Monthly Archives: November 2010

Pantun

Standard

Asyik dok berpantun berirama dengan Qaseh tika menuju Bangi tadi pagi.

Hujan rintik-rintik

Air bergelombang

Qaseh budak CANTIK

Ibu sangat sayang

Qaseh: Tak nak aaaarrrr…..Caalahhhhh…

Saya ulang…

Hujan rintik-rintik

Air bergelombang

Qaseh budak CERDIK

Ibu sangat sayang

Qaseh: Aaaa……baru betttuuuiii.


Aiiikkh…..macam tahu pulak beza CANTIK dan CERDIK ya.

Advertisements

Balasan

Standard

Tadi mak bercerita tentang si kecil Qaseh. Antara dialog yg keluar ialah…

Abah saya: Qaseh, tolong ambilkan atuk punyer bla..bla..bla…

Qaseh saya: Eerrmm..Atuk bukak katun dulu…!

dengan nada seolah-oleh berunsur ugutan arahan dgn tunjuk memek muka berlagak.

Amboi…sapa ajar nie?

Dah pandai pula mengharapkan balasan bagi setiap tindakan ya.

Rotan nanti baru tau…..haru…haru….

Belanja & Cuti Sekolah

Standard

Cuti sekolah, anak-anak yg sudah berada di sekolah menengah telah merancang-rancang untuk keluar bersantai bersama-sama kawan-kawan. Kebenaran dipohon dan bagi kami sukar sekali untuk melepaskan. Tidak pernah sekalipun anak-anak ini kami benarkan berjalan dengan kawan-kawan melebihi lingkungan penempatan kecuali dengan keluarga.

Rancangan dibuat seawal cuti sekolah bermula dan minggu ini rancangan mahu dilaksanakan.

Shafiq – Niat terbantut gara-gara beberapa perkara yang tidak saya setujui. Masih juga saya berikan ruang dan sekalipun tidak saya katakan TIDAK. Saya biarkan bujang ini berfikir baik-buruknya agar nanti keputusan itu datang dari timbang cara dia sendiri. Akhirnya, keputusan untuk TIDAK PERGI saya sambut dengan penuh syukur.

Alasan saya:

1. Perjumpaan di Kuala Lumpur adalah sesuatu yang membimbangkan.

2. Pemberian belanja yang berupa keperluan makan dan tambang berjumlah RM30 baginya adalah tidak mencukupi.

Shafiq saya perlu wang yang lebih atas alasan mahu membeli sesuatu yang saya tidak pasti. Saya pula punya alasan untuk tidak memberi “lebih”. Yang mahu diperolehi haruslah atas hasil usaha sendiri sekiranya mahu dibeli sendiri dan sekiranya dari duit pemberian kanda atau saya…harus pula dibeli ketika bersama kami. Mudah bukan……

Sabrina – Ke Alamanda semalam bersama kawan-kawan baiknya. Pergi berhantar dan balik berjemput. Begitulah cara yang saya setujui. RM 20 yang saya hulurkan utk makan & tonton wayang disambut senyum yg panjang tanda menghargai. Sekiranya mahu berbelanja utk diri sendiri…ada duit simpan katanya.

Mungkin saya nampak kejam bukan? Kerana memberikan hanya duit keperluan sahaja utk anak-anak ini. Duit belanjanya mana? Perkiraan dan alasan saya cukup jelas.

1. Saya tidak mahu mengalakkan anak-anak ini dengan mudah menentukan tujuan mereka. Ada beberapa perkara yang perlu ditimbangcara terutamanya keselamatan dsbgainya. Saya lebih suka mereka memilih tempat yang paling dekat dan sudah biasa dan mampan mereka jejaki.

2. Belanja yang sedikit kerana saya mahu mereka berusaha menyimpan jika mahukan sesuatu. Bukan dengan sekadar memujuk dan meminta sesuka hati. Setiap yang mereka dapat dari kami berdua adalah ganjaran bagi sesuatu atau punya sebab-sebab yang tertentu.

Saya mahu mereka belajar menghargai apapun yang mereka ada dan berbelanja seadanya ikut kemampuan duit dalam kocek.

Kesusahan utk mendapatkan sesuatu itu biasanya mendorong kita menghargai apa yang kita dapat tentunya.

Masih ingat tentang cerita gula kapas yang saya kisahkan sedikit masa dulu…?

Khatan aka sunat

Standard

Nah…..inlah sebabnya kenapa shahir saya diberi layanan istimewa memilih habuan perut semalam….

Sudah selamat di POTONG!!!

Prosedur dijalankan di Klinik Zubir, Bangi. Nama doktor sama dengan nama kanda. Tak dapat diskaun pun. Tetapi walau apapun..memang berbaloi.

