Monthly Archives: April 2011

Akujanji – Anwar Shahir Zubairi

Standard

Kelmarin, sewaktu perlawanan perseorangan MSSKL di Stadium Cheras Anwar Shahir buat perangai. Kalah 1st game…menang  2nd game dan kalah 18-21 untuk Rubber set. Tensen punya pasal agaknya…permainannya ke laut saje. Terlalu banyak mistake sehingga akhirnya dia meragam dalam gelanggang. Mula menunjuk muka dan melepas geram dengan hampir-hampir menghentakkan reket ke simen.

Kanda yang melihat dari jauh..sudah hilang sabar. Saat di daerah rezeki..saya terima sms….

“Shahir kalah rubber set…perangai teruk, semangat juang takda, tunjuk meradang di tgh gelanggang, saya turun ke bwh bg semangat…mental dia sangat teruk…peluang ada, silap sendiri byk. Kalah melawan tak mengapa..ini tidak. Hari ni saya bagi dia kata dua. Mahu teruskan bermain atau berhenti saja. Tidak perlu buang masa dan duit.”

Saya..no komen. Biar kanda larut dalam pemikirannya. Biarkan 1 lelaki besar dan 1 lelaki kecil berbincang dari hati ke hati…

Sudahnya, usai kerja dan pulang ke tempat hati digantung. Anwar Shahir sudah siap dengan Akujanji. Permintaan ayah katanya. Oleh kerana mahu terus bermain badminton…bujang ini telah tekad dengan akujanji yang telah dibuatnya….(tiada satu pun ayat dan ejaan yg saya tukar)

Surat aku janji

Bahawa saya anwar shahir berjanji

1) Tidak akan mengulangi sikap buruk saya iaitu menunjukkan sikap mudah berputus asa, meradang ketika berada di dalam gelanggang. Sikap buruk ini memudahkan pihak lawan menang.

2) Mulai hari ini saya tidak akan mengulangi sikap ini lagi.

3) Saya akan bermain bersungguh sungguh berusaha sedaya upaya untuk memenangi perlawanan.

4) Pesan ayah saya jika hendak menjadi seorang juara perlu ada semangat juang yang tinggi, disiplin dan keazaman barulah boleh menjadi juara.

5) Sekiranya saya memungkiri janji ayah saya akan meberhentikan saya daripada bermain dan menukarkan saya ke sekolah lama saya.

Perjanjian ini disaksikan oleh ibu saya.

Yang benar,

Shahir

p/s: Moga saja bujang ini mampu berubah menjadi lebih positif…..amiiinn…

Advertisements

Tong Sampah Warna Merah

Standard

Beberapa hari lepas..keadaan dalam kereta bersepah-sepah. Sewaktu mahu berhenti membeli sarapan..dan gara-gara malas membawa dompet, duit RM10saya pegang saja ditangan. Tiba-tiba mata tertancap pada tong sampah besar warna merah di depan restoren kfc. Spontan….tergerak hati untuk membersihkan kereta ketika itu juga.

Saya kutip sampah2 yang ada…..lalu dengan laju menuju tong sampah besar warna merah dan campakkan ke semua isi dalam tangan saya kedalamnya.

Setapak..dua tapak saya beredar baru saya perasan yang tangan saya sudah kosng. Duit RM10 saya sudah tidak ada?

Adooyaiiii……sudah dicampak ke dalam tong sampah merah itu gamaknye. Mata segera memerhati sekeliling….ada orang ke tidak. Isssyyhh..malunya nak selongkar. Tapi mengenangkan duit tu warna merah dan berjumlah RM10 yang membawa makna, makan tengahari untuk 2 hari….saya gagahkan juga diri melangkah semula ke tong sampah merah.

Dalam hati…berdoa agar dalamnya ada sampah dan saya tidak perlu memasukkan seluruh tangan saya dalam-dalam.

Saat tong sampah saya kuak penutupnya….yeaayy…duit merah jelas kelihatan berada di aras separuh ketinggian tong. Tak perlu saya bersusah payah mencari didalamnya.

