Monthly Archives: January 2011

Bangga

Standard

Kanda & Shahir pagi-pagi lagi sudah berada di Putrajaya bagi perlawanan badminton. Perlawanan bagi memilih wakil yang bakal memikul tanggungjawab bermain badminton bagi mewakili Putrajaya kelak.

Bagi bawah 12 tahun..ada kira-kira 15 peserta yang bakal berentap.

Jam 12.30..keputusan diterima. Cita-cita shahir saya untuk mewakili Putrajaya tercapai sudah. Dia dipilih diantara 5 terbaik.

Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke tempat hati digantung…

Shahir: Ibu….

Saya: Errrmm….

Shahir: Akhirnya Shahir dah berjaya buat ayah rasa bangga! Bisiknya pada saya….

Alhamdulillah dan syabas sayang…..

Advertisements

Kalut

Standard

Petang waktu usai kerja..mahu segera menapak pulang. Sambil mengemas meja, telefon bimbit riuh berdering. Kanda di talian.

Kanda: pot pet…pot pet…

Saya: pot pet..pot pet sambil angguk-angguk kepala

Tangan sebuk mengemas meja dan apa yang patut. Eeehh..mana telefon bimbit? getus hati saya.

Sambil kanda masih di talian sana pot..pet..pot ..pet….saya jenguk kawan sepejabat.

K.Ina! Nampak mana handphone saya tak? tanya saya.

K.ina: Tu…..(sambil muncungkan mulut)..kat telinga tengah pegang tu aper??

La….haa..aarr. Ada ditelinga rupanya. Kanda masih lagi sedang po pet pot pet dihujung sana.

Pecah tawa…..

Inilah hasilnya kalau buat banyak benda dalam satu masa…..

KALUT…

Potong kuku

Standard

Dari tadi saya leka melihat telatah Qaseh yang ralit dengan pengetip kuku.

Qaseh! Buat apa tu? jerit saya dari jauh.

Pantas matanya tertancap ke arah saya sambil datang menghampiri. Jari-jari segera diletakkan di pipi sambil ditarik ke bawah berkali-kali seakan cakaran.

Ibu apak tak? Ni…kuku…..taaajam nii. Ha….apak? sambil mengulangi isyarat cakar sekali lagi.

Potooong lah ibu. Potooonglah…rayunya lagi.

Tak juga saya endahkan sebab kukunya memang sudah jelas pendek.

Isssyyhh…ibu ni….runggut nya antara dengar dan tidak.

This slideshow requires JavaScript.

you’re too gorgeous sayang. don’t grow up too fast please….

Hati Terkesan

Standard

Semalam…..dikhabarkan bahawa ada kemalangan di jalan masuk ke tempat hati digantung.

Kemalangan yang telah mengakibatkan kehilangan beberapa nyawa yg tidak berdosa. Dari semalam juga hati saya cukup terkesan dengan berita ini. Sebuah keluarga yang dalam perjalanan entah kemana, telah dilanggar oleh pemndu muda yang memandu dengan laju sambil memotong beberapa kenderaan sebelumnya.

Kebetulan pula abah ada ditempat kejadian dan bait-bait cerita abah petang semalam saat cuba menyelamatkan mangsa sedikit meruntuhkan tembok sedih saya. Anak yang dikandung oleh si isteri..maut dalam kandungan. Sewaktu diselamatkan..si isteri yg sarat mengandung 8 bulan sedang memangku anak sulung yang berumur dalam lingkungan satu tahun. Anak kecil ini dilarikan segera ke hospital tetapi menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan. Suami dan si pemandu cuai cedera juga tetapi tidak seteruk ibu, anak kecil dan bayi yg dikandung. Hilang nyawa… Berbaloikah?

Pagi ini mak khabarkan, ibu yang bergantung kepada alat untuk hidup telah pun menyusul anak-anak kecilnya. Meninggalkan kesakitan dan derita hati atas kehilangan insan-insan tersayang. Tinggallah suami yang perlu kuat menahan sengsara jiwa.

Al-Fatihah buat insan yang pergi dan untuk yang masih tinggal…kuatkan semangat serta nyahkan ribuan galau itu. Kirimkan doa kepada yg tersayang buat penenang hati.

Saya, masih berulang-kali mengingatkan diri untuk tidak menjadi seperti pemandu cuai itu.

Jauhkan diri dari menjadi penyebab kepada sesuatu yang mungkin saja akan kita kesali disepanjang hidup ini.

Mahukah kita hidup di dalam keadaan BERSALAH sehingga ke penghujung hayat nanti? Mahukah?

Manusia itu sentiasa perlu diingat-ingatkan…

Hari ini…saja berjanji kepada diri sendiri untuk memperbaiki diri. Memandu dengan baik dan tidak memandu laju InsyaALLAH.

Semoga saja, kejadian ini mampu memberi ikhtibar kepada kita semua.

Kedai Makan

Standard

Makan tengahari hari ini bukan ditempat biasa.  Saya dan teman-teman mahu menukar selera. Dari hanya berjalan kaki menyusur kaki lima bersantap di kedai Mak Chor, hari ini berkenderaan pula mencari tempat makan baru.

Cubaan makan tengahari kali ini menghampakan sungguh. Amy Red Cafe (nama dah cukup komersial)…..Nasi Ayam terlebih perahan limau barangkali…masam. Kuey Teow chinese stail kurang rasa dan berkuah cair benar-benar mematikan selera. Kuey Teow deep fried pula tidaklah sesedap mana. Plain. Sudahnya..perut yang lapar dipaksa isi. Masih juga berbaki separuh pinggan..tak habis. Tak sempat ambil gambar kerana mood sudah hilang…..

Kenapalah buka kedai makan kalau makanan tidak sesedap mana? Bagilah makan free…lepas tu dapatkan review dari rakan-rakan atau tetamu tentang rasa makanan. Yakin sedap..barulah buka kedai makan. Patutlah tak ramai pelanggan. Mengecewakan sungguh…..

Malam, oleh kerana mahu balas dendam mengisi perut…saya cuba Ajak’s. Kedai makan yg sering saya lihat kurang sambutan dan dikebanyakkan masa kosong tanpa pelanggan. Cuba untuk melihat, apa agaknya alasan tidak ada yang mahu singgah.

Buka menu..dah nampak. Harganya mahal. Tidak sesuai dikawasan ini agaknya. Tunggu..saya buat pesanan. Mahu cuba juga..bagaimana rasa masakannya.

Rasa boleh tahan. Nasib baik sedap. Tidaklah mood saya hilang lagi.

Sampai di rumah..layan SETEM. Best jugak…..sangat menghiburkan.

Cake Roti Mak vs Secret Recipe

Standard

Kelmarin usai waktu pejabat…ke Secret Recipe ditemani Wawa.

Tekak teringinkan New York Cheese Cake. Minum petang bersekali Hot Coffee cuma RM7++ bagi promosi jam 3-6 ptg.

Mahal juga tetapi sekali-sekala memanjakan tekak..tak salah kan…..

Pulang ke rumah….mak buat kek juga. Mak baru sahaja sembuh dari sakit sebenarnya. Sakit apa? Nanti akan saya khabarkan kemudian.

Mak saya memang rajin….entah bilalah agaknya saya mampu serajin mak. Baru sahaja sihat, sudah buat kek untuk minum petang.

Perut masih kenyang.

Kek & Roti saya bungkus bawa pulang buat bekalan nonton tv.

Sedap air tangan mak. Tidur kekenyangan saya malam kelmarin.

Alhamdulillah..mak dah kembali sihat. Syukur pada Allah!