Monthly Archives: June 2011

Kenyataan

Standard

Tadi pagi..cubaan menyarung jeans gagal.

Dalam bersusah-susah mencuba….

Ibu! Tak muat eeekk? 

belum sempat saya sambut soalannya..cepat dia sambung..

Tu la…Ibu dah gemuk! Ibu….ibu…sambil jalan geleng kepala.

Oooucch…..saya? no komen.

Anak-anak kecil tak tahu menipu kan…..aaarrggghhhh……

Advertisements

Kereta Impian

Standard

Weekend lepas..sewaktu berpergian dan berselisih dengan kereta Honda City buatan baru….terlepas bicara dari mulut kanda…

Abang punya impian untuk hadiahkan hang kereta tu. Tuturnya spontan sambil mulut menjuih menunjukkan kereta Honda City yang baru sahaja memotong cermat.

Saya dalam dengar dan tidak sambil mohon repeat….Apa kanda? Impian nak hadiahkan kereta mahal tue?

Iya..balas kanda. Cantik kalau hang pandu kereta tu.

Saya telan tutur kanda sambil senyum. Fikiran dah melayang-layang berangan memandu kereta Honda City….

Besar impian kanda. Kalau impian tu tak tercapai pun tak apa. Yang penting kanda ada niat untuk beri hadiah istimewa macam tu. Balas saya. Kanda dan saya senyum melirik sambil fikiran sekali lagi menerawang membawa saya dan Honda City ke alam fantasi….

Saya agak terkejut kerana bagi saya sendiri..tidak pernah terlintas atau berangan-angan pun untuk memiliki kereta sebegitu. Dari 2-3 tahun kebelakangan ini…kereta impian saya hanyalah Myvi. Entah kenapa? Comel agaknya…atau mungkin melihat kepada diri..itu yang termampu barangkali.

Cuma kebelakangan ini….hasrat hati sudah berubah. Ingin punya Ezora satu hari nanti. Untuk mudah memuatkan semua orang kesayangan saya ke mana-mana.

InsyaALLAH….doakan….semoga saja impian itu mampu jadi kenyataan ya.

Payung Kontot

Standard

Saya dari muda belia hingga sekarang memang tak suka bawa payung ke mana-mana waima awan gelap dah kelihatan. Mak sering bising kerana saya selalunya lebih sanggup dibasahi hujan dari terpaksa membawa payung.

Dahulu…melihat lelaki membawa payung juga biasa. Tiada yang ganjil pun kerana kebanyakkan mereka membawa payung panjang yang kadang-kadang dibuat tongkat. Tapi…..anda biasa lihat lelaki membawa payung kontot tak? Alaaa….payung yang boleh dipendekkan pemegangnya dan dilipat agar mudah disimpan dalam beg. Untuk saya..memang tidak pernah hinggalah minggu lepas bila……

Saya berbual dengan 2 orang pakar IT yang saya kira umurnya sekitar 30an dan 40an. Usai berbasa basi dan mohon minta diri…masing-masing segera mengapai beg pack yang saya yakin berisi komputer riba dan tiba-tiba mata saya tertancap pada beg yang dipunyai oleh salah seorang dari mereka.

.  Errmm..mudahnya saya menafsir seseorang dengan persepsi yang satu…iaitu hanya melihat kepada payung kontot yang dibawa sering…hehe

Segera saya teringatkan kisah lelaki dengan dompet berbalut plastik yang pernah saya khabarkan dulu.

Mereka ini lelaki spesies istimewa yang sudah jarang-jarang kita temui tetapi kehadiran mereka di sekeliling kita tentunya membangkitkan sedikit nostalgia dulu-dulu…kan?

Cabutan Bertuah

Standard

Baru balik dinner.

Pelajar2 di daerah rezeki sudah selesai belajar dan buat jamuan perpisahan di Nilai Spring.

Saya tidur sambil senyum sampai ke telinga malam ini.

Gara-gara dapat cermin muka yg sweet.

Begitulah sikap orang yang sudah lama sangat tak dapat cabutan bertuah.

Isshhhkk…ngalahkan dapat iPad lah pulak…hehe

Qaseh…L’amour du chocolat

Standard

Usai menghantar Izzah ke tuition..Qaseh rayu singgah ke kedai. Kali ini chocolat bukan pilihan sebab di rumah sudah ada chocolat sedap pemberian teman dari daerah rezeki.

Chocolat sedap yang berada dalam kotak Maulin Rouge yang sangat cantik. Chocolat sedap yang datang nun jauh dari Kota Cinta. Chocolat sedap yang tak sampai hati untuk dimakan kerana terlalu comel & sweet.

Selepas diambil foto…dan dijamah sedikit oleh saya dan Qaseh..segera saya simpan baik-baik dalam peti sejuk. Melihat pada tarikh expired tahun 2012..saya berkira-kira untuk menyimpannya agar dapat dirasai seorang sedikit terutama anak-anak yang jauh nun di kuala. Sedap sama dirasa kan……

Berbalik pada cerita Qaseh…saya minta dia turun ke kedai beli sendiri apa yang dia mahu. Sudah pandai menyebut Vitagen..jadi saya tiada bimbang. Berani pula bersendirian..dari jauh sudah disebut..

Vitagen satu..Vitagen satu…

Terkedek kedek berjalan dengan hanya shirt pink dan pampers tanpa seluar. Comel betul. Saya hanya memerhati dari dalam kereta yang diparkir betul2 di depan kedai.

