Monthly Archives: February 2010

CUTI CNY 2010

Standard

Cuti kali ini, Siti Azmah Pendang & Rohana Jengka naik pelamin. Dah sampai seru. Dulu sorang sekarang dah berdua. Dulu hanya memikirkan diri sendiri..sekarang tidak lagi kerana banyak hati yang terlibat sama dalam segala tindakan yang diambil. Dan banyak hati itu perlu dijaga baik-baik agar nanti kiranya muncul onar..biarlah ianya hanya sehujung kuku.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat kedua-duanya.

Semoga bahagia, kekal dan saling cinta sayang sehingga ke anak cucu..AMIN!

Cuti panjang kali ini, orang Sg Petani turun Kolumpo. Rancangan singgah ke Sepang tersisa. jadinya..semua berkumpul dirumah ayah. Malam org jauh belanja makan…siangnya masak beramai-ramai . Seronok dapat berkumpul begini sekali sekala disulami lingkaran riuh.

Bercerita tentang Qaseh saya….si kecil ini dah pandai menyanyi. Bait-bait nyayiannya kadang-kadang kedengaran jelas walau tengelam timbul. Tatkala mulutnya mahu melagukan..kami serta merta akan diam bagi mengutip satu-satu suku-kata yg keluar. Kalau tawa kemudianya sudah tidak terbendung lantas terburai keluar..si kecil ini nanti akan serta merta menutup mulut menahan malu langsung bersimbah rasa hairan.

tet..tet..tet…

uih..bantet..

apa..tetawa..ia..ena…uuuubittt….

lagi

i lep u..

u..lep..me…

we..aarr..aapppyy…..pamilyy…

eermm..eermm….eerrm….dah tak tahu lirik (lagu Barney)

lagi

buai laju..laju..

ampai..uuuk…ena..

apa..alam..aju..

tetuntum…uunga..cinaaa..

lagi

menunjuk perasan, membantah dan mengomel pun dah pandai!!

Hero nangis!?

Standard

Hari minggu lepas sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Selangor menghantar Sabrina pulang ke daerah ilmunya, kami singgah sekejap di Sungai Buluh membeli sedikit barang keperluan untuk dibawa pulang ke asrama. Tika tiba waktu membayar, kanda terpandangkan ‘toiletries’ yg tersusun cantik di belakang kaunter. Tak semena-mena..keluarlah dialog dibawah…

Kanda:  Tokeh……deodorant hero nangis tak sampai lagi ka??

Saya:   Hero? Nangis? Apa kanda melalut nie? (dalam hati)

Tokeh: Apa? Hero nangis aarr. Tak tau mar. Aiiyaaa…..Tada la (dalam pengiraan saya..tokeh pun mesti konfius juga agaknya).

Tiba-tiba pecah tawa dari Sabrina. Kanda tetap juga dengan muka selamba sambil mencari-cari jenama hero nangis. Segera saya beri isyarat minta penjelasan dari dara saya yg tersipu-sipu menahan gelak….

Sabrina:  Ayah ni tak baik la. (Sambil bisikkan nama Fahrin Ahmad di telinga saya)

Rupanya produk GARNIER yg dimaksudkan. Addooii.. Spontan dan selamba je dia buat lawak. Kanda….ada peminat FAHRIN AHMAD dalam ini rumah tau…