Monthly Archives: February 2011

Sekinchan Ikan Bakar, Bandar Puteri Puchong

Standard

Semalam malam, kanda ajak ke Bandar Puteri, Puchong. Agenda utama…mahu belikan reket badminton baru buat Shahir.

Hujan renyai-renyai…perut berkeroncong sedikit lalu disepanjang perjalanan mata ralit mencari tempah singgah untuk makan malam. Tiba-tiba ternampak Sekichan Ikan Bakar yang baru dibuka. Kanda ajak singgah.

Suasana ok dan selesa. Tempat duduk boleh tahan penuh…ramai pelanggan. Lauk kena beratur dan pilih sendiri di kaunter ikan. Pelayan hanya akan ambil order untuk air sahaja. No meja jgn lupa sbb no itulah yg akan kita sebut bila nak order apa-apa additional nanti. Ikan dah pilih..lepas tu tunggu. Ops..menu tak banyak tau. Selain ikan bakar dan seafood yg pelbagai…lauk tambahan lain adalah paru goreng sambal, ulam, keropok ikan, ubi rebus dan satu dua jenis yg lain. Nasi ada nasi putih dan nasi lemak. Oh ya…nasi dan sambal cicah akan dihantar selepas ikan bakar tiba atas meja.

Rasa….sedap. kalau ada rate 5 bintang..saya bagi 4 cukup lah. Harga..errrmm boleh tahan jugak. Oleh kerana kami makan berempat je semalam..kosnya lebih kurang RM47.00.  Mahal sikit lah tapi macam ok kut.

Sirap bandung & teh tarik RM 1.80 segelas, Nasi putih RM 1.00 sepinggan, ikan kembung bakar RM 10.00 seekor, Ikan bawal bakar RM 20.00 seekor, paru sambal RM 3.00 sepinggan kecil.

Mahu datang lagi bawa kesayangan-kesayangan saya kemudian nanti.

Jom!

kenapa hanya dalam lingkaran hidup sendiri?

Standard

Bercakap tentang blog..ada yang bertanya kenapa sering saya menulis tentang perkara-perkara yang terjadi hanya dilingkaran hidup saya. Tentang anak-anak, kanda, mak, abah, kesayangan-kesayangan saya dan kadangkala menyentuh sedikit tentang daerah rezeki. Hanya itu….

Kata orang, sekiranya mahu blog kepunyaan kita ada follower dan diminati ramai..masukkanlah isu-isu semasa yang sedang hot aka panas tika itu.

Entahlah…..saya tidak mengharapkan apa-apa mungkin. Maksud saya, blog ini adalah berkenaan warna & corak hidup saya..jadi terpulang saya kan. Tidak perlu ada peminat dan cukup ianya jadi memori yang boleh saya bilas sekali-sekala.

Sekiranya ada tetamu yang menjenguk…saya cukup rasa gembira. Sekurang-kurangnya tetamu itu mahu juga menjenguk ke dalam ruang kehidupan saya. Terima kasih….!

Berkenaan isu semasa…ia memang banyak sebenarnya tetapi saya mencuba seboleh daya utk tidak berbicara tentangnya disini. Kenapa? Kerana saya tidak mahu isu-isu tersebut yg biasanya memberi kesan dalam hati saya akan nanti mengembalikan ingatan dan mampu menyedihkan saya di kemudian hari.

Saya mahu nanti….bila saya bilas kenangan-kenangan yg pernah muncul dalam hidup saya tika membaca blog ini..saya boleh senyum dan terus senyum.

Saya ini jenis manusia yang saya kira…selalu menolak cerita sedih dlm hidup. Jika ditanya apa antara cerita sedih atau perkara sedih yg pernah saya lalui dulu..cukup sukar mahu saya kutip kecuali tentang kematian kucing-kucing saya dan sedikit perkara yg mengusik sabar hingga saya tanpa lengah menukilkannya terus di blog ini. Ada sedikit…amat sedikit.

Saya mahu memikirkan hanya kepada perkara-perkara  yang mengembirakan. Bukan..bukan saya menolak berpijak di bumi nyata.

Saya hanya mahu menjadi manusia yang positif selalu barangkali.

Untuk yang kadangkala menjenguk blog ini..terima kasih untuk masa anda. Kunjungan anda seolah-olah meletakkan saya hampir di hati anda…

Terima kasih.

Merajuk

Standard

Qaseh,

Awak dah pandai membodek merajuk sekarang ya.

Pagi tadi ibu angkat awak dgn sangat berhati-hati dari katil agar tidak terjaga. Sampai di rumah nenek..tiba-tiba mata awak celik pulak.

Ibu pesan pada awak yang hari ni ibu kena pergi kerja. Awak tinggal baik-baik di rumah nenek dan nanti tengahari ibu segera pulang dan bawa awak jalan-jalan.

Tiba-tiba muncung awak tajam  tanda rajuk. Longlaikan badan langsung tunduk takzim. Tak semena-mena air mata awak turun menyelusuri pipi awak yang gebu.

Pandai merajuk pulak dengan lelehan airmata. Tak ada ronta n jerit pulak kali ni. Amboi..taktik baru ye?

Qaseh, Bodek Taktik awak menjadi. Tersentuh dengan bahasa badan awak yang seolah patah hati….ayah dah setuju bawa awak ke tempat latihan badminton abg shahir. yyyeeeaayy…awak berjaya kali ini.

Jam 12.30, ibu dengar suara awak nun jauh dicorong telefon.

Ibu…..adik letiiiihhhh….

Aduhai…kesihan Qaseh ibu..berpanas di gelanggang hari ni.