Pandai anak ibu.

Berjaya terkedek-kedek balik ke kereta dengan satu Vitagen di tangan. Dek kerana hanya berpampers dan kelihatan sangat comel…banyak mata yang memerhatikan Qaseh berjalan sambil bibir melirik senyum.

Shahir & Badminton

Standard

Game di Balakong

Kalah dan dapat no 4. Tiada hadiah namun saya sangat bangga dengan Shahir saya. Ceritanya….

Pagi, 4 team double berlawan untuk masuk ke final. Ntah apa silapnya..Shahir pepagi lagi sudah mengadu senak perut. Sewaktu game bermula dan score 15 sama, dia kelihatan sudah memegang perut dan pukulan seolah tidak berdaya dengan memberi 2 mata percuma kepada lawan. Pengadil memberhentikan perlawanan dan Shahir diberi bantuan langsung dibawa keluar gelanggang. Katanya…perut sakit dan tiada daya. Pandangan segera bertukar gelap sewaktu mahu mengambil bola. Teman bergu puas memujuk perlawanan di teruskan tetapi hampa lalu membawa diri di hujung gelanggang…menangis.

Dek kerana ralat tidak berpeluang ke final..beriya-iya Shahir ingin berusaha bermain untuk mendapatkan tempat ke tiga. Walau sudah tiba di rumah..dipaksanya saya pergi semula. Katanya….dia mahu kalah dengan bermain..dan bukan kalah menyerah kerana sakit. Semangatnya tinggi….mungkin juga dihimpit rasa bersalah pada teman bergu. Kereta saya pecut agar cepat sampai dan tidak terlepas masa permainan.

Permainan berlangsung sangat bagus dan cantik. Semangat juangnya tinggi dan emosi sangat terkawal walau hati saya sedikit di garu resah..bimbang sakitnya berulang. Permainan berakhir dengan kekalahan di pihak Shahir dengan point 21 – 17 dan 21 – 18. Kekalahan yang berbaloi kerana pertemuan bergu yang sama hebat.

Dalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang…

Shahir  :  Ibu, Shahir kalah. Ibu menyesal tak terpaksa buang masa dan hantar Shahir laju-laju tadi?

Saya  : Tiada rasa sesal langsung. Ibu bangga kerana Shahir bermain dengan sangat bagus dan kalah dengan maruah. Ianya berbaloi.

Shahir pandang saya dan kemudian membuang pandang dengan senyum yang puas.

Game di Puchong.

Shahir saya berjaya ke Final dan kalah dengan team dari Indonesia. Dia puas berjaya ke final. Kegagalan lalu berjaya di tebus walaupun hanya mendapat tempat ke 2. Hadiah reket beserta beg dan angpau dibawa pulang dengan senyum meleret.

Tahniah sayang…..!

Duit…dompet…beg plastik…

Standard

Anda pernah nampak atau terserempak dengan orang yang masih menyimpan dompet atau duit dalam plastik? Kalau pernah..lama dulu atau masih terlihat sekarang ini?

Bagi saya…sudah lama rasanya melihat adegan tersebut. Dulu-dulu semasa arwah opah & atuk masih ada dan kami pulang ke kampung sekali sekala. Ia pemandangan biasa saya kira. Orang kampung sangat cermat dengan duit…sering menyimpannya dalam dompet dan plastik bagi mengelakkan basah terkena hujan sewaktu ke hulu hilir dengan motosikal atau basikal.

Tadi di Tesco..di hadapan saya ada seorang lelaki dalam lingkungan umur 40an sedang asyik melirik ke display panel yang menayangkan jumlah harga barang sambil mulutnya terkumat kamit. Ditangannya ada beberapa keping not merah dan biru. Pakaiannya biasa-biasa saja dan dihujung kaunter berdiri seorang wanita agak muda tinggi lampai berpakaian agak rangi dan bertudung menunggu memegang troli yang didalamnya masih kosong minta diisi ditemani anak kecil. Isterinya saya yakin. Melihat kedua-duanya…seperti tidak secocok tetapi itulah jodoh.

Selesai juruwang mengira….duit ditangan lelaki tadi tidak cukup. Dengan perlahan..dirabanya kocek depan jeans lusuh. Dikeluarkan plastik yang juga agak lusuh..dibuka dengan hati-hati dan dikeluarkan dompet yang juga sudah berkuping di makan hari.

Mata saya jahat, sempat saya mencuri lihat sewaktu jarinya ralit menarik duit dari dalam dompet. Tersusun rapi  not 10 & 50. Lelaki ini tidak memperdulikan barisan panjang yg menantinya. Not tambahan dimasukkan dalam kocek baju. Tangan dengan perlahan juga meletakkan elok-elok dompet dalam beg plastik dan beg plastik dilipat elok-elok dan hati-hati di atas conveyor.

Usai memasukkan plastik berisi dompet dalam kocek seluar, tangan masuk sekali lagi ke kocek baju menarik semua duit untuk dibayar. Segalanya tetap perlahan…lambat sungguh gerakannya. Selalunya saya akan jadi tidak sabar kepada orang yg membayar dengan lambat. Tetapi dengan lelaki ini…saya jadi takzim melihat lakunya.

There’s story behind every person. Dan yg ini juga menarikkan…..