Monthly Archives: March 2011

Pitching suara..tinggi sangat!

Standard

Semua yang mengenali saya..dah faham benar. Faham tentang pitching suara saya yang memang tinggi. Bukan tinggi yang boleh nyanyi dengan merdu tapi tinggi yang sering boleh menyakitkan halwa telinga.

Sudah terbiasa. Keluarga sebelah mak..memang begitu. Kalau berkumpul walau tak ramai..riuhnya sekampung. Berborak dari dalam rumah..seakan boleh terdengar hingga ke seberang jalan. Saya ikut sebelah emak. Sebelah abah..lembut-lembut sedikit.

Sewaktu mula kenal incik suami jantung hati saya…sering kanda ingatkan jgn cakap kuat sangat. Adik-beradik disebelah kanda pun..lembut-lembut saja. Bercakap macam dalam kelambu antara dengar dan tidak. Dek kerana tidak biasa..saya terasa rimas juga.

Tetapi itulah saya. Payah sungguh mahu berubah. Dicuba juga setiap kali ditegur kanda juga kawan-kawan. Tapi begitulah…hangat-hangat tahi ayam sering. 3 hari…4 hari…..nah..suara kuat saya kembali semula. Antara diolag sering didengar…

1. Nani…tak payah lah cakap kuat sangat…nak cakap rahsia pun susah.

2. Kalau nak tahu Nani masuk kerja ke tidak…..tak payah tengok orang. dengar suara dari bilik je cukup.

3. Syyyhhh…perlahan suara sikit..sampai bilik tuan punya daerah rezeki pun boleh dengar.

4. Kak…suara akak kuat sangatlah. Macam suara tengah gaduh pun ader….hehe

5. Suara kuat……jadi cikgu disiplin elok nie…

6. Suara macam ni..tak yah pakai microphone. Kalau jadi MC family day..boleh nie.

Aduhai…..hari ni saya tanam tekad ntah kali yang ke berapa pun saya dah tak mampu ingat. Tekad saya untuk bercakap dengan nada sedikit rendah dan dengan kelajuan sedikit perlahan. Mampukah agaknya?

Baru nak mula….ada orang tu dah tegur…..

Kak….nampak sangat cam berlakunlah. Macam bukan akak je….

Isshh..hampeh betul.

Takpe..takpe….anggap ini sebagai cabaran.

Nak cuba cakap lemah-lembut dengan kanda 2-3 hari ni. Mesti dia ingat saya buang tebiat kan. Tak kisah lah….paling-paling pun dia rasa mual je…uwweekkk

Kad Raya

Standard

Semalam, sewaktu di ruang kamar…mata terlihatkan kotak handphone hadiah hari lahir pemberian kanda tahun lepas. Saya buka dan di dalamnya terlihat beberapa keping kad hari raya juga dari tahun lepas dari rakan-rakan buat Along.

Lepas satu..satu saya buka dan baca.

Comel..lucu….manis. Perasaan yang bercampur baur tetapi tetap saja yang mengembirakan muncul serta merta.

Seronok juga jika dapat menulis lagi seperti itu. Melahirkan rasa…melalui pena. Dengan tulisan pelbagai ditambah karikatur yang bermacam dan pantun 2 – 3 kerat yang entah apa-apa.

Saat bait-bait dibaca…terus saja masuk menusuk ke dalam hati dan jiwa.

Eeerrrmm….tiba-tiba terasa rindu pula.

Untuk menulis, menghantar dan menerima kad seumpama itu bila setiap kali munculnya hari raya.

Nasi Dagang

Standard

Hari ini, selepas menghantar Anwar Shahir ke sekolah…tekak terasa nak makan Nasi Dagang di pintu masuk Putrajaya. Tempat yg saya pernah bodek kanda sedikit waktu dulu..kini sudah sering jadi tempat singgahan saya sekiranya ada kesempatan masa.

Niat nak makan Nasi Dagang..saya pendamkan dulu. Mahu cuba nasi kerabu pagi ni. Tengah sedap makan dan meliar melihat sekeliling. Tiba-tiba……mata saya tertancap pada bawah meja disebelah.

Aduhai….serta-merta mati selera saya. Nun di bawah meja tu…ada takungan air yang dipenuhi dengan tahi kucing. Arrgghhh…..kunyahan makan diteruskan tetapi payah benar rasanya nak menelan. Selera lenyap. Menjadi manusia pembazir saya hari ni. Nasi kerabu yang berbaki separuh saya tinggalkan.

