Monthly Archives: July 2010

Imigresen

Standard

Hari ini pagi-pagi lagi saya sudah bertolak ke Putrajaya. Ada beberapa sebab mengapa saya suka sekali melakukan kerja di luar pejabat di waktu pagi dan saya yakin..ramai juga setuju dgn saya.

1.  Pagi masih dingin. Matahari belum menganas dan tentunya ketiak tidak perlu dibasahi peluh.

2. Tempat meletak kereta masih kosong. Tidak perlu meletak kereta nun dihujung padang dan berjalan beratus meter sambil berpeluh dan sakit kaki..huhu.

3. Penghawa dingin kereta masih boleh melawan hawa panas diluar.

4. Mood kakitangan kerajaan masih dalam tahap stabil dan baik. Almaklumlah..belum banyak kerenah perlu dilayan.

5. Tak perlu beratur menunggu nombor dgn lama pastinya.

Tapi hari ini…mood saya sudah ‘swing ‘ sedikit gara-gara orang di kaunter yg menolak permohonan saya atas alasan ntah apa-apa.

Kaunter DP10: Permohonan ni tulis Pengajar (Lecturer)..Surat sokongan tulis Pengajar Jururawat…tak sama ni.

Saya: Tak sama? Sama cik. Itu term yg digunakan oleh XXX.

Kaunter DP10: Pengajar Jururawat bukan Klinikal Instructor ke? Kalau lecturer kena tulis lecturer la. (sambil panggil bos besar dtg kaunter)

Saya: Lecturer dlm bahasa melayu maknanya pengajar cik. Klinikal instuktor kita sebut Pengajar klinikal. (sambil  tunjuk surat sokongan). Ini permohonan saya yg ke 6. Lima dah lama lulus. Saya buat dan guna term yg sama. Takde masalah sebelum ni.

Bos besar DP10: OOhh…itu mungkin sebab kita tersalah pandang agaknya.

Kaunter DP10: U kena buat balik. (dgn selamba..la…dia pulak lebih2)

Saya: Buat balik? (menyumpah dlm hati. Apa ke hal buat balik?).  Puan…bahasa ni betul. Cuba puan bla..bla…bla..

Saya terangkan baik2 pada bos besar dan bos besar angguk tanda faham lalu minta proceed. Saya cuma perlu tambahkan perkataan Jururawat sahaja. Bermanis mulut..saya tanya org kaunter.

Saya: Cik saya tambah saja disini ye. (sambil senyum puas dlm hati)

Kaunter DP10: Suka hati U la. (Dgn nada berlagak + memek muka yg memang tak puas hati )

Akhirnya saya menang juga. Tu la pasal…..ntah apa-apa..kecik punya hal pun dan jadi issue. Ko kalau ada problem kat umah ke apa ke..jgn bawa ke tempat kerja dan nak marah2 org tak tentu pasal. Layan baik2 tak boleh? Aku dtg pepagi ingatkan nk dapat layanan baik sbb keja ko blum banyak lagi tapi pagi2 dah swing apa hal? Tegur baik2 apa salah. Jgn lah nak guna kuasa plak.

Macam kat kaunter DP11 minggu dulu pun sama. Pasal guna liquid paper kat satu bahagian je  dah reject. Alasan tak boleh guna liquid. Encik kaunter, liquid tu kat satu bahagian saja tau. Tak menjejaskan apa2 pun. Yg nk strict sgt tu kenapa? Bila rayu….jawapnya…bos saya pun akan reject juga n tak payah rayu. Leceh kaunter ni. Aku ambik no lagi utk cuba nasib di kaunter lain. Ok pulak. Takde masalah. Kata kaunter baru…liquid sikit2 takde masalah. Ni hal kecik je. Ha….macam ni la.

Encik kaunter & kaunter DP10 (tarikh hari ini)….jgnlah dok susahkan org. Mana yg boleh lebih kurang tu……terima je la. Dah tu duduk kaunter..tolonglah layan orang baik2. Kalau tak nak layan org..jgn duduk kaunter. Pi duduk kat bilik goyang kaki. Layan baik-baik  pun ko tak rugi..malah org suka berurusan dgn ko macam org kt kaunter lain-lain tu.

Lagi pun..cuba ko fikir..kalau tiba-tiba..org yg ko tak layan dgn baik tu..menyampah dan benci kat ko sgt-sgt. Lepas tu..lepas bertahun-tahun..ditakdirkan anak ko bercinta pulak dgn anak org yg ko tak layan dgn baik tadi. Tentu susahkan bila nanti anak ko nak kahwin. Org yg ko tak layan dgn baik tu akan fikir banyak kali untuk terima anak ko jadi menantu dia disebabkan ko punya sikap tak ‘friendly’. Kalau org yg ko tak layan dgn baik tu pemaaf…..anak ko bernasib baik la. Tapi kalau org yg ko tak layan dgn baik tu pendendam..tentu anak ko teraniaya kan. Tentu nanti anak ko kena buli dek mak / pak mertua dia. Ha..amacam? Ada ko fikir benda2 macam ni? Dunia ni kecik je ko tau.

