Monthly Archives: September 2010

Nur Sabrina 190996

Standard

Happy Belated Birthday Along!!!

Selamat Ulangtahun kelahiran yg ke 14. Ibu dah wish awal-awalkan…cuma belated sikit dlm blog.

Harapan ibu..agar Along semakin dewasa sebagai anak yang solehah, baik budiperkerti dan punyai hati yang penuh kasih sayang.

Sempena umur yang sedang meningkat nie…..tonjolkan lebih sikap keperempuanan yang dikurniakan ALLAH pada Along agar lebih bersikap lemah-lembut ya.

Terima kasih kerana menjadi anak gadis yang baik dan mendengar kata. Ibu mahu Along terus begitu agar tidak melencong ke arah yang tidak sihat buat Along.

Terus-terusanlah menjadi  anak yang baik, jadilah pelajar yang baik dan jadilah manusia yang baik juga. Jadi, jaga hati Along. Jangan benarkan sebarang kata-kata yang akan membuatkan Along berhenti daripada melakukan yang terbaik daripada memasuki hati Along.

Jangan lengah pada pujian dan jangan pula resah pada makian. Itu hanya membuatkan Along berhenti daripada menjadi manusia yang bersyukur.

Selalu letakkan dalam minda bahawa Along adalah kayu pengukur dan model terbaik bagi adik-adik. Apa yang mampu Along lakukan tentu sahaja mampu juga dilakukan oleh mereka bukan?.

Selamat Hari Jadi Sayang!!!

Ibu sayang Along !!!

Bercuti sambil beRAYA

Standard

Masa ini lah pun nk berjalan bersama anak-anak. Masa bila semua orang bercuti termasuk kanda dan anak-anak yang bersekolah asrama.

Raya kali ini kami berjalan dan beraya sakan. Anak-anak sebut sahaja ke mana mahu dituju..kanda seboleh-boleh cuba tunaikan. Tapi yang dekat-dekat sahaja lah..yang jauh-jauh..nanti di rancang baik-baik kemudian.

Hari ini dah mula bekerja. Malas?? tak juga. Ada banyak kerja yang tertunggak dek kerana cuti berlama-lama. Tak sempat untuk bermalas-malas saya kira.

Hari ini juga….2 teman dari daerah rezeki terbang nun jauh ke Timur Tengah mencari rezeki yang bukan berkati atau berkilo tetapi berkoyan-koyan saya yakin.

Ada juga yg mula melangkah keluar dari daerah rezeki walaupun dengan berat hati.

Untuk SHA & K.NORA & ZETY….Selamat berjuang dan semoga cekal di tempat orang.

InsyaALLAH pulang nanti sebagai orang kaya yang sihat dan dermawan.

Kami doakan…….hehe.

Syawal 1431H

Standard

Bersyukur kerana berjaya menyudahkan tanggungjawab di bulan Ramadhan dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berkesempatan meraikan Syawal 1431H.

Rancangan berbaju tema warna biru air tahun ini..terbantut lagi. Gara-gara ketua rumah tak punya saiz yg sesuai. Puas sudah mencari masih juga gagal. Yang sempat mengikut tema hanya bujang saya Shafiq, Shahir dan dara saya Sabrina.  Dek kerana perancangan yang disaat akhir, impian mengikut tema tidak tercapai dan hasilnya wujudlah pelbagai warna di pagi hari raya.

Usai solat sunat Aidilfitri kami  berkumpul di rumah mak & abah. Adik no 2 saya tak dapat turut serta kerana beraya dirumah mertua tahun ini.

Tengahari kanda solat Jumaat di Ampang rumah peninggalan atuk yang dipenuhi sanak saudara yg datang dari melaka dan entah dari mana-mana. Seronok betul…..berjumpa setahun sekali dan masing-masing sibuk bertanya khabar menyapa tentang letak duduk hal masing-masing dan perubahan anak-anak…cucu-cucu ….yang semakin membesar memang sangat ketara. Saat menyeronokkan adalah apabila mau pulang.  Macam keretapi diperhimpunan sekolah anak-anak ini beratur mengambil duit raya dari seorang ke seorang. Masa inilah yang dewasa berasa gah tentunya bak orang kaya dermawan yg baik hati memberi ‘angpau’ lagaknya.

Mari sini cepat…sapa nak duit raya…beratur..beratur……..ewah!!

Petang..baru kami ke rumah bapa mertua saya dan berkumpul dgn keluarga yg menziarah nun jauh dari Sg Petani dan balik lewat malam ke tempat hati digantung.

Sikecil saya Qaseh Fatihah pula sudah pandai meminta duit raya. Belum sempat sampul bertukar tangan..lekas salam dihulur minta disambut sambil mulut laju menuturkan “Terima kasih…..”. Hehe..itu bukan saya yg ajar tau.

This slideshow requires JavaScript.