Tuan punya kedai pun satu. lain kali kalau pepagi nak buka kedai..bersihkanlah dulu persekitaran. Sedap macamana pun..tapi kalau tak bersih, nanti ada yang tidak mahu singgah lagi.

Nasi kerabu yang baru saya jamah tadi….tidak sedap. Entahkan kerana memang tidak sedap atau adakah kerana angkara tahi kucing di bawah meja….saya keliru.

Nampaknya, tempat ini saya pangkah macam dalam cerita Ali Baba dgn 40 Penyamun.

Tak mahu saya datang lagi.

Tak perlu bodek kanda lagi untuk singgah bila-bila nanti.

Adik No 3 – Azhar

Standard

Adik saya..yang panggilan dari kecilnya Aza tidak berapa sihat kebelakangan ini. Kali terakhir bertemu sewaktu makan malam di Taman Tasik Titiwangsa sebulan lalu dah mula mengadu sakit-sakit. Ke klinik pun sudah…mungkin angin..mungkin juga bengkak muscle kata doktor.

Sudah hampir sebulan..masih begitu. Kelmarin saya telefon bertanya khabar sambil membebel minta dia jangan ke klinik lagi. Sudah masa pemeriksaan dihospital minta dibuat utk xray paru-paru atau pun ujian darah. Adik saya ini perokok..bimbang juga dengan tabiatnya itu. Dihujung sana..dia menyakinkan saya akan pergi keesokkan harinya. Sampai di rumah..saya khabarkan pada emak.

Esoknya..mak seakan tidak sedap hati. Selepas solat segera berangkat ke Sentul mahu melihat keadaan adik saya Aza.Cerita emak pada saya…

Kata emak, rumah bertutup. Mak telefon Aza..tak berangkat. Mak telefon Mas (isteri adik saya yg sedang mengandung anak ke 4)..katanya di tempat kerja. Bila mak tanya Aza ke mana….isterinya serba salah nak menjawab. Mak katakan padanya mahu tunggu saja di depan rumah sehingga Aza pulang. Segera isteri adik saya mohon maaf pada mak dan menyampaikan khabar..adik saya sedang di hospital sejak malam semalam. Sudah tidak tertanggung sakit barangkali.

Adik saya ini begitulah. Dari kecil…sering saja mengelak dari menyusahkan orang. Terbawa-bawa hingga ke tua. Seboleh-boleh mahu merahsiakan. Bimbang mak, abah dan kami adik-beradik susah hati agaknya.

Hari ini….hari ke 2 dihospital. Buat masa ini disahkan menghidap paru-paru berair. Dalam proses rawatan. Saya doakan Aza saya cepat sembuh.

Adik saya Aza ini…adalah adik yang paling rapat dengan saya. Mungkin kerana saya punya anak yang ramai..dari sebelum dia kahwin hinggalah sudah beranak pinak…dia tidak pernah lupa bertanyakan saya…cukup atau tidak belanja pada setiap musim buka sekolah. Bantuannya sentiasa tersedia.

Katanya lagi..sering dan selalu…

Hidup ini umpama roda long! Kita tak selalu berada di atas. Jadi sementara masih murah rezeki…apa yang aku ada…aku nak bantu mana yg boleh. manalah tahu..esok-esok Allah nak duga aku duduk di bawah pula. Aturan dan rencana Allah…tak siapa tahu.

Itulah sifatnya yang tidak pernah kedekut. Syukur dia bahagia dihadiahkan isteri yang berbudi-pekerti dan anak-anak yang baik-baik.

Kak Long doakan adik kak long cepat sihat dan bersabar dengan dugaan…Ammiinnn….

Mengeluh

Standard

Dah hampir 3 tahun berada di daerah rezeki. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.

Kerja? Masih begitu..berlambak dan tak pernah surut. Kadang-kadang terfikir juga…apahal kerja tak selesai-selesai nie? Saya ke yang tak pandai uruskan masa? lembab ke? Ntah la….belum habis satu kerja..kerja lain pulak dah menunggu.

