3 Ringgit

Standard

Pagi tadi berlama-lama dibilik air dan hasilnya tak dapat menghantar anak-anak ke muka pintu utk ke sekolah seperti selalu-selalu. Tika sayup-sayup terdengar hon bas dari luar…kamar bilik air diketuk. Tersembul muka izzah.

Ibu..izzah pegi dulu ya“. Ok..ok….segera saya jawab seraya menganggukkan kepala.

Usai….telefon berdering dan kanda dihujung sana. Sewaktu berbicara…mata saya tertancap pada kepingan 3 ringgit yang santai atas meja.Aduh..bujang saya terlupakan duitnya lagi..getus hati saya. Cepat-cepat dimatikan bicara…bersiap sepantas mungkin…hantar qaseh yg masih lena ke rumah mak dan pecut terus ke sekolah.

Menapak ke tingkat tiga….memang sedikit mencabar almaklumlah…lemak tepu dh bertepek sana sini. Selesai melepaskan lelah, pintu kelas saya ketuk langsung semua mata memandang.

Assalammualaikum cikgu. Boleh saya jumpa Anwar Shahir sebentar?”

Shahir tak ada hari ni” jawab cikgu sambil kerut kening.

Shahir tak sekolah lah makcik!” sambung anak-anak murid aka kawan sekelas Shahir seakan-akan serentak.

Pucat lesi saya mendengarnya. Mana Shahir? Bukan sudah ke sekolah tadi subuh? Fikiran jadi kacau…risau…confius. Berlari-lari anak saya ke kelas Izzah.

Izzah…adik mana?” tanya saya..kalut. Tadi naik bas dengan sapa?

Entah….izzah naik bas sorang. Kat dalam bilik kut……”.

La….sambung tidur agaknya bujang kecik saya ini. Segera saya melangkah pulang….kereta saya pandu  selaju yg saya mampu. Adusss……budak ini. Dah mandi….dah siap beruniform pun sebenarnya. Saya kerah dia sarungkan kasut dan hilang saya dari pandangan..ke bilik semula dia sambung tidur. Bertuah punya budak! Saya mengumam sepanjang jalan..ntahkan mahu marah..ntahkan mahu gelak. Bagaimanalah saya boleh tak perasan…dia masih di bilik. Nasib baik 3 ringgit saya hantar ke sekolah..kalau tidak…tentu saya tidak tahu yg dia masih di rumah..tertinggal. Cikgu kelas juga pasti pening..macamana saya datang bertanyakan anak yg tidak hadir.

Sampai dirumah…bujang saya sudahpun bangun. Membebel tidak dikejutkan…malu mahu kesekolah katanya sementelah sudah lewat. Termakan pujukan saya…..setuju juga dia ke sekolah dek kerana minggu peperiksaaan. kalau tidak kerana peperiksaan..tidak mungkin saya sekalut ini dan akan saya biarkan dia tidur semahunya.

Dalam kereta..saya hulur 3 ringgit cepat-cepat sebelum saya lupa. Terlewat 18 min….syukur masih diberi kesempatan mengambil peperiksaan. Lega…..kereta saya pecut lagi agar segera sampai ke daerah rezeki.

Selamat sampai…saya toleh ke kerusi belakang dan terpandang lagi 3 ringgit yang santai tertinggal.

Masih belum selesai rupanya insiden 3 ringgit …………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s