Hati Yg Tersentuh

Standard

Ahad lepas, kami ke Kuala Selangor menjenguk Along. Ambil dan bawa keluar  sekejap. Ada sesuatu yang menyentuh hati kami waktu menghantar Along semula ke asrama.

Dari jauh..kelihatan seseorang yang juga dari sekolah yang sama berjalan kaki dari jalan besar. Senior Along rupanya. Kanda mahu tumpangkan tapi Along beriya-iya beranggapan senior itu mungkin rumahnya berhampiran.  Kata kanda, dari cara berjalannya..nampak sangat keletihan yang ditanggung. Mungkin dari hasil perjalanan yang jauh.. saat kami pintas…sekilas senyum tercetus dari bibirnya. Kanda berkeras minta Along panggil dan ajak tumpang.

Berbasa-basi dalam kereta…dan beberapa statement memberikan sedikit kejutan untuk kami.

1.  Jauh travel…balik ke Kuala Krai katanya. Ada hal penting. Biasanya tak pulang sebab jauh..dan tinggal di asrama atau ke rumah kawan-kawan sekiranya boleh balik bermalam.

2. Untuk pulang sahaja, perlu naik 3 kenderaan awam. Bus dari Kuala Selangor ke KL, KL ke Kuala Lipis dan keretapi ke Kuala Krai.

3. Pulang kelmarin pun, selepas subuh dah keluar rumah katanya. Ambil bus jam 8 dari Kuala Krai dan sampai ke Kuala Selangor hampir jam 6 petang. Berjam-jam dalam bus dan perjalanan yng mengambil masa yang lama.memerlukan banyak kekuatan dan kesabaran bukan…

4. Katanya lagi…parent hanya datang 2 kali setahun. Di awal sekolah bermula dan di akhir persekolahan. Kuat semangat gadis ini saya kira. Hampir 5 tahun melalui proses yang sama. Setakat sakit pening sikit-sikit..sudah tentu tidak dikhabarkan pada keluarga bagi mejauhkan bimbang.

5. Kenapa tidak minta tukar sekolah? tanya kanda.  Dah cuba pak cik, tapi tak pernah dapat. Mak selalu pesan..sabarlah cuba setahun lagi. Bertahun..itulah yang menyejukkan hati hingga akhirnya sudah tahun ke lima sekolah berjauhan begitu.

Sikapnya..tuturnya lembut saja. Sepatah ditanya..sepatah dijawab dan jawapan-jawapan yang keluar dari mulutnya senada saja..seolah keperitan itu tidak lagi mendatangkan kesan pada hatinya. Sudah terbiasa barangkali. Peribadinya baik…sopan sekali. Pelajarannya juga bagus…8A utk PMR dan tahun ini bekerja keras untuk SPM.

Sewaktu memeluk Along. Sempat kanda berpesan…” Ayah mahu Along belajar dari kesusahan kakak senior itu. Belajar bagaimana dia menjadi kuat semangat dan mampu menjadi pelajar yang cemerlang walau dihimpit ribuan galau” Along membalas dengan anggukan lembut. Mudah-mudahan saja hati Along turut tersentuh dgn keperitan org lain dan sekaligus bersyukur dgn apa yg ada.

Pulang dari daerah ilmu Along…..kanda dan saya rasa amat terkesan dengan apa yang harus diharungi gadis tadi. Saya dan anak-anak belum lagi perlu menghadapi dugaan berat seperti itu. Entahkan mampu sekuat gadis itu atau tidak….

Kanda dan saya dalam diam..belajar sesuatu dari episod tadi. Saya juga amat yakin..anak-anak saya juga turut belajar sesuatu hari ini. Jelas…kerana dikelopak mata masing-masing seakan ada air yg tergenang.

Masih banyak lagi kisah kesusahan wujud di sekeliling kita sebeanrnya. Ini hanyalah satu dari beribu cerita.

Tiada yang lebih baik selain kita bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakanNYA kepada kita..tentunya…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s