KEM

Standard

Baru darjah 5 dah beria-ria nak ikut kem anjuran sekolah. Sehingga kerana tidak dibenarkan..diam-diam dia telefon nenek minta balik duit raya tahun lepas yang masih nenek simpanksn

Anwar Shahir…ibu bukan tak tahu yang awak tu penakut bukan kepalang. Ada hati nak ikut gi kem. Bukannya selesa pun…dengan nyamuk , tidur dalam khemah, susah nak gi toilet termasuk aktiviti malam yang awak tak biasa. Awak tu..nak pi toilet sekolah pun awak tak sanggup…ini pulak nak membuang tanpa toilet. Ok…awak nak pegi sangat kan? haa..pegilah..nak merasa. Balik nanti jangan komplen.

Sewaktu ambil di sekolah jam 10.00 mlm…dari jauh terlihat awak jinjit beg dengan sangat letih. Masuk kereta..tak sampai 10 minit awak dah mengangga tidur pulas di seat belakang. Tapi sempat juga ayah tanya awak soalan cepumas.

Ayah: Amacam Shahir? best?

Shahir: Best (dgn nada perlahan. letih barangkali)

Ayah: Ada buang air besar 3 hari ni?

Shahir: Tak de ayah.

Ayah: Ayah dah agak dah!  Mesti sanggup tahan punyerrr….

Haa..tu lah. Nasib baik baru tiga hari. Kalau seminggu..alamat kembunglah perut menahan tak mahu ke toilet gara-gara tidak selesa……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s