Teknik berkhatan biasa dengan bantuan laser bagi mematikan saraf darah sekaligus mengurangkan pendarahan. Potongan yang sangat kemas dan teliti. Ternyata memang memuaskan hati.

Bujang ini kalau ikut sejarahnya..pernah cuba dikhatankan pada umurnya 7 tahun (darjah 1) bersama angah. Dek kerana berkhatan beramai-ramai dan kebetulan ketika menunggu giliran ada seorang budak lelaki yang kelihatan sungguh cemas laju membaca Al-Fatihah secara sungguh kuat-kuat sambil menangis..shahir saya terlihat semakin cuak dan gentar. Ayat yg tak pernah saya lupa… sambil mata liar memerhati pintu dewan ialah….

Ibu…..pintu tu kunci tak? Kalau Shahir nak lari..boleh tak??

Akhirnya kerana kasihan…saya batalkan proses khatan shahir. Keluarlah dia dari dewan berkain pelikat bagaikan orang sudah bersunat lagaknya. Dari jauh..abah saya senyum simpul dengan sangkaan sudah selesai namun hampeh. Waktu dibawa pulang…janji dia pada kami…

“Shahir nak sunat darjah empat macam angah. tak moh ramai-ramai. Shahir nak sorang-sorang je dengan doktor”. Kali ini janji terlaksana. Dari pagi, tiada langsung tergambar perasaan gentar dan cuak diwajahnya.

Saya yakin bujang saya sudah bersedia kali ini. Sangat bersedia….!

Alhamdulillah…proses berkhatan aka sunat selesai sudah…….

Shahir

Standard

Hari ini bujang Shahir ke quater final bagi Kejohanan Badminton Terbuka Remaja BAKTI-MSSWP-DBKL 2010. Itu pun setelah berjaya berhempas pulas hari khamis lepas dengan memenangi 3 perlawanan.

Hari Khamis? Ya…hari Khamis selepas Aidiladha. Hari Khamis iaitu hari dimana cuti saya tidak diluluskan….huhu.

Perlawanan jam 1.30 tengahari tadi menentang lawan yg tidak kurang hebat bagi kategori bawah 10 adalah perlawanan yang bukan mudah. Bujang Shahir saya kalah juga bukan saja kerana perbezaan susuk tubuh & ketinggian tetapi yang paling utama ialah permainannya.

Bujang ini perlu masa lagi untuk memperbaiki beberapa kelemahan. Masih setakuk kebelakang dia ketinggalan  tetapi semangat juangnya tetap kental..itu yang membanggakan. Kekalahan 18-30 dianggap sesuatu yang perlu diperbaiki di masa depan.

Usai perlawanan, kanda mahu belanja makan. Bujang Shahir diberi pilihan menentukan habuan makan kami. Pilihan terbuka tidak kira dimana sahaja ikut tekak empunya diri. Harga? Tiada masalah kata kanda. Akhirnya shahir saya hanya memilih KFC. Sesuatu yang biasa-biasa.

Kenapa shahir diberi keistimewaan memilih habuan makan?

Kenapa kali ini diberi pilihan yang lebih istimewa dari yg biasa-biasa?

Ada agenda istimewa kah agaknya?

Kejohanan badminton tadi pun kalah kan?

Eeerrrrrrmmm….kenapa ya?

Kecewa

Standard

Suspen tak?

Bukan kecewa dek mainan hati dan perasaan tau.  Sudah tua-tua begini….tiada masa mahu melayan hati macam dulu-dulu.

Kecewa saya kerana……

Kedai Nasi Dagang yang saya sudah rangka misi membodek kanda TUTUP dan hanya akan dibuka selepas AidilADHA.

Kecewa bukan kepalang

eeehh..macam perempuan mengidam pulak kan

Mengada-gada…..

Nasi Dagang

Standard

Tiba-tiba tekak mahu makan Nasi Dagang

Ditempat yang sering saya lalui tetapi tak berkesempatan singgah. Hasilnya sering sahaja jalan itu saya lalui sambil menelan liur.

Selalu terlihat ramainya pelanggan berbaris mahu menikmati. Tentu sedap bukan?

Mana mungkin orang sanggup saja berbaris panjang seperti selalu-selalu kalau rasa Nasi Dagang itu tak memberikan kesan

Kanda…

Kita sarapan di Kg Abu Bakar Baginda berhampiran jalan masuk ke Presint 14 Putrajaya… esok mahu?

Saya mahu Nasi Dagang……

Misi merangka pelan membodek sedang dilaksanakan.

Doakan saya dapat makan Nasi Dagang esok……pleeaaseeeee….