Hati Terkesan

Standard

Semalam…..dikhabarkan bahawa ada kemalangan di jalan masuk ke tempat hati digantung.

Kemalangan yang telah mengakibatkan kehilangan beberapa nyawa yg tidak berdosa. Dari semalam juga hati saya cukup terkesan dengan berita ini. Sebuah keluarga yang dalam perjalanan entah kemana, telah dilanggar oleh pemndu muda yang memandu dengan laju sambil memotong beberapa kenderaan sebelumnya.

Kebetulan pula abah ada ditempat kejadian dan bait-bait cerita abah petang semalam saat cuba menyelamatkan mangsa sedikit meruntuhkan tembok sedih saya. Anak yang dikandung oleh si isteri..maut dalam kandungan. Sewaktu diselamatkan..si isteri yg sarat mengandung 8 bulan sedang memangku anak sulung yang berumur dalam lingkungan satu tahun. Anak kecil ini dilarikan segera ke hospital tetapi menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan. Suami dan si pemandu cuai cedera juga tetapi tidak seteruk ibu, anak kecil dan bayi yg dikandung. Hilang nyawa… Berbaloikah?

Pagi ini mak khabarkan, ibu yang bergantung kepada alat untuk hidup telah pun menyusul anak-anak kecilnya. Meninggalkan kesakitan dan derita hati atas kehilangan insan-insan tersayang. Tinggallah suami yang perlu kuat menahan sengsara jiwa.

Al-Fatihah buat insan yang pergi dan untuk yang masih tinggal…kuatkan semangat serta nyahkan ribuan galau itu. Kirimkan doa kepada yg tersayang buat penenang hati.

Saya, masih berulang-kali mengingatkan diri untuk tidak menjadi seperti pemandu cuai itu.

Jauhkan diri dari menjadi penyebab kepada sesuatu yang mungkin saja akan kita kesali disepanjang hidup ini.

Mahukah kita hidup di dalam keadaan BERSALAH sehingga ke penghujung hayat nanti? Mahukah?

Manusia itu sentiasa perlu diingat-ingatkan…

Hari ini…saja berjanji kepada diri sendiri untuk memperbaiki diri. Memandu dengan baik dan tidak memandu laju InsyaALLAH.

Semoga saja, kejadian ini mampu memberi ikhtibar kepada kita semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s