Malaysia Open 2010 @ Stadium Putra Bkt Jalil

Standard

Semalam, jam 7.30 kami sekeluarga dah keluar ke Bukit Kemuning.

Anak bujang ada perlawanan badminton dgn anak didik Sufian Abu Bakar iaitu pemain badminton Malaysia di era 70an. Perlawanan bermula jam 8.30 dan hampir jam 12.00 baru selesai. Oleh kerana ia berlangsung di Golf Club Bukit Kemuning, game ditutup dgn jamuan makan. Jarang sekali punya peluang menjamu selera begini. Anak-anak..lain kali minta coach aturkan perlawanan persahabatan dgn pemain-pemain dari kelab golf ye sayang..boleh makan percuma. Sedap pulak tu.

Usai di Bukit Kemuning, langkah diteruskan ke Stadium Putra Bukit Jalil. Kanda belanja menyaksikan perlawanan akhir Malaysia Open. Seronok sungguh..bak kata orang muda..”happening”. Selalu-selalu hanya nonton di kaca tv tapi kali ini dapat saksikan terus di depan mata.

Kemeriahan..kebisingan….kebersamaan….semangat atas satu tujuan untuk menyokong Malaysia menjadi juara meresap terus ke dalam diri langsung terbawa-bawa dgn bunyi-bunyian yang entah macam-macam. Perangai yang berbagai-bagai memberi warna kepada lingkaran riuh suasana gamat sangat-sangat memeriahkan.

Chong Wei menang dan begitu juga dgn bergu Koo KK & Tan BH.TAHNIAH!

Sampai bila agaknya juara-juara ini mampu bertahan. Saya fikir..sudah tiba masa ada pelapis yg mampu jadi sebaik dan sebagus mereka. Yang menjadi kesayangan seluruh rakyat Malaysia yang meminati sukan badminton.

Qaseh saya…..macam biasa….dari pagi hingga ke malam..tak meragam langsung. Sepanjang hari, 3 kali dok mengecas bateri. Kebisingan bagaimanapun….sudah tidak menjadi duri. Sudah tega barangkali…..

Yang pasti, pangalaman ini menambah warna pada kehidupan yang sedang dilalui. Thomas Cup nanti….kanda janji mahu bawa kami lagi. InsyaALLAH….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s