WNA4869 & Belon

Standard

Walaupun WNA bukan hak mutlak saya…tetapi masih juga saya simbahkan sayang dan hasilnya sayang saya untuk WNA semakin kuat. Bagaimana menunjukkan sayang? Tentunya dgn memastikan WNA sihat & bersih selalu.

Tetapi pagi ini, WNA saya dicium kereta lain hingga kemek sedikit. Saya yakin…sudah tertulis nasibnya begitu sebab mulanya saya mahu parkir di tempat lain tetapi saya malah bertukar ke parkir yang lain pula akhirnya. Memang nak kena dan kalau sudah nasib…sukar dielakkan bagaimanapun kita berhati-hati dan kecuaian boleh saja terjadi dari diri sendiri mahupun dari pihak yang satu lagi.

Tentang Qaseh saya…semalam kami ke Pasar Ramadhan. Sekilas….qaseh terpandangkan belon bergas gambar Upin Ipin. Merayu- rayu dia minta dibelikan. Saya pujuk dan janji akan belikan kemudian bila mahu pulang nanti. Baik sekecil ini..mendengar janji..diam dia. Hasrat dipendamkan kerana yakin saya belikan tika pulang nanti.

Sewaktu pulang dan menghampiri gerai belon..dari jauh pandangan saya tersorot ke arah belon yg terawang-awang diudara. Mana belon Upin Ipin??? Dicepatkan langkah….tanpa beri salam terus saya bertanyakan kepada tuan punya gerai belon.

Dah habis kak…..kata tuan punya gerai belon.

Habis?? tanya saya seolah sukar menerima kenyataan.

Mana Stok? Keluarkan lah…kasi gas? Akak dh janji dgn sekecik nie. Kata saya lagi dlm nada sedikit mendesak dek rasa bersalah pada Qaseh saya.

Gas pun habis kak!

Aduh…..hati saya serta merta terjerembap berbata-bata. Bagaimana mahu saya katakan pada sikecil saya.

Sikecil Qaseh..masih lagi terkebil-kebil memerhatikan belon yg terawang-awang . Mencari Upin Ipin barangkali. Kesihan.

Sudah saya jelaskan….sudah saya janji akan belikan kemudian nanti. Terangguk-angguk sikecil ini tanda faham. Berkaca-kaca matanya menahan gerutu hati. Tersenyum empunya gerai berhampiran. Mereka mungkin menunggu sikecil saya memberontak tapi sikecil ini diam saja sambil angguk-angguk kecil dan berlalu lemah.


Hari ini…saya mahu kotakan janji saya. Upin Ipin harus saya bawa pulang untuk Qaseh saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s