Monthly Archives: December 2010

Urut + Petua

Standard

2-3  minggu kebelakangan ni..badan macam sakit-sakit terutama sekali di bahagian belakang. Niat mahu urut dilaksanakan juga dengan harapan kesakitan ini bisa reda.

Usai di daerah rezeki..segera saya pecut ke Bangi ikut recommendation teman-teman. Sewaktu jari-jari Ibu bidan iaitu nama jolokan tukang urut ini yg berumur sekitar 50an menyentuh kulit..segera bising mulutnya meleteri saya kerana tidak sayangkan badan sehingga punya “angin” disini sana.

Peluang saya ambil berbasa-basi dengan mengharapkan pengalaman dan petua wanita tua ini dapat dikongsi. Banyak juga petua yg ikhlas diperturunkan. Melakukannya saja..entahkan mampu entahkan tidak. Yang paling terkesan dan terdaya saya lakukan ..hanyalah ini mungkin.

Katanya…amalkan minum jus buah bagi pengaliran darah yg baik juga bagi mengantikan apa pun juga supplemen biasa yg saya ambil. Mudah. Hanya perlukan jus buah-buahan …

Epal Hijau + Tomato + Carrot + Anggur Hitam (7 biji)….di blend dan diminum jusnya.

Elakkan minum air batu tambahnya lagi…..(yg ini sedang saya usahakan bersungguh-sungguh sekarang ini)

Saya cuba yg ini dulu….petua yg lain akan saya cuba berdikit-dikit nanti….

Kerana mula sayangkan badan agar mahu terus sihat……banyak juga yang harus mula saya korbankan tentunya. Biarlah…paling penting saya mahu tua dengan tubuh yang mampan sihat. InsyaALLAH.

Urut…mahu dijadikan rutin bulanan mungkin. Jangan terlalu kedekut untuk kebaikkan diri kan…….

Advertisements

Hari Bahagia

Standard

Selamat Pengantin baru buat pasangan mempelai Hadila & Nazry

Selamat Bertunang juga buat pasangan kekasih Aween & Hazrul.

Untuk Hadila – Tahniah diatas gelaran isteri yang sudah pun disandang. Besar tanggungjawab yang harus dipikul dan tentu besar juga ganjaran yang akan diterima tentunya. Terus-terusanlah menjadi isteri yang taat, sentiasa mengembirakan hati suami tercinta langsung menjadi antara menantu yang disayangi mentua selalu. Semoga..istana yang dibina dengan kasih, cinta dan sayang ini terus kukuh dan utuh sehingga ke akhir hayat insyaALLAH.

Untuk Aween – Janji tersimpul sudah. Semoga saja cinta sayang dan kepercayaan kalian berdua terus juga utuh dalam menjaga hubungan suci ini sebaik-baiknya sehingga ke jinjang pelamin insyaALLAH.

Saya dan keluarga mendoakan yang baik-baik saja buat kalian semua.

Bahagia itu, tercipta untuk manusia. Tercipta…untuk kamu, untuk saya dan untuk kita semua.

Alhamdulillah….


Mengadu

Standard

Si kecil Qaseh dah pandai mengadu.

Qaseh:  Aaayah…cemalam kann…adik nak nenen…..ibu tido…ibu marah..putui adik camnieee..(sambil tangan kanan pukul tangan kiri). Adik nannish (nangis)…

Ayah:  Iye ke..? Ala..ibu bukan pukul kuat-kuatkan?

Qaseh: Ya..ayah..camnie...tuat-tuat..(sambil tangan kanan pukul tangan kiri sedikit kuat dari tadi).

Kanda kerling pada saya. Dalam hati..pandai dah mengadu budak kecik ni.

Telefon mak…..bagitahu kerenah qaseh saya yang sudah pandai mengadu.

Mak: Haaa memanglah…dia mengadu dengan aku dan abah ko tengahari tadi. Kenapa ko tido tak bagi dia susu dulu? Budak tu mintak susu…ko pukul pulak.

Saya: Bukan mak…dia nak susu badan,saya buat-buat tidur. Asyik merengek-rengek saya marahkan sambil pukul tangan dia. (Qaseh dlm proses pemberhentian susu badan 2-3 bulan ini)

Mak:   Oooo……

Amboi…..dah pandai mengadu rupanya. Siap dengan jalan cerita.

Nampaknya saya harus ambil langkah berjaga-jaga selepas ini…..hehe

Merancang Kehamilan

Standard

Sudah 2 tahun 8 bulan umur Qaseh sekarang. Saya akhirnya menamatkan gelisah hati dalam memilih perancang kehamilan yang bukan sahaja mahukan yang sesuai tetapi mudah dan senang.

Sudah lama berkira-kira untuk merancang kehamilan tetapi masih buntu memikirkan yang mana paling sesuai. Akhirnya saya memberanikan diri mencuba suntikan Progestin dan Progesteron iaitu lebih jelas dikenali sebagai Depo Provera. Kaedah suntikan yang bertahan dalam tempoh 3 bulan.

Sedikit maklumat mengenainya yang saya ambil dari sumber sesawang ialah…

Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Proses amat mudah saya kira yang bermula dengan adegan berbasi basi antara saya dan SN tentang adakah saya sudah berkahwin dan xxx usai haid sayaa. Ops..lupa..saya hadir seperti yang dinasihati iaitu dalam tempoh 5 hari selepas kedatangan haid. Kemudian tekanan darah dan berat badan (sesi paling mencii…) diambil lalu disuruh tunggu di bilik I (Bilik rawatan perancang kehamilan).