Alhamdulillah……..selamat duit RM10 buat beli sarapan pagi……

Kalut sungguh saya ni….

Ayang’s Story

Standard

Hati sangat tersentuh dan terkesan dengan kisah ini yang disiarkan di TV3  dalam rancangan Bersamamu.

Besar sungguh dugaan yang ditanggung keluarga ini. Penderitaan Ayang dan mereka yang hampir dengannya berbahasa melalui wajah. Hanya kesabaran, kasih sayang dan semangat untuk terus melalui melalui hari-hari yang sengsara itu cukup mengewap rasa kagum dalam hati saya. Kerdil sungguh saya ini. Jauh sekali untuk punya kesabaran yg sebegitu saya kira…..

Banyak yang ingin saya luahkan tetapi dada ini seakan tersendat menahan gelora sedih yang amat. Akhirnya Ayang pergi membawa derita. Ayang anak yang baik…derita didunia yang dilalui tentu saja bisa menempatkannya di ruang paling baik di akhirat nanti. Sifatnya yang senantiasa mahukan ibunya selalu berada disisinya meruntun hati saya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat…Alfatihah.

Buat keluarga Ayang….bersabarlah. Hidup sekeluarga yang sering diasak jajaran pedih….sudah cukup menginsafkan saya dan lain-lainnya. Besar sungguh dugaan yang telah ditempuh…

Link http://veryberrymerry.blogspot.com/2011/04/ayangs-story.html

Cerita Korea…

Standard

Saya sejak akhir-akhir ini sering melayan cerita korea. Bukan apa….suka sekali membaca subtitle bahasa inggeris kat bawah tue. Dalam masa yang sama dapat juga memperbaiki mana yang patut.

Semalam, baru je tukar channel….pelakun dalam tv pun baru je sebut  sepatah dua kata..tetiba…sikecik Qaseh jerit….

Annyeong haseyo.!!! (Ejaan sebenar) maknanya…“selamat, baik pagi, siang, ataupun malam”,

Sebutannya jelas macam dalam tv. Terkejut badak saya dibuatnye. Maka berpandang-pandanganlah saya dengan Nurul Izzah akibat tergezut. Saya minta ulang. Disebutnya lagi dan dah macam orang korea pulak.

Nasib baik kanda tiada di rumah. Kalau tidak tentu membebel dia. Gara-gara  sering nonton cerita korea lah ni. Ajar budak kecik nie bahasa arab lagi berfaedah..ye tak?


KEM

Standard

Baru darjah 5 dah beria-ria nak ikut kem anjuran sekolah. Sehingga kerana tidak dibenarkan..diam-diam dia telefon nenek minta balik duit raya tahun lepas yang masih nenek simpanksn

Anwar Shahir…ibu bukan tak tahu yang awak tu penakut bukan kepalang. Ada hati nak ikut gi kem. Bukannya selesa pun…dengan nyamuk , tidur dalam khemah, susah nak gi toilet termasuk aktiviti malam yang awak tak biasa. Awak tu..nak pi toilet sekolah pun awak tak sanggup…ini pulak nak membuang tanpa toilet. Ok…awak nak pegi sangat kan? haa..pegilah..nak merasa. Balik nanti jangan komplen.

Sewaktu ambil di sekolah jam 10.00 mlm…dari jauh terlihat awak jinjit beg dengan sangat letih. Masuk kereta..tak sampai 10 minit awak dah mengangga tidur pulas di seat belakang. Tapi sempat juga ayah tanya awak soalan cepumas.

Ayah: Amacam Shahir? best?

Shahir: Best (dgn nada perlahan. letih barangkali)

Ayah: Ada buang air besar 3 hari ni?

Shahir: Tak de ayah.

Ayah: Ayah dah agak dah!  Mesti sanggup tahan punyerrr….

Haa..tu lah. Nasib baik baru tiga hari. Kalau seminggu..alamat kembunglah perut menahan tak mahu ke toilet gara-gara tidak selesa……