Saba’ & Sabar

Standard

SABA”? Itu nama kedai makanan Arab di Cyberjaya yang kanda bawa kami sekeluarga menjamu selera tempohari. Bukan “sabaq” loghat utara tau. Dek kerana sedapnya menjamu selera, langsung saya terlupa untuk mengingatkan nama menunya disini. Saya bawa mak makan sekali dan bungkuskan bekalan dibawa pulang untuk abah. Abah sayakan cukup tidak gemar makan diluar. Ajakan saya petang itu, ditolaknya mentah-mentah. Bulan depan mahu ajak kanda ke sana lagi..saya belanja. Masakan kambing nya…..errrmmm..enak sungguh.

Minggu ini sedikit sebuk kerana membereskan sekolah anak-anak. Hari Sabtu, kami menghantar dara saya pulang ke daerah ilmunya. Kali ini dara ini pulangnya dengan sedikit semangat kononnya sudah jadi “senior”. Setahun dulu, terkebil-kebil dia menjejakkan kaki di daerah yang amat asing itu. Kini, walau bukan lagi asing, masih..saat kami mahu bertolak…mukanya tetap merah menahan sedih kerana ditinggalkan. Sudah bercuti lama dirumah barangkali……

Bujang saya masih belum mendapat tawaran dimana-mana.

SABAR…kalau sudah rezeki tak ke manakan………

One response »

  1. sedap kan nasik arab??hehe..dengan ayam yg agak besar untuk satu hidangan..memang sangat mengenyangkan..
    yg atas meja tu namanya humus kan??
    cicah ngn roti selalunya kalau kt sini..
    sampai sekarang nurul x pernah suka makan humus tu n x pernak cuba walau sekali pon..
    haha..
    sbb nampak mcm x sedap jer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s