Belanja & Cuti Sekolah

Standard

Cuti sekolah, anak-anak yg sudah berada di sekolah menengah telah merancang-rancang untuk keluar bersantai bersama-sama kawan-kawan. Kebenaran dipohon dan bagi kami sukar sekali untuk melepaskan. Tidak pernah sekalipun anak-anak ini kami benarkan berjalan dengan kawan-kawan melebihi lingkungan penempatan kecuali dengan keluarga.

Rancangan dibuat seawal cuti sekolah bermula dan minggu ini rancangan mahu dilaksanakan.

Shafiq – Niat terbantut gara-gara beberapa perkara yang tidak saya setujui. Masih juga saya berikan ruang dan sekalipun tidak saya katakan TIDAK. Saya biarkan bujang ini berfikir baik-buruknya agar nanti keputusan itu datang dari timbang cara dia sendiri. Akhirnya, keputusan untuk TIDAK PERGI saya sambut dengan penuh syukur.

Alasan saya:

1. Perjumpaan di Kuala Lumpur adalah sesuatu yang membimbangkan.

2. Pemberian belanja yang berupa keperluan makan dan tambang berjumlah RM30 baginya adalah tidak mencukupi.

Shafiq saya perlu wang yang lebih atas alasan mahu membeli sesuatu yang saya tidak pasti. Saya pula punya alasan untuk tidak memberi “lebih”. Yang mahu diperolehi haruslah atas hasil usaha sendiri sekiranya mahu dibeli sendiri dan sekiranya dari duit pemberian kanda atau saya…harus pula dibeli ketika bersama kami. Mudah bukan……

Sabrina – Ke Alamanda semalam bersama kawan-kawan baiknya. Pergi berhantar dan balik berjemput. Begitulah cara yang saya setujui. RM 20 yang saya hulurkan utk makan & tonton wayang disambut senyum yg panjang tanda menghargai. Sekiranya mahu berbelanja utk diri sendiri…ada duit simpan katanya.

Mungkin saya nampak kejam bukan? Kerana memberikan hanya duit keperluan sahaja utk anak-anak ini. Duit belanjanya mana? Perkiraan dan alasan saya cukup jelas.

1. Saya tidak mahu mengalakkan anak-anak ini dengan mudah menentukan tujuan mereka. Ada beberapa perkara yang perlu ditimbangcara terutamanya keselamatan dsbgainya. Saya lebih suka mereka memilih tempat yang paling dekat dan sudah biasa dan mampan mereka jejaki.

2. Belanja yang sedikit kerana saya mahu mereka berusaha menyimpan jika mahukan sesuatu. Bukan dengan sekadar memujuk dan meminta sesuka hati. Setiap yang mereka dapat dari kami berdua adalah ganjaran bagi sesuatu atau punya sebab-sebab yang tertentu.

Saya mahu mereka belajar menghargai apapun yang mereka ada dan berbelanja seadanya ikut kemampuan duit dalam kocek.

Kesusahan utk mendapatkan sesuatu itu biasanya mendorong kita menghargai apa yang kita dapat tentunya.

Masih ingat tentang cerita gula kapas yang saya kisahkan sedikit masa dulu…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s