Monthly Archives: October 2010

Kek Express

Standard

Kenapa kek express? Sebab tak payah buat…balik kerja dah siap.

Siapa buat? Siapa lagi kalau bukan mak tersayang.

Tiada unsur paksaan OK. hanya tunjuk muka kesihan je kat mak semalam…langsung mak sedia buatkan. Terima kasih Mak! Mak memang selalu ada untuk meyelamatkan keadaan macam selalu-selalu.

Dok fikir-fikir pasal topping. Krimwell…fresh cream….ceklat masak….iisssyhhh..renyah lah. last-last..nasib baik ada cekgu aka pompuan mengandung yg sweet tapi sikit brutal beri resepi paling sempoi. Tambahan lagi..semua bahan memang ada dlm gobok dan tak perlu beli. Jimat kan…..

2 cawan susu pekat + 1 cawan serbuk koko + sedikit butter.

Panaskan atas api perlahan-lahan dan tak perlu sampai mengelegak. Letak air sikit kalau nak cair.

Tak sampai 10 minit……taraaaa………dah siap!

Biar sejuk sikit..tuang atas kek….sagat ceklat bar…tabur ceklat m&m….walla…

Sempoikan.

Kek utk bujang Anwar Shahir bawa ke sekolah hari ini.

Katanya untuk jamu kawan-kawan bagi majlis perpisahan dan advance birthday dia yg sepatutnya bulan depan 14hb.

3 Ringgit

Standard

Pagi tadi berlama-lama dibilik air dan hasilnya tak dapat menghantar anak-anak ke muka pintu utk ke sekolah seperti selalu-selalu. Tika sayup-sayup terdengar hon bas dari luar…kamar bilik air diketuk. Tersembul muka izzah.

Ibu..izzah pegi dulu ya“. Ok..ok….segera saya jawab seraya menganggukkan kepala.

Usai….telefon berdering dan kanda dihujung sana. Sewaktu berbicara…mata saya tertancap pada kepingan 3 ringgit yang santai atas meja.Aduh..bujang saya terlupakan duitnya lagi..getus hati saya. Cepat-cepat dimatikan bicara…bersiap sepantas mungkin…hantar qaseh yg masih lena ke rumah mak dan pecut terus ke sekolah.

Menapak ke tingkat tiga….memang sedikit mencabar almaklumlah…lemak tepu dh bertepek sana sini. Selesai melepaskan lelah, pintu kelas saya ketuk langsung semua mata memandang.

Assalammualaikum cikgu. Boleh saya jumpa Anwar Shahir sebentar?”

Shahir tak ada hari ni” jawab cikgu sambil kerut kening.

Shahir tak sekolah lah makcik!” sambung anak-anak murid aka kawan sekelas Shahir seakan-akan serentak.

Pucat lesi saya mendengarnya. Mana Shahir? Bukan sudah ke sekolah tadi subuh? Fikiran jadi kacau…risau…confius. Berlari-lari anak saya ke kelas Izzah.

Izzah…adik mana?” tanya saya..kalut. Tadi naik bas dengan sapa?

Entah….izzah naik bas sorang. Kat dalam bilik kut……”.

La….sambung tidur agaknya bujang kecik saya ini. Segera saya melangkah pulang….kereta saya pandu  selaju yg saya mampu. Adusss……budak ini. Dah mandi….dah siap beruniform pun sebenarnya. Saya kerah dia sarungkan kasut dan hilang saya dari pandangan..ke bilik semula dia sambung tidur. Bertuah punya budak! Saya mengumam sepanjang jalan..ntahkan mahu marah..ntahkan mahu gelak. Bagaimanalah saya boleh tak perasan…dia masih di bilik. Nasib baik 3 ringgit saya hantar ke sekolah..kalau tidak…tentu saya tidak tahu yg dia masih di rumah..tertinggal. Cikgu kelas juga pasti pening..macamana saya datang bertanyakan anak yg tidak hadir.

