GYM & Aerobic

Standard

Lemak tepu bukan main meriah bertepek di badan. Sudahnya..asyik keletihan waima melakukan kerja rumah paling mudah. Hasil lain yang saya dapat adalah membesarkan punggung pinggul dengan menghenyak kusyen di rumah sambil ralit nonton tv disulami proses membesarkan perut menyumbat apa yang ada ke dalam mulut. Sah-sah satu cara hidup yang kurang sihat kan…..

Maka…setelah melihat betapa berlemaknya diri saya…azam untuk membakar lemang lemak telah bermula minggu ini. Untung ada teman yang sama-sama punya azam mahu turut serta. Thanx Hanani.

Kali terakhir ke gym..sudah lama benar. Waktu itupun ketika menemankan bujang bermain badminton di Presint 16.

Kelmarin hanya gym.¬†Semalam gym + aerobic……hasilnya…pancit setengah jam pertama. Walla….dah terbukti kan betapa teruknya badan. Buat muka kesihan kat Instructor minta diripun macam tak berjaya. Buat regangan dulu pesannya..baru boleh balik. Tapi walau apa pun..memang bestlah. Ringan rasa badan..harap bukan saja boleh sihat tetapi boleh kurus juga.

Promosi menarik dan akan difikirkan utk jadi ahli. Deposit RM 50 + bulanan RM 60 inclusive gym & aerobic tanpa had.

Jom ke gym………….!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s