Itu belum lagi kalau ada yang masuk nak jumpa dan berbasa-basi..mengadu itu ini. Tak layan nanti..kecil hati pula. Kalau dok buat kerja pun…tensen pun ada. Tu yang kadang-kadang bawa lari mug ke pantry..kacau kopi. Nasib baik cepat selesai..nasib tak baik..lekat pulak berborak. Tertunggak lagi kerja…addduuuihaii.

Selepas hampir mencecah 3 tahun..hari nilah hari yg saya rasa..saya sudah mula pandai mengeluh. Keluh sini..Keluh sana. Issshh..tak baik kan?

Cepat-cepat ingatkan diri sendiri untuk tidak mengeluh lagi. Larikan fikiran untuk fikir bagaimana orang lain yang tidak bernasib baik, tidak punya pekerjaan dan mengharapkan pekerjaan seperti yang saya punya sekarang.

Bukankah sepatutnya saya berhenti mengeluh dan bersyukur di beri kesempatan bekerja dipersekitaran yang baik-baik dan masih punya gaji bulanan untuk dibuat makan pakai?

Nah….senyum dan berterima-kasihlah kepada Tuhan dan segera nyahkan segala keluhan jauh-jauh…

Terlena

Standard

Cuti sekolah dah mula. Rumah dah riuh rendah. Along je yang belum balik sebab ada kelas tambahan untuk PMR.

Shafiq pointer di asrama menurun dan membimbangkan. Cikgu beritahu…dia sering lena dalam kelas. Bukan tersengguk-sengguk tapi sedang fokus boleh….terus terlena. Cikgu pesan, pi hospital check..mungkin ada masalah saraf. Apa?? Saraf?? Risau pulak. Semalam..kanda test. Naik kereta, tak sampai 3 tiang lampu dah zzzzzzzz…Di rumah elok pulak. Takdelah kuat tidur.

Bila tanya cikgu-cikgu di daerah rezeki…antara sebab mungkin…

  • anemia aka kurang darah – kurang vitamin spt zat besi, folik dan vitamin B
  • kekurangan oksigen dalam badan
  • gangguan pada saluran penafasan yg mengganggu tidur malam
  • perubahan hormon remaja.

Entahlah..atau mungkin..dah mula malas belajar barangkali. Kalau tidur dikelas tapi pelajaran yang diajar masuk juga ke minda separa sedar bagus lah juga. Tapi kalau tidur nyenyak sampai apa yg diajar langsung tak diberi perhatian..berat tu.

“Ayah…belikan angah multivitamin..boleh?” Ini dialog sebulan lepas….dah dibelikan pun masih macam tu juga.

Eerrrmm..nantilah bawa ke klinik buat check-up.

Salah orang…malunye…

Standard

Tadi petang rasa letih sangat. Di Bangi kanda masuk kedai sukan bawa Qaseh…saya ambil kesempatan ngorok aka tidur sebentar dalam kereta yang diparkir betul2 depan kedai. Tetiba telefon kanda berbunyi. Terpinga-pinga langsung saya berlari anak masuk ke kedai sukan.

Saat pintu dikuak..terlihat ramainya orang. Segera saya cari kanda dari celah-celah rak. Hah..tu pun…dah nampak baju warna kuning..sambil tangan sibuk ngambil tabung shuttle cock dari rak paling atas.

Sepantas kilat saya sergah….

Kanda! nah…maizan call. Urgent agaknya. Qaseh mana? Sambil mata saya meliar melihat sekeliling tanpa langsung memandang kanda.

Aiikh…seminit..dua minit..tiga minit..sapaan saya tak berjawap. telefon di tangan pun dibiar tanpa disambut. dalam hati mula nak berangin..segera saya pandang mendongak dengan perasaan sedikit kacau. mana tidaknya. Tidur saya diganggu tau…..

Saat saya dongak….

Adoooyaiiii…..sapa pulak lelaki nie?  Salah orang lah pulak. malunyeeeerrr. rasa macam nk masukkan muka dalam bakul sampah kat ceruk kedai tu..tak pun mahu cari plastik sampah hitam dan segera masukkan seluruh kepala. Lelaki itu senyum…menyengih…menahan gelak barangkali.

Soorii bang. Saya salah orang…..kata saya sambil suara tertinggal dibawa angin kerana segera laju menerpa mencari pintu keluar.

Aarrggghh..malunya. Kereta pula di depan kedai. Dek bimbang terserempak lelaki tadi….saya tundukkan kepala dalam kereta sehingga kanda sampai.

Malu….malu….