Adik No 3 – Azhar

Standard

Adik saya..yang panggilan dari kecilnya Aza tidak berapa sihat kebelakangan ini. Kali terakhir bertemu sewaktu makan malam di Taman Tasik Titiwangsa sebulan lalu dah mula mengadu sakit-sakit. Ke klinik pun sudah…mungkin angin..mungkin juga bengkak muscle kata doktor.

Sudah hampir sebulan..masih begitu. Kelmarin saya telefon bertanya khabar sambil membebel minta dia jangan ke klinik lagi. Sudah masa pemeriksaan dihospital minta dibuat utk xray paru-paru atau pun ujian darah. Adik saya ini perokok..bimbang juga dengan tabiatnya itu. Dihujung sana..dia menyakinkan saya akan pergi keesokkan harinya. Sampai di rumah..saya khabarkan pada emak.

Esoknya..mak seakan tidak sedap hati. Selepas solat segera berangkat ke Sentul mahu melihat keadaan adik saya Aza.Cerita emak pada saya…

Kata emak, rumah bertutup. Mak telefon Aza..tak berangkat. Mak telefon Mas (isteri adik saya yg sedang mengandung anak ke 4)..katanya di tempat kerja. Bila mak tanya Aza ke mana….isterinya serba salah nak menjawab. Mak katakan padanya mahu tunggu saja di depan rumah sehingga Aza pulang. Segera isteri adik saya mohon maaf pada mak dan menyampaikan khabar..adik saya sedang di hospital sejak malam semalam. Sudah tidak tertanggung sakit barangkali.

Adik saya ini begitulah. Dari kecil…sering saja mengelak dari menyusahkan orang. Terbawa-bawa hingga ke tua. Seboleh-boleh mahu merahsiakan. Bimbang mak, abah dan kami adik-beradik susah hati agaknya.

Hari ini….hari ke 2 dihospital. Buat masa ini disahkan menghidap paru-paru berair. Dalam proses rawatan. Saya doakan Aza saya cepat sembuh.

Adik saya Aza ini…adalah adik yang paling rapat dengan saya. Mungkin kerana saya punya anak yang ramai..dari sebelum dia kahwin hinggalah sudah beranak pinak…dia tidak pernah lupa bertanyakan saya…cukup atau tidak belanja pada setiap musim buka sekolah. Bantuannya sentiasa tersedia.

Katanya lagi..sering dan selalu…

Hidup ini umpama roda long! Kita tak selalu berada di atas. Jadi sementara masih murah rezeki…apa yang aku ada…aku nak bantu mana yg boleh. manalah tahu..esok-esok Allah nak duga aku duduk di bawah pula. Aturan dan rencana Allah…tak siapa tahu.

Itulah sifatnya yang tidak pernah kedekut. Syukur dia bahagia dihadiahkan isteri yang berbudi-pekerti dan anak-anak yang baik-baik.

Kak Long doakan adik kak long cepat sihat dan bersabar dengan dugaan…Ammiinnn….

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s