Tiada Yang Mustahil

Standard

Jam 11.00 tadi Along telefon. Mengkhabarkan berita. Yg harus diklasifikasikan bagaimana ya? Mengembirakan? Mengejutkan? Apa-apapun..tiada apa yang mustahil sebenarnya di dalam dunia ini.

Sudah masuk tahun ke 3 Along di daerah ilmu…prestasinya biasa-biasa saja. Berada di rangking 100 ke atas juga biasa. Bukan mudah menjadi yang terbaik antara yang terbaik kan.

Kanda sering diselubungi bimbang tambahan lagi tahun ini Along bakal menduduki peperiksaan penting. Dek lingkaran risau itu juga..kanda tidak pernah lupa malah sering menasihati Along hingga kadang-kadang terdengar seakan bebelan di cuping telinga siapa juga yang mendengarnya. Semuanya atas satu sebab…mahu Along bingkas bangun dari tilam empuk langsung bergegas berusaha menjadi antara yang terbaik.

Berada di ranking bawah 100 menjadi impian Along. Berkat usaha keras disulami nasihat dan bebelan kanda saya kira….Along telah memberikan kejutan nun dicorong telefon sebelah sana sebentar tadi.

Kali ini Along berjaya mendapat ranking bawah 100. Malahan berada di ranking 50 terbaik. Sesuatu yang diluar jangkaan kami. Segera dipanjatkan syukur.

Nah…inilah hasilnya. Tiada yang mustahil bukan….

Semoga saja..Along terus-terusan mengekalkan prestasi malahan menjadi lebih baik di hari-hari mendatang.

Seperti yang sering Ibu bisikkan ditelinga Along….

Ibu mahu Along menjadi contoh terbaik untuk adik-adik….senantiasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s