga-pinga. Tak sempat saya khabarkan apa-apa.

Sampai ke rumah mak….Whity saya terbaring lemah. Air saya suakan ke mulut…tiada daya. Nafas sukar sekali disedut. Cepat-cepat saya bawa ke rumah. Sampai di rumah..nafas Whity makin lemah. Kanda usulkan ke klinik segera tapi…

“tak payah la. Tak sempat dah tu..biarlah dia mati kat rumah kau”..kata abah.

Senafas sahaja lepas itu. Whity saya diam saja. Tiada lagi mulutnya ternganga mengambil nafas….meraung izzah yg baru saja terbangun dari tidur dek kekecohan saya.

Sekejap saja Whity bersama kami sekeluarga. Kesedihan kehilangan LC masih lagi terasa.

Kadang-kadang saya menjadi seorang yang tamak dan pentingkan diri. Berfikir serta percaya betapa tidak punya apa-apa untuk disayang itu adalah lebih baik. Tidak perlu bersedih sekiranya terjadi kehilangan. Tidak perlu sesak menahan dada yg tersendat merintih sedih.

Tetapi gembira dan bermaknakah kehidupan? Punya orang yang disayang itulah yang lebih mengembirakan dan memberi makna sebenarnya. Kehilangan..sekiranya tiba..ada memori indah yg ditinggalkan serta masih boleh disimpan dalam kenangan dan sekurang-kurangnya ada bahagia yg sempat dikecap bagi memberi warna pada kehidupan kita.

Saya akur….walau sebentar ianya adalah lebih baik dari tiada peluang langsung untuk menyayangi dan disayangi kan…..

Yonex & M’sia Open

Standard

Semalam kanda balik bawa hadiah untk kami semua.

Hasrat sekeluarga memakai baju YONEX sempena Malaysia Open hujung minggu ini tercapai sudah. Best. Saya pula yang seronok berlebih-lebih dari anak-anak.

Saya: Terima kasih kanda…Muuuaahhh

Anak2: Terima kasih ayah…..muuah..muaahhh..muaah..(3 x sebab 3 anak  dapat baju)

Si kecik Qaseh: aayyaanng aayah. (tak de baju sbb takde saiz. Tapi kanda dapat sayang juga hehe)

Sabrina…tak balik minggu ini jadi tak dapat turut serta tetapi dapat baju juga. Sukaaa……

Jom semua….pi tengok Malaysia Open di Stadium Putra Bukit Jalil.

Kerja Sekolah

Standard

Ibu, kejut Ijah pukul 4.30 am/5am.

Kalau Ijah X bangun, Ibu simbah AIR sejuk/biasa.

Itulah bunyi pesanan yg dinukilkan dan diletakkan baik-baik di atas meja semalam. Sebelumnya, saya rancang menidurkan si kecil Qaseh dan langsung tertidur terus. Sebelum melangkah ke ruang beradu, sempat Izzah berpesan…

Izzah: Ibu, kerja sekolah banyak lagi. Esok Ibu kejut awal tau. Ijah nak habiskan.

Sambil berlalu..kepala saya anggukkan.

Kerja sekolah kadang-kadang adalah terlalu banyak. Anak-anak saya ini pula..jadualnya agak padat.

1.30 pm – Usai sekolah rendah kelam-kabut makan tengahari

2.30 pm – Langsung tercungap-cungap ke sekolah agama

6.00 pm – Selepas pulang….minum sekejap..ambil Al-Quran.

6.20 pm – Terkedek-kedek berjalan kaki tempat mengaji dan pulang hampir Maghrib.

7.50 pm – Saya hantar pula ke pusat tuition.

10.00 pm – Tamat tuition dan menyelesaikan kerja sekolah sehingga ngantuk menyapa. Kalau masih boleh bertahan, selesailah kerja sekolah. Kalau diselimut keletihan….akan disambung esok pagi sebelum ke sekolah.

Paginya..saya tersedar setelah jam menginjak ke angka 6.05 pagi. Meloncat saya turun katil mahu berlari ke bilik Izzah saya dan tiba-tiba disapa kanda. Dah dikejutkan katanya. Hampir jam 6.30..masih juga kerja rumah belum selesai hingga akhirnya Izzah saya teresak-esak menahan tangis sehingga kaki memijak tangga bus sekolah. Kesihan anak-anak ini kan.