Alamak..apa ko sudah melalut ni labbuuuuuuu……………

” Aku” dan “Ko” tu adalah perkataan yg saya akan gunakan untuk menzahirkan emosi marah saya.

Insiden ini sekurang-kurangnya menyedarkan saya agar bersikap baik dgn orang lain juga..tapi…jangan ambik kesempatan tau. Baik setiap individu itu ada sempadannya…….hehe.

Bandung 2 & Pangkor

Standard

Ini kes terlewat update. CIter dah masuk tahap basi tapi masih mahu membilas diri dengan kenangan langsung foto-foto dimasukkan.

Kali ini trip single mingle.

Dugaan – Hampir semua dilanda sakit perut. Malam kedua k.ina dan sha berebutkan bilik air sampai ke subuh. Dalam hati……terdetik rasa gembira kerana tidak perlu berebut. Sakit datang pada hari ketiga tetapi masih terkawal…shopping tetap shopping k.

Insiden tak leh lupa – Bila naik ojek. Bukan berdua dgn tukang bawak ojek..tapi bertiga dgn sha. Brutal sungguh..sudahlah naik bertiga..melawan arus pulak tu. Tak sempat ambik gambar tetapi tetap terpahat kukuh dlm ingatan.

Seharian di Jakarta….(Foto di Bandung..ampunn…sudah hilang dari simpanan)

This slideshow requires JavaScript.

Kemudian…sekeluarga ke Pulau Pangkor. Pulau yg tidak pernah saya jejak. Terima kasih tidak terhingga kepada MCM kerana memberi peluang kami ke sana. Tahun hadapan..Hari keluarga dimana pula??

Terima kasih di atas kenangan-kenangan indah itu……Sekurang-kurangnya saya masih lagi punya kenangan untuk diingat sekali sekala bersama orang-orang yg saya sayang tika kedut-kedut usia hampir menyapa….

08/07/10

Standard

Hari ni ulangtahun kelahiran suami tercinta….

Sms saya buat kanda….

Selamat Hari Jadi yg ke 43 kanda! Semoga kanda dikurniakan kesihatan yg baik selalu, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala hal & boleh sayang/jaga saya serta anak-anak di sepanjang hidup ini. Sayang teramat!

Tak sempat beli hadiah..hanya makan malam bersama anak-anak…


Hari ini saya mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana……telah berjaya menambah angin tayar kereta. Senang rupanya. Ingatkan susah. Malu betul..bertahun bawa kereta….masih terhegeh-hegeh bangga kerana mampu menambah angin tayar….macamana lah agaknya kalau perlu menukar tayar pula nanti.

Cermin & Tegar

Standard

CERMIN

Semalam..tika makan tengahari di Lengkuas, mata ralit memandang satu keluarga ini. Sambil makan..si anak asyik bercerita tentang itu, ini, perihal diri dan sekolah. Itu yang sempat sampai sepoi-sepoi ke telinga saya. Si Ibu khusyuk mendengar mengangguk-angguk kepala entah tanda faham atau mengiyakan. Si ayah…sibuk meliar mata  tanpa sedikit pun memberi perhatian kepada anak ini. Mata anak dan posisi badan anak tetap pada si ayah dengan harapan penuh menagih perhatian..hampa.

Kesihan….itu saja ayat saya untuk mentafsirkan situasi ini. Kesihan pada si anak yang hampa tetapi tahniah kepada si ibu yang punya kesabaran melayan cerita. Kesihan itu…serta merta menjurus kepada anak-anak saya juga. Sering kebelakangan ini, anak2… saya layan sebegitu. Selalu juga saya mengutamakan hal diri saya…cerita saya….langsung membelakangkan cerita anak2. Cerita mereka sering tidak saya  endah. Sukar saya bayangkan kehampaan yg meresap di hati mereka.

Hari ini……saya melihat cermin diri saya pada diri si ayah tadi. Kita ini..manusia kekadang..perlu melihat orang lain bagi melihat sisi lemah diri sendiri.


TEGAR

Kata Sha, sahabat saya dari daerah rezeki…..sekali menjadi blogger..hampir pasti dia tetap menjadi blogger yang tegar tentunya. Saya?? Entah…..blogger suam-suam tahi ayam mungkin. Banyak sebenarnya yg boleh saya kongsikan. Cerita duka, suka..berlalu begitu saja. Rugi kerana tak dapat dikongsikan disini.

Hari ini saya sahut cabaran teman saya ini. saya jentik rasa khuatir dan mula menulis dengan sedikit rasa canggung. Saya mungkin tidak mampu jadi blogger tegar seperti teman saya itu..tetapi sekurang-kurangnya..blog saya ini tidak akan saya tinggalkan sepi terlalu lama seperti dulu-dulu. Mudah-mudahan……