Monthly Archives: May 2011

Menghitung Hari

Standard

Kanda dah berangkat ke Trengganu tadi pagi.

Saya masih tekun menghitung hari.

Tidak sabar menunggu Khamis dan menyusul.

Keenakkan nasi dagang…keropok lekor dah mula terasa-rasa di mulut.

Primula Hotel dan Pasar Payang seakan dah memanggil-manggil.

Hati semakin meronta-ronta mahu segera pergi.

Arrrgghh..terasa lambatnya masa berlalu…

Advertisements

Blog…? Belog…?

Standard

Hari ni…..masa dihabiskan membaca blog kengkawan..zety & sha. Saja mahu tahu khabar mereka dan ada juga rupanya terselit sikit-sikit perihal empunya diri. Thanx.

Bukan apa…rasa bangga dengan blogger yg tekun dan pandai menulis. Pandai dalam istilah menarik untuk dibaca dan tekun hinggakan sukar dicemari sawang tentunya. Pandai menulis itu anugerah. Ramai yang boleh menulis tapi berapa keratlah yang mampu menulis dengan baik dan berjaya mengumpulkan pengemar. Saya salute mereka dan teman yg sudah berjaya…..

Kedua-dua teman saya ini juga sudah ada follower sehinggakan achievement paling dahsyat sekaligus membanggakan apabila ada strangers  di jalanan yang kenal lantas menegur dek kerana blog yang dipunya. Hebat kan…?

Ada juga yang menulis bagi melampiaskan rasa hati dan blog dijadikan platform terbaik. Sekurang-kurangnya ia membantu. Nah..blog ini kepunyaan sendirikan…bebas untuk berbasa basi ikut sesuka hati.

Saya…dah mula berblog dari akhir tahun 2006 lagi. Tiada banyak commercial value..hanya suka-suka bercerita tentang lingkaran hidup saya. Sesekali membelek coretan yg lama-lama…terlintas juga untuk membetulkan mana yg boleh. Tetapi saya kekalkan kerana itu cermin diri saya. Bagaimana berteraburnya English grammar dan teruknya bahasa…..saya tak peduli. Biarlah…untuk jadikan bahan tawa sekali-sekala.

Masih mencuba dan terus mencuba untuk menjadi penulis yg baik dan berusaha tidak membiarkan blog ini bersawang terbiar terlalu lama.

Buat Zety & Sha…..Terbaek!

Ralat

Standard

Minggu depan rancang ke Trengganu dengan Qaseh Fatihah bagi memenuhi jemputan kahwin teman lama. Beria-ria sangat ingin pergi kerana tanah Trengganu sudah hampir 15 tahun tidak dijejaki. Rindu pada angin dan makanan tradisinya membuak-buak. Kesempatan diambil sambil boleh lihat teman lama naik pelamin.

Pergi hari Khamis……pulang Jumaat malam.

Pergi dengan kereta (tumpang kawan)…dan pulang dengan pesawat.

Kenapa sekejap sangat? Sebab perlu pula segera ke Manjung awal Sabtu pagi menghadiri Walimatul Urus sepupu kanda.

Baru sekejap..kanda khabarkan berita tidak enak. Perlu outstation hingga hari Ahad katanya.

Maknanya…impian ke Manjung hanya tinggal impian. Rancangan ke Trengganu saya teruskan..tapi ralat.

Ralat kerana pergi hanya sekejap.

Ralat kerana sudah buat pesanan tiket pesawat.

Kalau tidak beli lagi..boleh saya tumpang balik dengan kereta juga.

Selamatlah duit tiket pesawat..boleh di buat belanja membeli belah di Trengganu.

Arrrggghh……ralat..ralat

Kita hanya merancangkan…….segalanya punya hikmah barangkali…

Tragedi Tanah Runtuh @ Felcra Semungkis

Standard

Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Mereka-mereka yang telah kehilangan insan tersayang yang tiada galang gantinya.

Saya tidak membaca banyak mengenai kejadian ini jauh sekali melihat kepada foto-foto yang sememangnya mampu mewujudkan perasaan sedih dan pilu di ruang hati. Cukuplah sekadar mendengar berita terkini di cuping telinga.

Mencuba sedaya-upaya untuk tidak memikirkannya terlalu dalam. Kerana bila memikirkan..sering akan terbayangkan saat-saat cemas bagaimana tanah itu runtuh dan kanak2 ini mencuba sedaya habis cuba menyelamatkan diri.

