Ancasa Resort Port Dickson

Standard

Baru pulang bercuti sempena CNY 2011. Kali ni beramai-ramai ke Ancasa Resort Port Dickson. Apartment 3 bilik yang sangat-sangat selesa dan memuaskan walau abah saya rasa sedikit rimas dengan lampu yg “dim” ala-ala hotel. Mak & mak cik (mak mertua adik saya) macam biasa….sebuk dengan juadah yang bermacam-macam. Ini betul-betul bercuti nie…perut diisi bersungguh-sungguh.

 

Percutian yang dirancang last minit oleh bujang yang baru pulang dari Jepun. Nak belanja katanya. Minta saya uruskan..yang penting mahu semua adik beradik turut serta. nasib baik juga adik beradik saya hanya 4 orang. Syukur  kerana semua boleh berkumpul sekali dengan mudah.

Sesekali bercuti bersama, sememangnya menyeronokkan. Bukan saja keseronokkan itu dialami oleh anak-anak yang dapat berkumpul sekali-sekala..tetapi juga turut dirasai oleh orang-orang dewasa. Sesekali berjumpa..bertukar cerita..bergurau…menyakat…berkongsi makan bersama..meriah.

Ops..tak lupa, kebetulan hari ini tarikh lahir adik no 2 saya yang ke 36..Farawahida Abu Osman.

 

“Selamat Hari lahir Ngah!” Semoga diberkati, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu. Aminnn…..”

Untuk adik bujang saya….Ibrahim Abu Osman….

Thanx for the TREAT k!

Untuk Azhar Abu Osman sekeluarga + mak mertua + intan……terima kasih juga kerana dapat turut serta.

This slideshow requires JavaScript.

Untuk semua…nanti kalau ada rezeki lebih, kita plan untuk bercuti bersama-sama lagi k.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s