5 minit menunggu..nama dipanggil bagi sessi consultation. Saya ini telah pernah mencuba IUD juga Pil (saya gagal kerana sering lupa). Lalu saya bersetuju dengan saranan SN untuk teruskan dengan Depo Provera. Dicucuk dan selesai. Proses mudah yang hanya mengambil masa keseluruhan hanya 20 min.

Pesan SN…kegemukan bukan satu kemestian. Ia bergantung kepada horman individu. Satu yang pasti ialah tempoh kedatangan haid yang mungkin akan menjadi pendek dan ada juga individu yang tidak didatangi haid langsung. Saya terima nasihatnya untuk mencuba yang ini. Yg mana paling selamat dan mudah sekiranya suntikan diambil ikut masa dan tanpa lengah.

Risikonya sekiranya nanti..badan saya naik seperti dipam-pam. Akan saya cuba teknik yang lain pula. Pinta saya..janganlah ada yang bertanya kenapa badan makin mengembang kerana pertanyaan itu nanti hanya akan menambah resah dan gejolak rasa hati saya.

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan.

Saya mendoakan yang baik-baik saja dengan keputusan saya ini.

 

Seronok + gembira + teruja

Standard

Seronok ke Times Square hari ini.

Bukan seronok sebab naik roller coaster yang mengila kat dalam bangunan tu..tapi gembira sebab dapat selam sambil minum air tika diberi kesempatan menghadiri training.

Teruja sungguh sebab dapat naik ERL, LRT, Monorail dan berjalan kaki menyusur kaki lima bergandingan dengan orang-orang yang pelbagai.

Teruja juga dapat bertemu sahabat lama antara waktu makan tengahari tadi.

Pulang ke rumah….terpaksa pula berjalan kaki sekali lagi bersama-sama anak-anak dek kerana tidak tahan menunggu kanda yang pulang lewat. Tak jauh pun…tapi sempat juga cuba menagih simpati dengan minta anak hantarkan sms.

“Ayah, ibu ngan kitorang jalan kaki balik umah……” (sedih)

kanda jawab…..

“kesian..tapi ianya exercise yang baik untuk kuruskan badan sesiapa yang terasa GEMUK….”

Sempat memerli. Sabar…sabar…..berfikiran positif.

Sekurang-kurangnye lemak saya terbakar juga sedikit tau……

Cinta

Standard

Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab, saling percaya-mempercayai, menerima dan memberi.

Kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga kita untuknya. Bukan untuk seketika tetapi untuk selama-lamanya.

Bukan hanya ketika pasangan kita bertubuh tegap mempesona, tetapi sehinggalah dia terlantar.

Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!

Kekadang dalam sesuatu hubungan itu..perpisahan bisa saja terjadi bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga. Curiga yang wujud akibat hilangnya rasa percaya.

Hari ini saya belajar bahawa cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan pasangan kita, cinta itu juga harus ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya.

Ada kajian yang mengatakan, perpisahan banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.

Takut? Bimbang?

Saya…..UnSubscribe Friend Finder bagi nombor telefon bimbit kanda hari ini.

Adakah sebelum ini saya sudah hilang kepercayaan dan mula curiga?

Hati terus-terusan menidak dan mempertahankan alasan.

Kerana terlalu CINTA barangkali…

Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di sini, di hati ku!


Lega

Standard

Ke Shah Alam..menghadirkan diri ke kenduri kahwin yang tidak dijemput dengan alasan sangat mahu tahu tentang khabar Abg Zam.

Abg Zam kelihatan sangat terperanjat melihat kami. Dari jauh nama saya sudah dilaungnya. Fikirkan sudah tidak lagi mengenali malah nama kanda juga dia masih ingat. Alhamdulillah…dia kelihatannya sihat sahaja. Gembira juga kerana berkesempatan bertemu dan meleraikan rindu dengan  sahabat-sahabat  lama.

Abg Zam berada di tahap 3 kanser usus. Masih sering merawat diri dengan kimo. Yang mengagumkan,  dia masih juga seperti dulu-dulu.

Lucunya…kecohnya…mesranya…tiada sedikitpun yang berubah. Tetap juga bersikap positif. Itulah dia Abg Zam yang saya dan orang lain kenal. Senantiasa ceria dan menghiburkan. Malah sikap itulah yang telah membantunya melawan rasa sakit. Melupakan dia pada sengsara langsung mennyahkan rasa bimbang dan resah yang menyapa sekali-sekala. Katanya…kerana selalu merasakan dirinya sihat…sering saja dia lupa tentang dirinya yang tidak lagi berapa sihat.

Saya panjatkan doa agar Abg Zam terus bersikap positif dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Moga saja…disembuhkan langsung diberi kesihatan yang baik dan menjalani hidup seperti orang lain.

Saya mendoakan yang baik-baik juga buat kita semua. Agar terus sihat dan dijauhi sebarang penyakit yang memudaratkan..InsyaALLAH.

There is always hope.
You just need to hang on.
Even if you have one finger left on the edge of a cliff.