Abang Zam

Standard

Beberapa hari lepas, sms masuk dalam peti telefon tangan saya. Sms dari teman lama waktu di Matsushita dulu…Abang Asri.

“Awak tahu ke anak Abg Zam (2 orang) nak kahwin 11hb ni? Sabtu jam 5.30 ptg hingga 11 mlm.”. isi sms.

“tak” jawap saya ringkas. Tak semena-mena waktu jamuan membuatkan hati saya tertanya-tanya.

“kenapa majlis kahwin petang ke malam agaknya? Tiada jemputan untuk saya…boleh ke jika saya mahu hadir?”

Hati saya meronta-ronta mahu turut serta. Abang Zam seperti abang sendiri sewaktu saya di Matsuhita dulu. Lama sungguh tidak berjumpa. Hampir 7-8 tahun saya kira.

“Kata Zaidi (kawan lama), Zam sakit..kena buat kimo..rambut pun dah takde”. sms dari a.asri lagi.

Serta merta hati saya terjerembap dan rasa bersalah teramat. Lama sudah tidak bertanya khabar. Mendengar perkhabaran tidak enak ini..sesungguhnya membuatkan hati saya semakin resah.

Pagi ini…saya nekad mahu ke majlis kenduri perkahwinan anak Abg Zam. Walaupun tidak dijemput..saya tetap mahu hadir.

Menziarah dia yang sangat saya kenal tapi tidak langsung saya tanyakan berita sekian lama. Apa khabar dia agaknya…..

Saya tika ini…sedang membilang jam mahu bertolak segera ke Shah Alam dengan mengharapkan perkhabaran baik-baik saja dari Abg Zam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s