Semoga saja mereka yang diduga ini diberikan kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi ujian Allah ini.

Didoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh….Amin.

Soal…Izzah.

Standard

Hari ini…Nurul Izzah menjenguk ke blog saya.

Laju dia scroll down dan mengclick older post.

Saya dah agak….tentu dia sibuk mencari foto  dia di antara coretan-coretan saya.

Tiba-tiba…..

Ibu, asyik gambar qaseh dgn shahir je. Gambar Angah dan Along pun ada….lebih banyak dari gambar Izzah. Bicaranya sambil menjuihkan bibir..merajuk.

Iyalah…..x banyak foto dia. Ceritannya ada…tetapi banyak Qaseh pulak yg interprem.

Ada…..kat post yg dulu dulu. jawab saya menyedapkan hati.

Izzah lihat sebelah kiri. Blog saya dah mula lama dulu iaitu dari tahun 2006. Malas agaknya nak dibuka coretan yg bertahun-tahun.

Akhirnya dia mengalah. Blog saya ditutupnya.

Issshhkk….saya pula dilanda rasa bersalah.

Ada cerita Izzah yg kadang-kadang tertinggal dan telah tidak sengaja dilupakan… getus hati saya.

Bersawang

Standard

Lama sudah tak dikemaskini.

Mulanya kerana alasan tiada capaian internet di rumah.

Bila sudah ada capaian…kemalasan pula melanda.

Ini semua gara-gara cerita-cerita yg ingin dicoretkan sudah hilang menariknya.

Mood hilang terus…keseronokkan menulis menipis.

Akhirnya..blog saya mula bersawang….

LUPA yang tak patut

Standard

Semalam petang berkali-kali kanda call dan pesan supaya jangan LUPA ambil Shahir di sekolah. Saya….dengan yakin mengiyakan…..tapi x disangka..kena stayback pulak utk review aka meeting.

Meeting jam 5 dan selesai jam 7.40 malam. Call rumah dan minta Nurul Izzah bersiap utk ke pusat tuition. Tiba-tiba saya teringatkan Anwar Shahir.

Saya: Izzah, shahir mana?  Atuk ada ambil balik tak?

Izzah: Mana ada? Ibu tak pesan kat nenek pun.

Ya Allah. bujang saya masih disekolah rupanya. Segera saya jadi kalut dan badan jadi tak bermaya. Macamana saya boleh LUPA nie? Addduuhhh……diluar suasana gelap dah menyelubungi. Kerisauan bertapuk-tapuk jadinya…..bimbang…

Kereta saya bawa selaju mungkin membelah senja. Dalam fikiran cuma mahu lihat bujang saya berdiri sabar menunggu. Saya nyahkan perasaan cuak yg singgah sekejap-sekejap. Ya Allah…semoga saja saya bisa sampai dengan selamat dan dakap bujang saya sambil mengucapkan kata maaf……..rasa macam ibu yg useless pulak.

Dalam perjalanan..telefon berbunyi. Mak dihujung sana….kalut pot pet pot pet marahkan saya.

“Mak,saya tengah pandu. Saya lupa betul. Tak sengaja. Mak kalau nak marahkan saya tunggu saya balik dulu. Saya memandu sebelah tangan saja nie….”

Mak matikan talian. Marah betul dia atas sikap lupa saya. Gusar tentunya dia memikirkan cucu yang entah apa khabarnya di Putrajaya sana.

Tiba disekolah….gelap saja. Darah panas segera naik ke kepala dan jantung terasa seakan mahu luruh dari tangkainya. Mata saya liar memerhati mencari susuk tubuh si kecil ini. Tiba-tiba……saya lihat dia nun melambai-lambai saya dari jauh.  Lega sungguh saya.

Bujang ini masuk kereta sambil senyum saja. Bila saya tanya kenapa tidak ambil inisiatif untuk telefon saya. Jawabnya..

1. Duit Shahir hanya ada RM1.50. Lepas pukul 7 dah xde org di sekolah shahir jalan kaki dtg sini. Nampak 7-11…jadi haus. Shahir beli air..duit habis. lagipun….

2. Shahir YAKIN ibu mesti datang!

OOohh…..sungguh rasa bersalah dengan jawapan no 2. Itulah anak-anak kita.

Yakinnya pada kita mengunung sentiasa.

Maafnya juga sentiasa ada dan tak pernah surut….

Terima kasih Allah!