Kedai Makan

Standard

Makan tengahari hari ini bukan ditempat biasa.  Saya dan teman-teman mahu menukar selera. Dari hanya berjalan kaki menyusur kaki lima bersantap di kedai Mak Chor, hari ini berkenderaan pula mencari tempat makan baru.

Cubaan makan tengahari kali ini menghampakan sungguh. Amy Red Cafe (nama dah cukup komersial)…..Nasi Ayam terlebih perahan limau barangkali…masam. Kuey Teow chinese stail kurang rasa dan berkuah cair benar-benar mematikan selera. Kuey Teow deep fried pula tidaklah sesedap mana. Plain. Sudahnya..perut yang lapar dipaksa isi. Masih juga berbaki separuh pinggan..tak habis. Tak sempat ambil gambar kerana mood sudah hilang…..

Kenapalah buka kedai makan kalau makanan tidak sesedap mana? Bagilah makan free…lepas tu dapatkan review dari rakan-rakan atau tetamu tentang rasa makanan. Yakin sedap..barulah buka kedai makan. Patutlah tak ramai pelanggan. Mengecewakan sungguh…..

Malam, oleh kerana mahu balas dendam mengisi perut…saya cuba Ajak’s. Kedai makan yg sering saya lihat kurang sambutan dan dikebanyakkan masa kosong tanpa pelanggan. Cuba untuk melihat, apa agaknya alasan tidak ada yang mahu singgah.

Buka menu..dah nampak. Harganya mahal. Tidak sesuai dikawasan ini agaknya. Tunggu..saya buat pesanan. Mahu cuba juga..bagaimana rasa masakannya.

Rasa boleh tahan. Nasib baik sedap. Tidaklah mood saya hilang lagi.

Sampai di rumah..layan SETEM. Best jugak…..sangat menghiburkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s