Sampai dirumah…bujang saya sudahpun bangun. Membebel tidak dikejutkan…malu mahu kesekolah katanya sementelah sudah lewat. Termakan pujukan saya…..setuju juga dia ke sekolah dek kerana minggu peperiksaaan. kalau tidak kerana peperiksaan..tidak mungkin saya sekalut ini dan akan saya biarkan dia tidur semahunya.

Dalam kereta..saya hulur 3 ringgit cepat-cepat sebelum saya lupa. Terlewat 18 min….syukur masih diberi kesempatan mengambil peperiksaan. Lega…..kereta saya pecut lagi agar segera sampai ke daerah rezeki.

Selamat sampai…saya toleh ke kerusi belakang dan terpandang lagi 3 ringgit yang santai tertinggal.

Masih belum selesai rupanya insiden 3 ringgit …………

Bangi Kopitiam

Standard

Dek kerana asyik melayan blog kawan lama di http://posh76.blogspot.com/ saya idam makan roti bakar di kopitiam. Setelah berhari-hari berlalu..rasa kepingin itu langsung sudah tidak terbendung.

Lantas…..rakan-rakan di daerah rezeki saya ajak sama. Nah..inilah hasilnya. Dapat juga makan roti bakar  Kopitiam Bangi. Kali terakhir saya ke kopitiam bangi kalau tak salah saya..sudah lama benar. Itupun di bangi..dan kerana foodnye yg kureng enak langsung tidak lagi kami singgah.

Kopitiam Bangi yg ini..baru saja dibuka di Nilai. Tak salah saya..dibuka selepas bulan Ramadhan yg baru berlalu. Servis dan food…setakat ini..memuaskan hati. Masih baru mungkin….esok-esok..entahlah.

Set makan tengahari..Nasi Goreng Chicken Chop..memang tak menghampakan.

Roti Bakar pun sedap..walau tak boleh lawan Old Town White Coffee Kopitiam.

Nanti mahu datang lagi…….

Tukar Sekolah

Standard

Hari ni saya akan huraikan sedikit prosedur berkenaan perkara di atas. Mudah sebenarnya tapi kalau lebih detail akan lebih memudahkan pergerakkan sementelah..masa juga dapat dijimatkan.

Sekiranya ada sesiapa yg ingin membuat pertukaran sekolah..sila ikut prosedur berikut ya.

1. Harus ke sekolah asal dan mesti bawa surat nikah, perintah mahkamah tentang hak jagaan anak bagi parents yg berpisah dan surat beranak.  Kerani akan bagi borang pertukaran sekolah…isi..keterangan anak dan antaranya alamat baru dan sebab tukar sekolah.  Anda kemudian akan diminta tunggu kerana perlu ditaip semula dalam komputer lalu disokong dan ditandatangan oleh guru besar atau penolong kanan. Sekejap je…dalam 30 min dh boleh siap. Sampul bertukar tangan dengan pesanan….”Berikan sampul ni kepada PPD ya puan”.

2. Siap…sila ayun langkah ke pejabat PPD dimana sekolah baru terletak..opss…nanti dulu. Kalau tiada urusan hak penjagaan anak contohnya parent dh berpisah, anak angkat atau anak nk diberi penjagaan sementara kepada saudara atas alasan belum berpindah dan kena guna alamat saudara mara….silalah ke suruhanjaya sumpah dulu ya.

3. DiSuruhanjaya sumpah..anda akan diberikan borang sumpah..sila buat bayaran RM4 dan tulis keterangan diri dan beri alasan hak jagaan sementara kepada saudara yang anda gunakan alamatnya tadi. Bukan apa..mana boleh anak kita duduk rumah orang sesuka hatikan. Semuanya kena bersumpah..yang hak penjagaan diberi sementara supaya tak timbul keraguan dan masalah kemudian hari. Pesuruhjaya akan check…kadang2 saudara kita tu pun diminta hadir sama…tapi ikut budi bicara lah kan. Kalau tak hadir…salinan IC dah ada pun cukup. Siap di chop..dah boleh ke PPD.

