Monthly Archives: April 2010

Kemb@li

Standard

Anak blackie yg baru berumur 2 bulan yg juga berwarna hitam, terlepas dari sangkar dan hilang 2 hari lepas. Puas sudah kami mencari 2 malam berturut-turut hinggakan muncul putus-asa kerana hampir setiap malam…  hujan turun membasahi bumi.

Baru tadi…sewaktu kanda sibuk memberi makan dan membersihkan sangkar…sayup-sayup terdengar kucing mengiau dari longkang depan rumah. ya ..longkang yg sudah berkali-kali kami jengah kerana sibuk mencari. Terperanjat berbaur gembira. Fikir kami mungkin sudah tiada kerana dibawa air ketika hujan saban malam. Shahir saya lantas masuk ke longkang yang kedalamannya sama tinggi dgn bujang saya ini dalam usaha mengeluarkan si kecil yang mengigil kelaparan hampir dua hari tidak makan.

Syukur……..kucing kecil belum bernama sudah kembali…..

Kami sekeluarga keletihan malam ini. Cuti mingguan dengan latihan badminton bujang shahir..sambil semalam ke Kuala Klawang dan hari ini ke Kuala Selangor sungguh memenatkan . Kerja opis yg konon-konon mahu di habiskan di rumah juga masih bersisa dan tidah bersentuh…..

Walau apapun hati puas……rindu kepada anak-anak terubat jua………….

12/04/2010..Qaseh 2 tahun

Standard

Qaseh saya ini sudah riuh mulutnya…walau butir bicaranya tengelam timbul antara jelas dan tidak.

Sudah juga semakin galak menunjuk perasaan, berbahasa melalui wajah lalu mencampakkan mimik-mimik muka yang bermacam-macam dan melagukan beberapa lagu kegemaran. Telatahnya sering saja mencuit hati lantas menerbitkan rasa yang paling terurai-urai dalam hati saya.  Terima kasih ALLAH SWT atas kurniaanMU.

Seperti tahun sebelumnya..mak menjadi orang yang paling beria-ria mahu buat sambutan hari lahir buat si kecil saya.

Tahun ini, sambutan akan diraikan kemudian. Bila semua dapat berkumpul bersama nanti.

Kita tunggu along dan angah balik bercuti dari asrama ye Qaseh sayang…..

Begitulah kehidupan kami sekarang. Harus tunggu kehadiran setiap ahli keluarga bagi sambutan apa pun jua.

Biar sambutan itu nantinya akan diulit lingkaran riuh dan tinggalkan kesan pada hati orang-orang yang saya sayang seperti selalu-selalu.

Selamat Hari Lahir juga buat Hadi a.k.a Adam yg nun jauh di perantauan. Kak Long doakan yg baik2 saja buat Adam InsyaALLAH!

Sedih

Standard

Perasaan tadi siang…..

Mahu segera sampai ke rumah dan rangkul mak erat-erat!

Duhai hati…kuatlah agar sesak dada ini segera nyah jauh-jauh…

Semoga saja saya menjadi manusia yg teduh hatinya seringkali walau terik manapun matahari. Semoga.

Malam

Pada saat ini, saya mahu mohon ampun dan maaf atas semua salah saya. Abah, mak, kanda, teman sekerja dan sesiapa pun juga yg pernah saya berbuat salah…

Maafkan saya, ampunkan saya, kerana manusia seperti saya ini, sangat mudah membuat salah.

Untuk saya, pada sepanjang hidup ini, saya sedaya upaya cuba hanya mengingati perkara yang baik-baik sahaja pada kisah kita semua.