Tu la..kalau awak tinggalsekejap di rumah nenek tadi kan bagus……

Rasa, Saji vs Sihat, Rapi

Standard

Tadi waktu di kedai buku, teman saya ralit membelek majalah masakan. Mahu dibeli katanya.

Saya…cepat beralih ke majalah lain. Majalah masakan itu mencabar nafsu makan saya. Melihat kepada foto makanan adalah godaan yang sukar saya tepis.

Memasak? Resepi baru? Tak perlu buku. Internet kan ada…hanya di hujung jari.

Kebelakangan ini saya lebih sering memilih majalah yang berunsurkan kesihatan.

Saya dan kamu tiada hak menolak TUA….tapi kita punya pilihan untuk menjadi sihat sekurang-kurangnya….

Apa yg saya melalut ni? Aarrgghh….abaikan!

Kucing Kesayangan

Standard

Tiba-tiba rasa nak masukkan gambar kucing-kucing peliharaan rumah ni dalam blog. Ntah kenapa…….

 

Ini je yang tinggal. 2 ekor dah mati. LC n Whity yang pernah saya ceritakan lama dulu.

Dah bincang dgn kanda dan anak-anak. Ini kucing-kucing terakhir yang akan kami bela selagi masih ada nyawa. Lepas ini..tak mahu lagi.

Kenapa?

Sebab kami sekeluarga tak mahu lagi menangisi kematian binatang-binatang ini. Cukuplah……

Nak Pergi Sekolah

Standard

Qaseh Fatihah,

Awak nie, tiap-tiap malam bila ibu hantar kakak ke kelas tuisyen..awak selalu melalak dalam kereta.

Nak pegi sekolah…! Nak pegi sekolah….!

Macam dah besar sangat. Awak tu kecik lagi ok. Tak payah nak beria-ria nak ke sekolah. Elok duduk rumah temankan ibu.

Esok-esok..bila awak dah besar dan boleh pegi sekolah, awak malas….cari alasan nak ponteng…ibu tak bagi peluang. Mesti ibu hadiahkan awak rotan. Mahu?

Sampai di rumah..baru ibu teringat yang ada hadiah untuk awak. Saat ibu keluarkan dari beg..serta merta awak diam. Dengan senyum meleret pantas awak ambil dari tangan ibu dan mula mencuba. Awak suka kan? Bukan main ceria awak lepas dapat baju baru ye.

Cepat..ucap terima kasih bebanyak kat Auntie Imlah.

Ibu pun dah tak tahan tengok awak asyik nak pakai baju polka dot n belang-belang pemberian cik sha tue. Tak sempat kering..asal nampak je nak pakai…huhu

Buah hati di asrama…

Standard

Sebulan dua ini..ada teman-teman yang terpaksa melepaskan anak tersayang ke asrama aka daerah ilmu. Walaupun jauh atau dekat..yang pasti tetap berpisah sementara dan anak-anak ini dibiarkan untuk belajar berdikari dan berdiri atas kaki sendiri tentunya.

Hati si ibu mahupun ayah pastinya terkesan malah dihimpit ribuan galau senantiasa. Meninggalkan anak tersayang nun jauh dari mata pastinya mendahulukan resah. Baru saja tadi, teman di daerah rezeki meluahkan isihatinya. Bimbangnya melangit tidak kepalang..sukar sekali mahu mengusir khuatir katanya.

Saya lantas berkongsi rasa. Dengan senyuman memujuk…saya minta dia segera nyahkan rasa bimbang itu. Anak-anak ini baru memulakan fasa pertamanya. Bulan-bulan terawal ini masih lagi tercari-cari apa istimewanya berada di asrama. Percayalah kata saya….beri sedikit masa lagi…anak ini nanti akan kemudian menjadi serasi dengan cara hidup itu dan mula belajar berdikari langsung bila pulang ke tempat hati digantung..akan pula sering mahu pulang segera bertemu kawan-kawan dan memulakan hari-hari indah di asrama.

Mari..saya kongsikan cetus rasa dara saya, Nur Sabrina di awal-awal ditinggalkan dulu. Kad diposkan ke rumah..dan saat kata-katanya saya baca…dada saya mula tersendat dan air mata menitik tanpa malu-malu.

Assalammualaikum,

Ibu, firstly ina nak cakap….Hapy Mother’s Day. Ina doakan ibu panjang umur, murah rezeki, tenang selalu.

Ibu, ina memang x thn duduk kat sini..tapi ina akan cuba tahan. Sbb ibu dah habis banyak duit buat ina. So, kenalah bertimbangrasa. Ina tahu, pilihan ibu ayah semestinya the best.

Ibu, biasalahkan perasaan mcm ni. Ina x biasa dok sini lagi. Ibu,,malam nanti ina call ibu eyh. Bubye ibu..sayang ibu..rindu ibu. Demi ibu, ina sanggup tinggal kat sini..

p/s: Habis basah kad ni…Airmata meleleh…hehe..sory kalau x cantik

From:

Along..sayang ibu sangat-sangat.


Sedih kan. Kalau ikutkan hati memang nk ambil bawa balik tapi kita sebagai ibu ayahlah yg kena kuatkan semangat. Akhirnya…tahun ini tahun ke tiga Along di asrama. Dah selesa saya kira. berlama-lama cuti dirumah…mula mahu segera pulang ke asrama bertemu kawan-kawan.

Buat teman yang melalui perkara yang sama.

Bersabarlah….

Anak dan kita sendiri perlu masa untuk menyesuaikan diri dan keadaan.