4. Sampai PPD…xde cakap banyak..bagi je sampul dari sekolah lama tadi, surat sumpah dan juga bil letrik/air rumah baru/rumah sedara. PPD akan kata…dlm 2-3 hari dah boleh dapat jawapan. Untuk mempercepatkan proses..jgn malu-malu minta diorang settlekan cepat. Tak ada masalah sebenarnya kalau officer yg uruskan pertukaran sekolah ni ada dan tak pergi kursus ke aper ke.

Macam saya..merayu dipercepatkan..almaklumlah…cuti bukan boleh ambik selalu selalu. Nasib baik orang-orang di PPD baik-baik moodnya tadi..jadi dirujuknya saya ke unit pertukaran. Menapak ke opis atas lalu berjumpa dgn officer face-to-face. Selepas berbasa-basi dan di interbiu serba sedikit…selesai lah urusan dalam setengah hari Alhamdulillah!

Nanti…blum abis lagi….PPD akan beri balik surat pertukaran 3 salinan yg telah ditaip oleh kerani dari sekolah lama dengan tandatangan Pengarah Pendidiakn Negeri (lulus) . Setiap satu salinan utk ibu-bapa, sekolah baru dan sekolah lama. Salinan utk sekolah lama…harus pula dihantar balik ke sekolah lama untuk tindakan lanjut. Kerani akan masukkan nama anak dalam buku daftar keluar/berhenti sekolah dan kemudian parent akan diberi fail peribadi anak untuk dibawa ke sekolah baru nanti.

Dah selesai……hari Isnin depan..bujang saya Anwar Shahir akan berada disekolah baru. Maka…akan bermulalah episod kelam-kabut saya dan kanda pepagi menghantar bujang ini ke sekolah. Nurul izzah saya kekalkan disekolah lama kerana akan ambil UPSR tahun depan. Ada alasan lain yg lebih penting sebenarnya kenapa bujang saya ini bertukar sekolah….

Kami mengharapkan dia mendapat peluang lebih besar mewakili sekolah dan kemudian keperingkat lebih tinggi didalam sukan badminton. Almaklumlah…..negeri Selangor itu besar….persaingannya sengit…..bakat nya sudah pasti sukar kelihatan.

Kami hanya mengharap dan mendoakan yg terbaik. InsyaALLAH….

Kek Butter

Standard

Itu dia…kerana tahap kemalasan saya adalah sangat tinggi..saya telah dicabar membuat kek yg paling senang. Mampu kah saya agaknye…jeng..jeng..jeng.

08/09/10 – Mdm A hantar resepi melalui sms.

11/09/10 – Hari raya..kunun nk buat tapi hampeh.

20/9/10 – Hari mula kerja selepas raya..Mdm A & kengkawan yg tahu saya dok ngendeng resepi asyik tanya dah buat ke belum….hampeh juga.

24/9/10 – Sambutan Raya di daerah rezeki..kunun-kunun nk buat …..hampeh lagi

08/10/10 – Selepas hampir satu bulan…Mdm A tanya. Malunye….malas punya pasal..kek butter haram tak nampak-nampak.

11/10/10 – Pepagi Mdm A dah hulur butter Golden Churn (butter mahal lak tu) sambil disulami pesan…..

“Nah I kasi butter. Jgn cari alasan lagi. U mesti buat tau. Kalau tak..esok I bawak gula icing pulak kasi u”. Addooyaii..malunye…

Jadi pada petang 11/10/10…saya telah bersiap sedia bersilat di dapur menyahut cabaran dan berjaya menepis kemalasan yg bermaharajalela dan hasilnya…….

Taaraaaaa……..KEK BUTTER sudap siap!! Rasa? Itu belakang kira…yg penting cabaran telah disahut. Berjaya!!!

p/s: Senang tahap gaban kek nie rupanya….malu betul tak buat2 sampai dah sebulan.

