MARA Kuala Klawang

Standard

Tadi siang, seharian kami di bandar kecil yang asing..Kuala Klawang.

Bujang saya, Muhammad Shafiq berjaya terpilih menjadi 28 warga MARA bagi panggilan kedua di sini. Syukur yang teramat saya dan keluarga panjatkan kepada Yang Maha Berkuasa.

Perjalanan pagi berjalan sangat lancar hasil tunjuk jalan kawan2 di daerah rezeki. Hampir setengah hari berlalu bagi tujuan pendaftaran, taklimat, pembelian barangan di koperasi dan penyediaan sendiri bilik maktab. Mencecah tengahari dengan kepanasan yang membahang dan diduga dengan penghawa dingin kereta kami yang tidak berfungsi beberapa hari kebelakangan ini sangat-sangat mencabar kesabaran kesemua isi kereta.

Qaseh saya yang badannya panas sejak semalam pun seakan sudah tidak berdaya lalu sebelum mengisi perut kami singgah di Klinik Kesihatan Jerebu tika waktu rehat tengahari sedang dinikmati. Niat kami agar sikecil Qaseh dapat diberikan rawatan dan kalau tidakpun sekurang-kurangnya sementara menanti waktu rehat berakhir..dapat juga kami berteduh nyaman hawa dingin dibangunan klinik. Demam si kecil saya mencecah 39.5 dan langsung dirawat segera. Terima kasih tidak terhingga buat staff nurse dan doktor yang merawat Qaseh saya tanpa mengira waktu rehat. Baik hati  sungguh warga Kuala Klawang/Jelebu.

Sewaktu jam hampir ke angka lima, bujang Muhad Shafiq kami tinggalkan. Kawan2 sebilik yang datang dari Kajang, Seri Kembangan dan Bukit Changang nampaknya kian serasi.  Bujang saya ini yang karektornya “easy going” mengurangkan sedikit kerisauan kami berdua sewaktu melangkah pulang.

Maktab kami tinggalkan dengan segunung harapan agar nanti bujang saya mampu menjadi produk MARA yang boleh dibanggakan. InsyaALLAH.

4 responses »

  1. waaa..tahniah shafiq..n tahniah kak long gak..
    kuala klawang tu kt mana kak long?
    ap2 pon moga shafiq pon berjaya cam sabrina..
    insyaallah..

  2. Thank Nurul.

    Kuala Klawang lebih kurang sejam lebih je dari Sepang.
    Mula dulu ingat nak apply Gemecheh skali dgn Uda..tapi Gemencheh lagi jauh la. Itu yg ke K.Klawang @ Jelebu je.
    Moga-moga semua anak2 klong berjaya macam korang….caiyok…caiyok….

  3. salam..sory lmbt bc blog k.long..internet egypt yg tgh prob..smua kje x jd..huhu..ape2 pun tahniah atas kjayaan syafiq..bkn sng nak dpt mrsm.,so harap dia x sia2 kan pluang 2..nasihat kat uda skali nant..ha,doakan adam kat cni..rs mcm dah x sabar nak abiskan stdy ni..rindu smua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s