Akujanji – Anwar Shahir Zubairi

Standard

Kelmarin, sewaktu perlawanan perseorangan MSSKL di Stadium Cheras Anwar Shahir buat perangai. Kalah 1st game…menang  2nd game dan kalah 18-21 untuk Rubber set. Tensen punya pasal agaknya…permainannya ke laut saje. Terlalu banyak mistake sehingga akhirnya dia meragam dalam gelanggang. Mula menunjuk muka dan melepas geram dengan hampir-hampir menghentakkan reket ke simen.

Kanda yang melihat dari jauh..sudah hilang sabar. Saat di daerah rezeki..saya terima sms….

“Shahir kalah rubber set…perangai teruk, semangat juang takda, tunjuk meradang di tgh gelanggang, saya turun ke bwh bg semangat…mental dia sangat teruk…peluang ada, silap sendiri byk. Kalah melawan tak mengapa..ini tidak. Hari ni saya bagi dia kata dua. Mahu teruskan bermain atau berhenti saja. Tidak perlu buang masa dan duit.”

Saya..no komen. Biar kanda larut dalam pemikirannya. Biarkan 1 lelaki besar dan 1 lelaki kecil berbincang dari hati ke hati…

Sudahnya, usai kerja dan pulang ke tempat hati digantung. Anwar Shahir sudah siap dengan Akujanji. Permintaan ayah katanya. Oleh kerana mahu terus bermain badminton…bujang ini telah tekad dengan akujanji yang telah dibuatnya….(tiada satu pun ayat dan ejaan yg saya tukar)

Surat aku janji

Bahawa saya anwar shahir berjanji

1) Tidak akan mengulangi sikap buruk saya iaitu menunjukkan sikap mudah berputus asa, meradang ketika berada di dalam gelanggang. Sikap buruk ini memudahkan pihak lawan menang.

2) Mulai hari ini saya tidak akan mengulangi sikap ini lagi.

3) Saya akan bermain bersungguh sungguh berusaha sedaya upaya untuk memenangi perlawanan.

4) Pesan ayah saya jika hendak menjadi seorang juara perlu ada semangat juang yang tinggi, disiplin dan keazaman barulah boleh menjadi juara.

5) Sekiranya saya memungkiri janji ayah saya akan meberhentikan saya daripada bermain dan menukarkan saya ke sekolah lama saya.

Perjanjian ini disaksikan oleh ibu saya.

Yang benar,

Shahir

p/s: Moga saja bujang ini mampu berubah menjadi lebih positif…..amiiinn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s