Rawatan Wajah

Standard

Pagi ini jadual saya bermula jam 7.30 pagi menghantar Shahir ke latihan badminton di Bangi. Rancangan saya selepas itu ialah minum pagi di Teras Jernang  dan kemudian balik ke rumah menyelesaikan kain-baju yg sudah seminggu tak berbasuh. Setiap hari hujan petang…..macamana nak basuh baju. Tak berangkat dan jawabnya akan lencun semua. Memang Sabtu adalah hari membasuh sedunia untuk saya….hehe

Usai menurunkan Shahir, terus cari minum pagi. Kedai makan ini saya lupa namanya dan seperti selalu-selalu pelanggannya ramai betul. Mungkin kerana rotinya yg lembut dan mungkin kerana nasi lemak bungkus kecilnya yg comei dan boleh tahan. Mungkin juga kerana harga makanannya yg masih murah barangkali.

Oleh kerana proses menunggu yg sedikit lambat, saya ubah rancangan. Mahu pusing-pusing saja di Bangi bersama Izzah & Qaseh saya dan cuba-cuba cari pusat rawatan wajah. Pusing punya pusing..masih banyak kedai yg belum dibuka..langsung saya susur kedai-kedai berhampiran Warta Bangi. Terpandangkan Seri Aida Cosmetic & Beauty terus saya singgah.

Sudah lama benar rasanya saya tidak merawat wajah. Saya ini beginilah…perempuan malas yang tidak perihatin kepada diri agaknya. Cuma sejak kebelakangan ini..selepas melihat betapa comotnya muka saya tidak berjaga..baru timbul kerajinan dan semangat mahu melawa..huhu. Sempat ke agaknya?

Tiba-tiba teringat saya kepada kawan lama saya ISMA di GPS. Kawan saya ini arif benar tentang penjagaan wajah & diri…sesuai sekali kalau punya pusat kecantikkan sediri. Kalau ada dia….tentu boleh jadi penasihat terbaik saya dan tidaklah muka saya teruk tak berjaga begini sudahnya. Geleng kepala dia melihatkan kemalasan saya agaknya.

Jadi hari ini saya telah berjaya menjalani rawatan wajah. Diamond Facial untuk membuang sel mati yg banyak di wajah saya ini. Bestnye…..rasa bersih sikit muka. Izzah & Qaseh terkebil-kebil memandang saya menjalani rawatan. Pelik + curious barangkali.

Bahagia sekali-sekala dapat peluang memanjakan diri. Nanti saya akan datang lagi…InsyaALLAH.

Kanda……jom gi SPA. Kalau tak mahu pun takpe……tapi sponsor lah..boleh?? Pleeaaseeee……..

 

Hadiah

Standard

Semalam, sewaktu terkocoh-kocoh mengangkat Qaseh ke dalam rumah mak, keronsang bling bling pemberian daerah rezeki jatuh terperosok ke bawak kereta. “Sebelum undur kereta sekejap lagi, saya ambil..” getus hati saya.

Dek kerana berbasa-basi sedikit dgn mak abah, langsung saya terlupakan tentang keronsang. Tiba di daerah rezeki, hampir tengahari baru insiden tersebut muncul dibenak saya. Langsung mak saya hubungi.

Saya: Mak…ada terjumpa kerongsang besar luar pagar rumah mak tak pagi tadi. Terjatuh masa angkat Qaseh.

Mak: Besor ke? Tak pulak. Jap….mak tanya abah kau. (Abah rutinnya membersihkan laman rumah hampir setiap pagi. Sebab itu mak tanya)

Abah: Kerongsang kau ke? Ada abah nampak Bangla angkat sampah tu jumpa masa ambik sampah abah tadi. Bukan main suka dia..senyum dan terus masuk dalam poket baju. Abah tak tahu tu kau punya.

Saya: Ok bah. Xpe..xpe….dah rezeki org tu. Xpe…..

Dah memang bukan rezeki saya. Dapat pakai sekejap je. Jadilah…Cantik kerongsang tue….harap org yg jumpa tu hargai dan beri pada org tersayang nanti.

Petangnya, saya dapat hadiah lain pulak. Cuppies dan cincin tudung yg sangat swweeettt. Tima kasih Puan H & A.

This slideshow requires JavaScript.