Cari Jaguh

Standard

Lama baru saya dapat menulis semula mengenai Cari Jaguh. Kesempitan masa dan mungkin juga kerana tiada perkhabaran gembira membataskan niat langsung melengahkan masa menulis tentangnya.

Pagi Sabtu lepas adalah penentuan untuk bujang saya dan kali ini sedikit kelonggaran diberikan dimana kami dapat saksikan sendiri permainan dan perlawanan mengejar jaguh ini diantara para pemain.  Bujang saya ini..kecil saja dia diantara kebanyakan lawannya…sekecil hatinya juga. Setiap kali mahu mulakan perlawanan….mengeluh dia kerana terpaksa berlawan dgn lawan yg lebih berusia dan lebih baik permainannya. 3 perlawanan yg diaturkan buatnya…bujang saya kalah semua tapi bukan dgn mata kosong dan itu sudah cukup membanggakan. Kami akur sebenarnya..permainan dan kemahiran bujang saya ini sebenarnya masih belum sampai ke tahap mereka-mereka ini. Perlu setahun dua lagi bagi menjadi pesaing yg mengugat. Dek kerana semangat yg meluntur..permainan bujang ini menjadi tidak konsisten. Ditambah dgn size kasut dari penaja yang sedikit longgar…2 kali permainan terhenti kerana kasut terbang menjadi santapan videoman.

Walau apapun, pengalaman yang ditimba ini adalah peluang yang bukan selalu-selalu dan  dgn mudah diperolehi oleh ramai orang. Menjadi 16 terbaik sahaja sudah cukup mengujakan. Hadiah dari penaja adalah sungguh berbaloi-baloi. Hadiah baju, seluar, stokin dan kasut sebagai 16 terbaik dan kemudian beg badminton dan sebatang reket kesemuanya tajaan YONEX sebagai pengubat kegagalan menjadi 8 terbaik menjadikan keseluruhan jumlah hadiah tajaan mencecah hampir RM400.00..amat berbaloi.

Bujang saya juga belum pandai menunjukkan rasa kecewanya lalu bila di wawancara …..tangannya tergaru-garu sambil memberikan jawapan. Emosi?? Kosong. Tahunya..gembira kerana diberi hadiah yg pelbagai.

Untuk 8 yg berjaya…terutama sekali Izzudin & Shafiq..TAHNIAh diucapkan. Buat yg tidak berjaya terutamanya Aiman & Fizzi yg permainannya sgt mengagumkan….sekali lagi nasib penentu peluang. Tidak bernasib baik kali ini  walau antara para pemain, mereka berdua ini adalah calon favourite. Saat nama mereka ini tidak dipanggil…adalah saat keluarga-keluarga mereka, saya dan ramai lagi yang lain sukar lupakan dan ia sangat-sangat terkesan.

Cari Jaguh akan ditayangkan March nanti di TV9. Akan munculkah nanti wajah bujang saya agaknya?? Kita nantikan…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s