Tukar Sekolah

Standard

Hari ni saya akan huraikan sedikit prosedur berkenaan perkara di atas. Mudah sebenarnya tapi kalau lebih detail akan lebih memudahkan pergerakkan sementelah..masa juga dapat dijimatkan.

Sekiranya ada sesiapa yg ingin membuat pertukaran sekolah..sila ikut prosedur berikut ya.

1. Harus ke sekolah asal dan mesti bawa surat nikah, perintah mahkamah tentang hak jagaan anak bagi parents yg berpisah dan surat beranak.  Kerani akan bagi borang pertukaran sekolah…isi..keterangan anak dan antaranya alamat baru dan sebab tukar sekolah.  Anda kemudian akan diminta tunggu kerana perlu ditaip semula dalam komputer lalu disokong dan ditandatangan oleh guru besar atau penolong kanan. Sekejap je…dalam 30 min dh boleh siap. Sampul bertukar tangan dengan pesanan….”Berikan sampul ni kepada PPD ya puan”.

2. Siap…sila ayun langkah ke pejabat PPD dimana sekolah baru terletak..opss…nanti dulu. Kalau tiada urusan hak penjagaan anak contohnya parent dh berpisah, anak angkat atau anak nk diberi penjagaan sementara kepada saudara atas alasan belum berpindah dan kena guna alamat saudara mara….silalah ke suruhanjaya sumpah dulu ya.

3. DiSuruhanjaya sumpah..anda akan diberikan borang sumpah..sila buat bayaran RM4 dan tulis keterangan diri dan beri alasan hak jagaan sementara kepada saudara yang anda gunakan alamatnya tadi. Bukan apa..mana boleh anak kita duduk rumah orang sesuka hatikan. Semuanya kena bersumpah..yang hak penjagaan diberi sementara supaya tak timbul keraguan dan masalah kemudian hari. Pesuruhjaya akan check…kadang2 saudara kita tu pun diminta hadir sama…tapi ikut budi bicara lah kan. Kalau tak hadir…salinan IC dah ada pun cukup. Siap di chop..dah boleh ke PPD.

4. Sampai PPD…xde cakap banyak..bagi je sampul dari sekolah lama tadi, surat sumpah dan juga bil letrik/air rumah baru/rumah sedara. PPD akan kata…dlm 2-3 hari dah boleh dapat jawapan. Untuk mempercepatkan proses..jgn malu-malu minta diorang settlekan cepat. Tak ada masalah sebenarnya kalau officer yg uruskan pertukaran sekolah ni ada dan tak pergi kursus ke aper ke.

Macam saya..merayu dipercepatkan..almaklumlah…cuti bukan boleh ambik selalu selalu. Nasib baik orang-orang di PPD baik-baik moodnya tadi..jadi dirujuknya saya ke unit pertukaran. Menapak ke opis atas lalu berjumpa dgn officer face-to-face. Selepas berbasa-basi dan di interbiu serba sedikit…selesai lah urusan dalam setengah hari Alhamdulillah!

Nanti…blum abis lagi….PPD akan beri balik surat pertukaran 3 salinan yg telah ditaip oleh kerani dari sekolah lama dengan tandatangan Pengarah Pendidiakn Negeri (lulus) . Setiap satu salinan utk ibu-bapa, sekolah baru dan sekolah lama. Salinan utk sekolah lama…harus pula dihantar balik ke sekolah lama untuk tindakan lanjut. Kerani akan masukkan nama anak dalam buku daftar keluar/berhenti sekolah dan kemudian parent akan diberi fail peribadi anak untuk dibawa ke sekolah baru nanti.

Dah selesai……hari Isnin depan..bujang saya Anwar Shahir akan berada disekolah baru. Maka…akan bermulalah episod kelam-kabut saya dan kanda pepagi menghantar bujang ini ke sekolah. Nurul izzah saya kekalkan disekolah lama kerana akan ambil UPSR tahun depan. Ada alasan lain yg lebih penting sebenarnya kenapa bujang saya ini bertukar sekolah….

Kami mengharapkan dia mendapat peluang lebih besar mewakili sekolah dan kemudian keperingkat lebih tinggi didalam sukan badminton. Almaklumlah…..negeri Selangor itu besar….persaingannya sengit…..bakat nya sudah pasti sukar kelihatan.

Kami hanya mengharap dan mendoakan yg terbaik. InsyaALLAH….

17 responses »

  1. Tq utk info..nak tanya mengenai pertukaran sementara ( wife berpantang di kampung). Procedure sama juga ke.. tq.

  2. tq for da info, tp nak tanya kalau yg nak tukar dari skolah cina ke SK sama juga tak? & adakah alasan tu akan memainkan peranan jugak untuk dapatkan kelulusan.

  3. Ok saya nak tukar sekolah..bagi nak senang kan kes ni sya terang kan…..

    Ok…mula-mula saya sekolah kat School A….pastu beberapa hari saya pindah kat School B…..lepashabis fikir …..sekolah School B tak ngam dgn perwatakan saya so…saya nak tukar balik ke School A serta merta….boleh tak..? Yang ni sekolah menengah….

    Saya tahu ni membebankan ibubapa saja tapi saya nak juga mereka convince saya balik ke sekolah lama…

    Terima kasih…

    • Syafiq, proses pertukaran tidaklah susah sgt cuma bila pertukaran ikut suka begini dilakukan, pegawai di jabatan pelajaran akan soal mcm2 dan ini adalah sesuatu yg menyusahkan ibu bapa anda. Cubalah ambil masa belajar adjust diri kepada keadaan. In shaa Allah…sekiranya diberi ruang kepada diri sendiri dan berfikiran positif, saya yakin anda akan belajar menerima dan menyayangi sekolah baru anda.Cuba k….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s