Zaman berubah…dulu sewaktu saya sebaya Izzah..kerja sekolah bukan prioriti saya. Yg paling penting adalah waktu main. Begitulah kelangsungan kehidupan saya. Seolah tak wujud perasaan untuk berlumba-lumba dan rasa takut kerana tidak dapat menghabiskan kerja sekolah. Atau adakah..mungkin..di waktu itu..kerja sekolah mungkin tidak sebanyak ini. Samar-samar kenangan itu sebenarnya………

Cari Jaguh

Standard

Lama baru saya dapat menulis semula mengenai Cari Jaguh. Kesempitan masa dan mungkin juga kerana tiada perkhabaran gembira membataskan niat langsung melengahkan masa menulis tentangnya.

Pagi Sabtu lepas adalah penentuan untuk bujang saya dan kali ini sedikit kelonggaran diberikan dimana kami dapat saksikan sendiri permainan dan perlawanan mengejar jaguh ini diantara para pemain.  Bujang saya ini..kecil saja dia diantara kebanyakan lawannya…sekecil hatinya juga. Setiap kali mahu mulakan perlawanan….mengeluh dia kerana terpaksa berlawan dgn lawan yg lebih berusia dan lebih baik permainannya. 3 perlawanan yg diaturkan buatnya…bujang saya kalah semua tapi bukan dgn mata kosong dan itu sudah cukup membanggakan. Kami akur sebenarnya..permainan dan kemahiran bujang saya ini sebenarnya masih belum sampai ke tahap mereka-mereka ini. Perlu setahun dua lagi bagi menjadi pesaing yg mengugat. Dek kerana semangat yg meluntur..permainan bujang ini menjadi tidak konsisten. Ditambah dgn size kasut dari penaja yang sedikit longgar…2 kali permainan terhenti kerana kasut terbang menjadi santapan videoman.

Walau apapun, pengalaman yang ditimba ini adalah peluang yang bukan selalu-selalu dan  dgn mudah diperolehi oleh ramai orang. Menjadi 16 terbaik sahaja sudah cukup mengujakan. Hadiah dari penaja adalah sungguh berbaloi-baloi. Hadiah baju, seluar, stokin dan kasut sebagai 16 terbaik dan kemudian beg badminton dan sebatang reket kesemuanya tajaan YONEX sebagai pengubat kegagalan menjadi 8 terbaik menjadikan keseluruhan jumlah hadiah tajaan mencecah hampir RM400.00..amat berbaloi.

Bujang saya juga belum pandai menunjukkan rasa kecewanya lalu bila di wawancara …..tangannya tergaru-garu sambil memberikan jawapan. Emosi?? Kosong. Tahunya..gembira kerana diberi hadiah yg pelbagai.

Untuk 8 yg berjaya…terutama sekali Izzudin & Shafiq..TAHNIAh diucapkan. Buat yg tidak berjaya terutamanya Aiman & Fizzi yg permainannya sgt mengagumkan….sekali lagi nasib penentu peluang. Tidak bernasib baik kali ini  walau antara para pemain, mereka berdua ini adalah calon favourite. Saat nama mereka ini tidak dipanggil…adalah saat keluarga-keluarga mereka, saya dan ramai lagi yang lain sukar lupakan dan ia sangat-sangat terkesan.

Cari Jaguh akan ditayangkan March nanti di TV9. Akan munculkah nanti wajah bujang saya agaknya?? Kita nantikan…….

Saba’ & Sabar

Standard

SABA”? Itu nama kedai makanan Arab di Cyberjaya yang kanda bawa kami sekeluarga menjamu selera tempohari. Bukan “sabaq” loghat utara tau. Dek kerana sedapnya menjamu selera, langsung saya terlupa untuk mengingatkan nama menunya disini. Saya bawa mak makan sekali dan bungkuskan bekalan dibawa pulang untuk abah. Abah sayakan cukup tidak gemar makan diluar. Ajakan saya petang itu, ditolaknya mentah-mentah. Bulan depan mahu ajak kanda ke sana lagi..saya belanja. Masakan kambing nya…..errrmmm..enak sungguh.

Minggu ini sedikit sebuk kerana membereskan sekolah anak-anak. Hari Sabtu, kami menghantar dara saya pulang ke daerah ilmunya. Kali ini dara ini pulangnya dengan sedikit semangat kononnya sudah jadi “senior”. Setahun dulu, terkebil-kebil dia menjejakkan kaki di daerah yang amat asing itu. Kini, walau bukan lagi asing, masih..saat kami mahu bertolak…mukanya tetap merah menahan sedih kerana ditinggalkan. Sudah bercuti lama dirumah barangkali……

Bujang saya masih belum mendapat tawaran dimana-mana.

SABAR…kalau sudah rezeki tak ke manakan………