Kerja Sekolah

Standard

Ibu, kejut Ijah pukul 4.30 am/5am.

Kalau Ijah X bangun, Ibu simbah AIR sejuk/biasa.

Itulah bunyi pesanan yg dinukilkan dan diletakkan baik-baik di atas meja semalam. Sebelumnya, saya rancang menidurkan si kecil Qaseh dan langsung tertidur terus. Sebelum melangkah ke ruang beradu, sempat Izzah berpesan…

Izzah: Ibu, kerja sekolah banyak lagi. Esok Ibu kejut awal tau. Ijah nak habiskan.

Sambil berlalu..kepala saya anggukkan.

Kerja sekolah kadang-kadang adalah terlalu banyak. Anak-anak saya ini pula..jadualnya agak padat.

1.30 pm – Usai sekolah rendah kelam-kabut makan tengahari

2.30 pm – Langsung tercungap-cungap ke sekolah agama

6.00 pm – Selepas pulang….minum sekejap..ambil Al-Quran.

6.20 pm – Terkedek-kedek berjalan kaki tempat mengaji dan pulang hampir Maghrib.

7.50 pm – Saya hantar pula ke pusat tuition.

10.00 pm – Tamat tuition dan menyelesaikan kerja sekolah sehingga ngantuk menyapa. Kalau masih boleh bertahan, selesailah kerja sekolah. Kalau diselimut keletihan….akan disambung esok pagi sebelum ke sekolah.

Paginya..saya tersedar setelah jam menginjak ke angka 6.05 pagi. Meloncat saya turun katil mahu berlari ke bilik Izzah saya dan tiba-tiba disapa kanda. Dah dikejutkan katanya. Hampir jam 6.30..masih juga kerja rumah belum selesai hingga akhirnya Izzah saya teresak-esak menahan tangis sehingga kaki memijak tangga bus sekolah. Kesihan anak-anak ini kan.

Zaman berubah…dulu sewaktu saya sebaya Izzah..kerja sekolah bukan prioriti saya. Yg paling penting adalah waktu main. Begitulah kelangsungan kehidupan saya. Seolah tak wujud perasaan untuk berlumba-lumba dan rasa takut kerana tidak dapat menghabiskan kerja sekolah. Atau adakah..mungkin..di waktu itu..kerja sekolah mungkin tidak sebanyak ini. Samar-samar kenangan itu sebenarnya………

2 responses »

  1. kak, x best kan jadik budak zaman skg..sy igt lagi ms sy kecik x kira sekolah ke x, blk umah untuk makan jer pastu main balik ngn kwn2..bdk skg, klu duk luar pagar mak bapak risau kemain…

    • ye la sha. zaman kita dolu-dolu dunia kita adalah main je. Campak kasut beg kawan dah tunggu ajak main. Kenangan pahit nak nangis2 keja sekolah tak abis….ntah..macam xde je.
      Mak bapak pun memang tak yah risau….main la celah rumah sapa pun..nun main tepi parit, panjat pokok..petang selamat je balik dengan bawak macam-macam bau..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s